Monday, November 02, 2009

Gelatin Babi Dicop Halal, Tipu Lagi!

PENGGUNA
Prof Madya Dr Syed Azhar (kanan) & Prof Madya Dr Gam Lay Harn

NOV 2009. Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal. Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir. Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dulu pernah terjadi sosej babi dijual kepada orang Islam, serbuk daging babi di cop halal & sekarang gelatin babi dicop halal pula. Tipu dan tertipu lagi.. Hai, malu, malu. Hal ini pun tak boleh selesai. Alasan apa pula pihak berwajib kali ini? (Sumber Bernama dll.)

3 comments:

Anonymous said...

AKU NAK CADANGKAN KEPADA BLOGOR-BLOGOR MELAYU YANG BANYAK CAKAP TU, CUBA FIKIR UNTUK ATASI MASALAH-MASALAH YG MACAM NI. TOLONG FIKIR HABIS-HABIS BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH BEGINI YG SUDAH LAMA BERAKAR UMBI.

INI TIDAK KAMU BANYAK MENULIS HAL-HAL MENGANDAI ITU DAN INI. BUANG MASA SAHAJA. PENYELESAIANNYA TIDAK ADA JUGA.

INI MASA UNTUK MELAYU UNTUK MEMPRAKTIKKAN APA YG DILAUNG-LAUNGKAN SELAMA INI. KALAU TAK DAPAT SELESAIKAN MAKA MELAYU MAMPU NGANGA SAJALAH. TIBA MASA NAK BUAT SESUATU MULALAH TAK ADA WANG, TAK ADA KEPAKARAN DAN MACAM-MACAM ALASAN LAGI. MELAYU MACAM NI BUAT MALU SAJA. CAKAP BERDERAI-DERAI, KAIN BAU TAHI.

saudara rantau said...

Hai anonymous

kamu nampak gaya mcm sama saja...

jgn bisin lebih... tp habok takdak

biarlah org nak bagi pendapat

pd siapa yg pakar tu persilalah bagi cadangan pada yg berwajib...

takkan bagi pendapat pun salah?

Maffla tegor ya! cara kamu menyampai tu agak menyakitkan

saudara rantau said...

cuba perhatikan... bukankah ada org kita tu..


"Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai"


nak sangat assobiah, bukankah kita berasal dari keturunan yg sama anak cucu adam

apakah keturunan dan bangsa ini boleh dimegah2kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails