Friday, December 31, 2010

Gay: JAKIM Tiada Kuasa? Siapa Yang Kuasa?



KL, 31 Dis 10: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan pihaknya tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki Melayu beragama Islam yang membuat pendedahan berani dalam laman YouTube bahawa dirinya seorang “gay”.

Lelaki tersebut, berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Awan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis, dalam pengakuannya mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka seumpama itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain.

Wan Mohamad berkata, Jakim hanya boleh mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membendung budaya “gay” dan tidak mempunyai kuasa mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap lelaki itu.

Sebaliknya, Wan Mohamad berkata agensi-agensi penguat kuasa lain mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.

“Untuk ambil tindakan undang-undang Jakim tiada kuasa, yang boleh ambil tindakan undang-undang adalah agensi penguatkuasaan seperti pihak berkuasa agama negeri dan juga polis.

“Jakim bukan agensi penguat kuasa dalam kes ini, kita hanya boleh ambil langkah untuk menyekat budaya ini dengan bekerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan agensi-agensi lain yang berkaitan,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam tidak berkuasa dinegara umatnya sendiri, walaupun dalam perlembagaannya tercatat 'agama persekutuan'. BN pun tak kuasa? Jadi siapa yang kuasa? Macam-macam dalih dan helah.. huh, negara Islam apa ni? Malu le...

Ada kaitan..

2 comments:

Tinta.Muallimah said...

Abis tu kerja siapa ? Polis awat tak serbu ? JAWI, JAIS, JAIP, JAIK...awat tak cekup ? Mufti2 awat tak kecoh ?

Anonymous said...

sume nak point fingers. tang gaji nak banyak. tang kerja, sume bukan bidang kuasa. bila bagi bidang kuasa, tak buat report. hampeh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails