Sunday, December 26, 2010

Pertemuan Usahawan S'ngor Dg Usahawan Batam


Ibnu Hasyim, (dua dari kanan) sedang berbincang bersama YB Yaakop Sapari (kiri sekali) dalam majlis itu.

YB Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Pemodenan Pertanian Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan.

KL 26 DIS 10: Satu program pertemuan suai kenal serta makan malam di antara usahawan Selangor bersama delegasi usahawan dari Batam di adakan di sebuah hotel sederhana di Shah Alam semalam. Pertemuan di serikan oleh kehadiran YB Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Pemodenan Pertanian Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan.

Saya berpeluang duduk semeja dengan YB dalam majlis tersebut dan berkesempatan berbual santai dan berkongsi pengalaman dalam dunia keusahawan. Salah satu perkara yang saya luahkan pada YB adalah agensi-agensi kerajaan seperti MARA yang ditugaskan untuk membantu usahawan kebiasaannya dijawat oleh mereka yang tidak ada pengalaman lansung dalam dunia perniagaan.

Bagaimana mereka dapat merangka kaedah yang berkesan dalam usaha membantu para usahawan sedangkan mereka tidak pernah mengalami pahit maung serta cabaran getir menjadi seorang usahawan. Ada juga agensi yang cemerlang seperti MECD tetapi malangnya kini agensi seperti MECD yang banyak membantu usahawan sudah tidak wujud lagi.

"Kita akan pastikan para usahawan dapat melonjak terbang ke udara" - YB

Saya tertarik dengan pandangan YB yang memberikan penekanan kepada para usahawan kecil dan sederhana di Selangor. Beliau percaya bahawa penjanaan ekonomi serta peluang pekerjaan yang besar adalah datang daripada usahawan kecil dan sederhana. Jika sesebuah syarikat menyediakan sebanyak 20 peluang pekerjaan, seribu syarikat seumpama itu dapat memberikan peluang kepada 20,000 warga pekerja.

Menceritakan pengalamannya sebelum menjadi politikus, YB pernah menjual ikan yang dipasarkan kepada restoran serta kantin. Ikan diborongnya di pasar borong dan kemudiannya dihantar terus kepada pelanggan. Jualan semuanya secara tunai dan belian juga secara tunai. Beliau juga pernah menjadi kontraktor kelas F dan juga mengusahakan perniagaan pembuatan pakaian uniform berspesifikasi tinggi.

Usahawan Muda dalam Kursus Borong ke Negeri China dalam sesi memperkenalkan perniagaan

Pahit maung serta cabaran sebagai usahawan telah dilaluinya. Apabila bekerja dengan kerajaan, semua itu ditinggalkan demi menjaga etika pegawai kerajaan. Kini beliau berurusan sepenuh masa sebagai wakil rakyat dan berusaha sebaik mungkin membantu para usahawan di Selangor.
Warga Selangor bernasib baik mempunyai seorang pemimpin yang diamahkan menjaga urusan kerja yag beliau sendiri berpengalaman penuh dengan urusan itu.

Baguslah YB, jangan YB juga turut aktif berniaga bersaing bersama kami warga usahawan. YB mencadangkan satu pertemuan santai yang tetap sesama usahawan Selangor diadakan agar para usahawan dapat bertukar pengalaman dalam memajukan lagi perniagaan masing-masing. (Diangkat dari Blog Warta Shubhi)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails