Wednesday, May 20, 2009

Gadis Minahasa/Manado, Apa cantiknya?



Berkereta kuda di antara bandar-bandar di pergunungan Minahasa.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

GADIS-GADIS Minado cantik-cantik. Teras cantiknya, adalah dari gadis suku-kaum Minahasa yang asal dari pergunungan Minahasa. Jelas kelihatan, bila saya lewati beberapa bandar di pergunungan ini, seperti Tomohon, Tandano, Tandengan, Minahasa, Bukit Kasih tugu peringatan pelbagai agama, dan lain-lain. Mengelilingi Danau Tondano, kawasan pertanian dan perikanan air tawar.

Masjid yang saya temui, bukan lagi nisbah 1:10 dengan gereja Kristian, bahkan satu masjid bersamaan 100 gereja. Perjalanan saya dan kawan saya itu dengan motosikal. Tiba-tiba hujan datang di pertengahan jalan, makin lama makin lebat. Kebetulan kami singgah berteduh depan rumah bertentangan dengan sebuah gereja.

"Kenapa kita tak singgah di gereja itu?" Saya tanya. "Takkan pengawal gereja itu tak beri kita tumpang teduh?"

"Oh. Jangan salah faham. Pernah sekali hujan begini aku singgah di gereja kawasan pergunungan ini pada hari minggu, hari mereka sedang sembahyang ramai-ramai. Aku di luar gereja, mereka panggil masuk, duduk di bangku tempat upacara mereka, walau mereka tahu aku seorang Islam." Kata kawan saya itu. "Bukan saperti orang Islam di Kampung Arab di Manado, anjing yang masuk ke kampung itupun diburu, jarang yang pernah keluar hidup-hidup!"

"Nampaknya hebat kempen toleransi beragama oleh pemerintah Manado?"

"Bukan itu sahaja, hari keramaian orang Islam dikawal oleh orang Kristian, begitu juga sebaliknya." Jelasnya.

"Oh. Ada lagi toleransi baragama, gadis-gadis Islam dibenarkan berkahwin dengan pemuda bukan Islam.. Betulkan?" Saya menambah. Dia mengangguk dan terdiam.

Hujan mulai reda. Beberapa wanita dan lelaki Minahasa keluar dari rumah, melintas di depan kami dengan senyuman yang ramah. Memang orangnya putih-putih, yang saya lihat sepanjang perjalanan itu. Mungkin kerana tempat tinggalnya di cuaca sejuk. Atau mungkin kerana mengalir darah kacukan penjajah Belanda yang berjaya mengkristian anak-anak tempatan. Tetapi hidung mereka tidak nampak yang mancung-mancung pun. Ada juga yang mengatakan bangsa Minahasa ini berasal dari Filipina yang memang kulitnya putih dan raut mukanya memang begitu. Itu sebabnya, gadis Minahasa itu dikatakan cantik-cantik.

"Cantikkah? Apa pandangan tuan?" Dia tanya pendapat saya.

"Pada saya, cantik itu menurut mata orang yang melihatnya. Bahkan ada bangsa Negro Amerika menganggap bangsa kulit hitam itu lebih cantik dari bangsa kulit putih. Kalau tidak bangsa-bangsa Asia Tenggara yang kebanyakannya sawo matang ini tak laku lah, orang tak mahulah!"

"Jadi, bagaimana cantik yang sebenarnya?"

"Cantik sebenarnya ialah cantik semuanya. Bukan cantik rupa sahaja, tetapi cantik juga akhlaknya. Ramai anak-anak Minahasa yang jadi pelacur di Manado, bahkan pelacur kelas satu kerana cantik wajahnya. Orang sini panggil 'wanita panggilan', atau 'gadis nakal'. Itu tidak tepat.. sebenarnya perempuan jalang." Jelas saya.

"Ada juga antara kami yang menyebut begitu!" Tingkahnya.

"Ya! Kalau begitu akhlak yang baik bukan sahaja baik dalam melayani manusia, bahkan baik juga terhadap Allah yang Maha Pencipta. Menurut titah perintahNya, sebagai tanda cinta. Agama Kristian juga mengharamkan minuman keras seperti yang terpampang tertulis di tempat awan (Lihat di pelabuhan kapal di Minado) dan hubungan luar nikah. Mengapa mereka tidak ikut, berakhlak menurut agama mereka?" Jelas saya lagi.

Maka 'minah-minah' ini sepatutnya diajari dengan pelajaran ke 'Esa'an atau ke'Asa'an dalam kepercayaan kepada Tuhan dan peraturan-peraturannya, maka barulah boleh cantik akhlaknya.. Dan layak disebut 'Minah-asa..'

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Minahasa, Sulawesi.

Mei 19, 2009

8 comments:

malaysia baru said...

Hebat insan bila berpegang kpd agama...

PG said...

Salam Pak Hasyim,
Menarik betul kisah perjalanan Pak Hasyim.

Haikal Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Haikal Sulaiman said...

tuan...bilan nak turun mari Sulwesi Selatan..
banyak student malaysia kat sini.
Kalau Sulawesi Selatan pula dikenali Sebagai "serambi Madinah".Tapi macam hampeh..ciri-ciri islam skit jea..byk masjid2 cantk kat sini..datang laaa

Shahabudeen Jalil said...

Pak Hasyim memang plan ke sana kot. Pak Hasyim bagi la number fon indonesia kat haikal. Mungkin boleh jumpa di sulawesi selatan. Sulawesi selatan tu Makasar ke?

Ibnu Hasyim said...

En heikal,

Maaf, semasa saya baca pelawaan tuan saya sudah berada di Surabaya. Dah terlepas..

Shahabudeen Jalil said...

aik.. artikel tuan cakap ke Mindanao.. kat sini tuan kata surabaya pulak.

Ibnu Hasyim said...

Encik Shzhzbudeen,

Begitulah.. perjalanan ikut kaki melangkah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails