Tuesday, May 13, 2008

Ulama Wahabi, Mengapa Ditangkap & Digari?



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

DALAM Dewan Rakyat Parlimen ke 12, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama Bil 7, Khamis 8 Mei 2008, dalam kamdungan jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan, perkara 6…


{ Tuan Zulkifli bin Noordin [ Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu] minta Perdana Menteri menyatakan:

a..Nama-nama mereka yang dikenal pasti sebagai golongan Wahabi dan di bawah akta atau undang-undang mana Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai golongan wahabi; dan..

b..Alasan menyesatkan golongan Wahabi dan pernahkah diadakan muzakarah atau perbincangan dengan mereka ini. Jika ya, bila?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi] menjawab: Tuan Yang di-Pertua (TYDP) di antara nama-nama mereka yang telah dikenal pasti sebagai golongan Wahabi mengikut siasatan JAKIM terdiri daripada beberapa orang pendakwah antaranya Dr. Abdullah Yassin, Ustaz Hussein Yee, Safuan Badri, Kiraman Abdul Muin dan beberapa orang yang lain. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat kebangsaan atas apaapa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-raja.

Penubuhan Majlis Fatwa diperuntukkan oleh perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia atau MKI. Fahaman wahabi tidak pernah diputuskan sebagai ajaran sesat atau ‘dholalah’ sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat (YB) dalam soalan. Ianya merupakan ‘khilafiah’, ‘fakiyah’ ataupun pertikaian tentang soal ‘fakih’ di mana timbul persoalan dari segi takwil ataupun memberikan tafsiran pada makna. Dalam hal ini Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah mengadakan beberapa kali muzakarah atau perbincangan berhubung dengan perkara ini.

Daripada tahun 1985 hingga 1998 telah diadakan sekurang-kurangnya enam kali muzakarah yang membincangkan isu ini. Kalau YB bertanya tentang soal bilakah perbincangan yang mutakhir dengan pemuka-pemuka pegangan Wahabi saya ingin menyebutkan bahawa ianya telah diadakan pada 30 Ogos 2007 di Hotel Putra Palace Kangar dengan Sahibul Samaah Dr. Mohd Azri Zainal Abidin, Mufti Perlis, terima kasih.


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih YB Menteri. Sahabat saya sebelah bilik tahanan ISA tahun 1998. YB Menteri ada beberapa soalan yang saya hendak kemukakan TYDP, pertamanya bahawa ini hari saya mendengar daripada mulut sahabat saya YB Menteri pengesahan bahawa yang dikatakan sebagai golongan Wahabi itu tidak pernah difatwakan sebagai sesat. Tetapi perkara yang saya perlu sebut YB Menteri sahabat saya walaupun mereka tidak pernah disabitkan sebagai sesat tetapi mereka dihalang, mereka ditegah, mereka dicegah, mereka ditangkap malahan mereka diheret ke mahkamah.

Nama-nama YB sahabat saya sebut tadi Dr. Abdullah Yasin, Ustaz Husein Yee dan lain-lain mereka ini adalah golongan yang dikenali sebagai ulama. Ulama Muhadisin, contohnya Dr. Abdullah Yasin yang dihormati di peringkat dunia. Soalan saya YB Menteri sahabat saya atas alasan apa mereka ini ditegah, dicegah, ditangkap dan diheret ke mahkamah? Contohnya...


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah bagi contoh. Soalannya?


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: YB Menteri tahu atau tidak bahawa Sahibul Fadhilah Dr Abdullah Yasin pernah digari depan orang ramai dan diheret? Dia pernah menghadiri satu kenduri atas jemputan di rumah private, dikepung oleh pasukan Jabatan Agama Islam. Dia pernah ditangkap sedang memberi kuliah!


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup YB, cukup YB!


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Bharu]: Soalan YB Menteri, mereka ditangkap, alasan yang biasa diberi antaranya mereka ini konon tidak diberi tauliah dan alasan yang mereka tidak...


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: YB, soalan? YB, kita dalam sesi soal jawab.


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: TYDP, kalau YB tidak tahu background dia macam mana dia hendak jawab?


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh, dalam sesi soal jawab. YB boleh bawa dalam perbahasan nanti, dalam sesi soal jawab kita hendak ringkas dan tepat untuk soalan.


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Baik TYDP, jadi sekarang ini mengikut surat daripada Jabatan Agama Islam ini menyatakan bahawa mereka ini tidak dibenarkan berceramah kerana fahaman Wahabi dan sebab itu mereka ditangkap, ditahan.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah YB!


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Soalannya YB Menteri, atas alasan apa mereka ini masih lagi ditegah, dicegah, ditangkap, diheret ke mahkamah dalam keadaan mereka tidak pernah disesatkan? YB Menteri saya hendak memperbetulkan fakta.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah YB.


Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya difahamkan bahawa muzakarah yang diadakan tidak pernah dipanggil mereka ini. Ianya muzakarah sesama dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan contohnya Dr Abdullah Yassin, Ustaz Hussein Yee, mereka tidak pernah dipanggil. Jadi minta penjelasan daripada YB Menteri, soalan pokok saya itu kenapa mereka masih lagi dikenakan tindakan seperti itu? Terima kasih.


Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: TYDP, kemajmukan masyarakat di negara kita bukan suatu premis untuk mengizinkan intra-religion difficulties berlaku. Dewan yang mulia ini bukan forum yang sesuai kita membincangkan soal khilafiah yang begini, elok kalau dapat diperbincangkan dalam bentuk muzakarah yang lain. Walau bagaimanapun kalau dapat YB rujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-40 tahun 1996 pada 9 Ogos menyebutkan ‘bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan dirinya tidak bermazhab dan menganggap

bahawa dialah orang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab, sedangkan mereka ini berada di dalam kelompok yang sama…’

Maka pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik supaya tidak timbul perpecahan di kalangan umat Islam. Ini adalah soal-soal bidaah, yang menjadi perkara yang ‘furuk’, bidaah mahmudah atau mazmumah, yang menjadi polemic daripada soal kumpulan Al-Khawarij yang berlaku satu ketika dalam sejarah Islam berlaku di kalangan golongan Mutazilah dan pada hemat saya perkara-perkara yang begini tidak patut dipolemikkan di dalam situasi di mana perpecahan umat Islam di negara ini sedang berlaku. Maka pendekatan yang harus dilakukan ialah bersatulah yang di sana dan di sini demi kepentingan agama bukan membincangkannya lagi.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: YB Baling.


Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih TYDP dan terima kasih sahabat saya YB Menteri dan tahniah dapat jadi menteri jaga JAKIM. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berulang kali bermuzakarah tentang persoalan ini. Beberapa ketika dulu pun, persoalan timbul bukan masalah sesat atau tidak sesat cuma apa yang diputuskan ialah Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan Ahlu Sunah Wal Jamaah dalam Mazhab Shafie. Jadi masing-masing bertanggungjawab untuk mengelak apa juga bentuk pergeseran dan pertelingkahan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak tenang di kalangan masyarakat terutama penganut Islam.

Keputusan ini telah lama dibuat, cuma mungkin persoalan saya pada pagi ini ialah, sejauh mana usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi penguatkuasaan ataupun enforcement bukan maksud untuk menangkap, tapi maksudnya supaya suasana ini reda. Dan pihak kerajaan negeri yang bertanggungjawab, nak ambil mufti pun, dia kena check juga latar belakang sama ada kedudukan ilmu dan sebagainya menepati dengan kehendak keputusan fatwa. (Beberapa Ahli: Sokong). Itu bagaimana mufti, wallahualam. Saya tak tahulah sana ke sini, tak tahulah. Duduk pun tengah-tengah ni. (Beberapa Ahli: [Ketawa]) Kerusilah, kerusi.


Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: TYDP, saya rasa bersyukur kerana masih ada yang mengaku sahabat, Baling dan Kulim Bandar Baharu. Dalam perkara ‘dholalah’ seperti yang diperbincangkan itu, pendekatan yang terbaik ialah pendekatan yang menggunakan pendekatan yang tidak bertelagah. Walaupun ada perbezaan pendapat, dalam Tasawuf disebut ada ‘Addabul Ihtilaf’ yang harus kita gunakan. Dalam keadaan ini saya rasa YB Baling telah berbeza sedikit pendapat dengan YB Kulim Bandar Baharu, eloklah diadakan perbincangan di luar agar Dewan yang mulia ini tidak digunakan sebagai satu premis untuk kita perbincangkan perkara-perkara yang di luar...


Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: YB Baling contoh yang terbaik.


Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: ...Kesesuaian di sini kerana kita tahu, saya sebut tadi kemajmukan kita menyebabkan kita harus dihormati bukan dihina oleh pihak lain. }


Perbahasan ini agak tenang, Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib, YB Baling dari PAS mendapat kepujian dari Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz YB Sri Gading dari BN, mengapa?

Sekian catatan santai kali ini. Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 13-05-08. KL.

12 comments:

Anonymous said...

pelik juga kenapa nama dr maza tidak disebut sebagai ulamak wahabi oleh tok menteri.kenapa seolah perlis dikecualikan dari penjelasan muzakarah yang tidak mahu ada kecelaruan dalam fikrah rakyat malaysia.tetapi dalam kes yang disebut oleh YB zul, ada ulamak yang dicop wahabi oleh jakim ditangkap dan digari jadi soalan yang mungkin cuba ditanya oleh YB zul juga YB taib izamuddin ialah kenapa mereka ditangkap dan digari tetapi dr maza dibiarkan bebas atas tiket mufti malah tidak dicop sebagai wahabi pun.

YB sebut nama nama yang disebut oleh tok menteri ialah ulamak muhadasin dan dr abdullah yasin dihormati diperingkat dunia.yang ni perlu kepada penjelasan lanjut.mungkin kita boleh menentukan fikrah sebenar mereka yang disebut wahabi ini,tetapi yang ana faham YB zul dan YB taib izamuddin cuba memberitahu kita semua kenapa dr maza tidak dilayan sebagai seorang wahabi. dan tok menteri yang menjawab pula cuba mengelak.kenapa?

Anonymous said...

"Assalamualaikum...

Kenalilah Tokoh PAS
http://www.izharsunnah
.blogspot.com/
ULAMA PEJUANG MENENTANG KAUM WAHABI



FIKRAH

24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL1429 m -15 MEI 2008

Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi:Ulama pengasas PAS


Oleh MOHD FADLI GHANI




NAMA Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di negara ini,khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an.Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yaag berasal dari Hadhralmaut.

Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura.

Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir.

Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana.

Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun..

Selepas itu. Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu , kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad din ,Pekan ,Pahang pada 1955.Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma’ruf ,singapura selain menjadi Ahli majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor.Pada 1936, beliau mengasakan Madrasah al –Ma’rif al-Islamiyah di Ipoh road ,singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya ,ustaz Taha Suhaimi.

Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura ,Johor Bharu,Jawa ,Kelantan dan Pahang ;nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi Beliau yang mcndokong fahamanAhli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melóntarkan pemikiran-pcmikiran baru yang dianggap bertentangan dengan kaum tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.

Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bidíah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh' Abdullah Maghribi dan 'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana.

Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih Sebuah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, táuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta mcnterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta.

Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 'al-'Allamah al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy –syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-syaikh muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya.

Dalam bidang politik,Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik.Antara murid yang terkenal di kelantan ialah ustaz wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959.

Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua.

Di Singapura, beliau juga terlibat dálam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antípenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno. Dalam Pcrsidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Sháikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini.

Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh per-sidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekali gus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dakm meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belïau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965.

Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kcbanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara. Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.
harakah..."

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Golongan yang dianggap Wahabi ini sebenarnya tidak wujud dalam konteks kaum Wahabi. Masyarakat ISlam Malaysia tidak mahu menukar cara mereka menjalankan ritual seharian mereka. Oleh itu apa juga orang lain buat dicop salah dan bukan aliran Shafie.
Perkara ini amat ketara bagi pelajar Malaysia yang ebrada di Amerikan Syarikat dan Eropah umpamanya. Pelajar Melaysia etrkonkong dengan soal mesti ada 40 orang baru boleh buat Jumaat. Bila ditanay apa dalilinya, pelajar Malaysia cepat menjawaboh itu ajaran Imam Shafie. Soalan balas ialah, siapa itu Shafie? Ramai terlopong tak boleh jawab. Jika ditanya siapa Imam Bin Hanbal. ramai tidak tahu beliau ialah anak murid kepada Imam Shafie paling pintar dan dilantik sebagai guru oleh Imam Shafie untuk mengajar di Yemen. ramai juga tidak sedar bahawa banyak pendapat Imam Shafie dibetulkan oleh Imam Ahmad Bin hanbal selepas mendapat sumber-sumber yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Imam Shafie. Jadi adakah kita mahu terus dalam kepompong dan tahap ilmu kita tanpa mahu menambah? Bila ada yang maklumat dan ilmu yang lebih maka orang Islam perlu belajar dan membetulkan. Itulah kemajuan dalam ISlam sebenarnya.
Melabel beberapa orang guru dan ulamak sebagai Wahabi dan mudah menyesatkan semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan ilmu yang mereka ada akan memundurkan umat Islam sendiri. ramai tidak sedar sebelum gerakan Imam Muhammad Bin Abdul Wahab di Hijaz, solat berjemaah di Mekah sendiri ada 4 Imam mengikut mazhab masing-masing. mahukah kita kembali ke zaman tersebut? Harapan saya kita hentikan soal khilaf dan utamakan soal darah dan maruah umat Islam sekarang ini.

Anonymous said...

Memang benar kaum muslimin (Orang awam)di Malaysia amat ta'sub dengan Mazhab Shafie walaupun mereka sendiri tidak mempelajari dan memahami dengan mendalam mazhab ini. Saya pernah mendengar ucapan dari Ust Abdul Hamid Zainal Abiddin sewaktu beliau sebagai Pengarah Pusat Islam. Katanya kita boleh melaksanakan syariat dari mazhab2 lain dalam ahlulsunah waljamaah dengan syarat kita arif tentangnya.

Berkaitan dengan Kes2 ulama'yang disebut sebagai wahabi itu, saya pernah menjadi murid kepada ust Abdullah Yasin beberapa tahun. Sepanjang beliau mengajar beliau tak pernah menyalahkan mana2 mazhab, malah disaat beliau membahaskan sesuatu perkara beliau sangat menyanjung pendapat Imam Shafie. Saya muridnya tetapi saya tetap bermazhab shafie.

Persoalannya:
Adakah kita benar-benar memahami dan mengamalkan mazhab shafie yang kita taksubkan sangat itu?

Salahkah seseorang yang diiktraf dari Universiti Madinah (sumber ilmu) yang datang ke Malaysia menegur dan membetulkan kesilapan2 dalam amalan syariat ugama kita?

Ahmad said...

Sudahlah, Wahabbi itu tolak tepi sudahlah. Firqah bidaah terbaru Islam, mereka adalah Khawarij zaman ini. Terkeluar dari golongan majoriti Ahl Sunnah wal Jamaah pewaris sebenar Rasulallah, ahl bait dan para sahabat.

Semoga Allah melindungi kita dari puak yang tanpa mazhab dan sistem, yg senang2x suka takfir dan mensyirikkan Muslimiin lainnya.

Puak yang sendiri ta'sub dngn Muhammad b Abdul Wahhab an-Najdi dan ulama'-ulama' lain mrk.

Amri Mat Saaid said...

salam

Sdra Ahmad , Islam datang dengan Alquran dan Hadis, Nabi suruh kita pegang dan gigit dengan kuat. Imam Shafie berkata jika ada hadis yang sohih itulah mazhabku, jangan mudah kita mengatakan mereka yang berpegang dengan Quran dan hadis sebagai sesat.

Unknown said...

Saya bersetuju dgn saudara..di dlm al quran dan hadis tidak ada perkataan mazhab. Yg ada ialah perselisihan pendapat.
An-Nisā':59 - Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Ikutlah mana2 pendapat imam (mazhab) pn Yang Paling Dekat Dengan Al Quran dan Hadis/Sunnah. Jgn lagi berpuak2 dan menggelar org lain dgn gelaran tertentu (wahabi, sunni, syiah,syafie, hanafi dsb..) krn yg sebenar2 gelaran adalah Muslim.

Unknown said...

Org2 yg kamu gelar wahabi ni x penah menggelarkan diri mereka adlh wahabi..gelaran yg sebetulnya adlh muslim. Sy muslim, awk muslim dan mereka yg awk gelar wahabi tu pn muslim. Nabi Muhammad s.a.w pun tidak bermazhab. Mazhab ini pendapat. Bkn aliran atau cabang dlm agama. Jgn slh fhm..

Anonymous said...

Kan senang jadi wahabi, baca Quran dan Hadis sahih sahaja. Tak paham Arab, boleh baca terjemahnya. Tafsirannya ikut sendiri sendiri. Belajar agama tak perlu susah susah cari guru, cukup dgn baca kitab dan buku buku sahaja, baca kitab google pun boleh jadi alim agama. Kalau org kata salah mrk tu semua jahil.

terokai seni said...

kalau wahabi sanjung imam hanbali, isytihar je la pengikut mazhab hanbali tapi puak wahabi kata, mereka tak terikat dengan mana-mana mazhab.. tu masalahnya, yang mana sesuai dengan dia dia kata geng, tak sesuai bidaah blaka

Muhammad Ilham said...

Kata allahyarham Babo Syed Wara'," Wahabi ni kita jgn dekat dgn dia,macam rimau kita sahkan nak duduk atas belakang dia, jamah misai dia pun jangan".Intaha

Muhammad Ilham said...

Nak bagitahu bahayanya Wahabi ni, semacam dia kata Allah swt duduk atas arasy, dan dia bahas Nabi saw naik atas drpd arasy semasa malam israk mikraj.Tu dia kata tanda Allah duduk atas. waliyazubillah.Belajarlah baik2 sahabt2 drpd guru2 yang murshid,guru rabbani seumpama tok2 guru pondok.Inilah bahaya kalau mengaji bab akidah dgn yg bukan ahli.Silap iktikad,kekal dlm neraka jawab dia.wallahuaklam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails