Tuesday, December 28, 2010

Masalah SUK S'ngor: Najib Cucuk Jarum Politik?

Datuk Mohd Khusrin Munawi, jarum politik Najib?

KL, 28 Dis 10: Pelantikan Pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru muktamad, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani.

Laporan itu dilihat menafikan pendirian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Munir berkata keputusan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah pun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada pandangan saya, keputusan itu ‘confirm’ kerana Tuanku telah memberi perkenan melantik beliau (Khusrin),” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Munir berkata dalam Perlembagaan Negeri Selangor, kuasa pelantikan terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam kira-kira tiga jam selepas pengumuman oleh Putrajaya, kerajaan negeri Selangor dan pusat dilihat terlibat dalam ‘konflik awal’ ekoran pendirian pentadbiran Pakatan Rakyat itu yang menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, cadangan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

The Malaysia Insider dalam laporan hujung minggu lalu menyebut Putrajaya telah mengesyorkan nama Khusrin sedangkan kerajaan negeri Selangor pula membawa tiga nama untuk perkenan Sultan Selangor. Difahamkan ketiga-tiga nama melibatkan ketua Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Difahamkan kerajaan negeri Selangor tidak begitu senang dengan tindakan pusat menghantar nama mereka meskipun pelantikan jawatan itu lazimnya dibuat oleh pusat. Ini kali pertama kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan situasi itu selepas mengambil alih pentadbiran ekoran keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Pelantikan itu dikhuatiri akan menimbulkan konflik dan mengganggu kelancaran pentadbiran negeri memandangkan Khusrin didakwa lebih cenderung kepada pentadbiran Najib. Kelantan pimpinan PAS pernah berhadapan dengan situasi sedemikian ketika awal pemerintahan selepas menang pilihan raya umum 1990.

Menteri Besar dijangka akan menghadap Sultan Selangor esok berkenaan isu itu. Dalam satu kenyataan menerusi Bernama pagi semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Khusrin, 54, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuat kuasa 1 Januari ini. Khusrin menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlantikan SUK Selangor ini, adalah jarum Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib cuba menyucuk masuk ke dalam rumah tangga Kerajaan Negeri Selangor, dengan memperalatkan Sultan Selangor. Ini taktik kotor BN seperti yang pernah dilakukan di Kelantan dan Perak.

Siapa mem'politik'kan siapa?

2 comments:

selangorian said...

maaf tuan

saya tidak setuju bila tuan sebut BN memperalatkan sultan selangor.

org melayu terlalu berlapis bahasa sebab itu lambat maju.

saya sudah lama tidak menadah dan aminkan doa ketika solat jumaat bila part berdoa kepada org itu(see berlapik cakap).

saya bukan hipokrit.

Ibnu Hasyim said...

Terimakasih, atas pandangan tuan.. Saya senyum sendiri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails