Friday, March 07, 2008

Undi BN Adalah Bunuh Diri... Dr Mohd Hasyim


BY MEGAT ALI MEGAT ALANG

PARIT: 5 Mac. Mengundi BN adalah sama dengan membunuh diri sendiri atau mencampakkan diri kedalam kebinasaan. Allah SWT melarang orang buat kerja tolol dan bahlol macam ini, iaitu mengangkat dan mengundi pemimpin yang tidak mampu dan sengaja tidak mahu mengawal harga barang, termasuk kenaikan harga minyak sehingga mencekik hidup rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Dr Mohd Hasyim selaku Presiden Grop Universiti Hulu Klang, dalam pertemuan ringkas selepas ceramah umum kepada pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen Parit, Perak malam tadi.

Dalam ceramah umum tersebut beliau menerangkan, “Penyalahgunaan wang keuntungan Petronas kepada perkara-perkara membazir dan tidak patut menjadi penyebab utama pemimpin-pemimpin BN tidak mampu dan sengaja tidak mahu bersungguh-sungguh mengawal kenaikan harga itu yang mengakibatkan kenaikan harga barangan kegunaan harian keseluruhan lain.

Beliau menyenaraikan keuntungan kasar Petronas seperti berikut:
i. Tahun 2000 sebanyak RM21.611 bilion.
ii. Tahun 2001 sebanyak RM29.029 bilion.
iii. Tahun 2002 sebanyak RM24.318 bilion.
iv. Tahun 2003 sebanyak RM26.873 bilion
v. Tahun 2004 sebanyak RM37.445 bilion
vi. Tahun 2005 sebanyak RM58.037 bilion
vii. Tahun 2006 sebanyak RM70.2 billion
viii. Tahun 2007 sebanyak RM76.3 bilion

Penyalahgunaan oleh BN-UMNO adalah seperti berikut:
i. Membina menara berkembar Petronas - RM10 bilion.
ii. Membina KLIA - RM10.5 bilion.
iii. Membina MSC - RM19 bilion.
iv. MembinaTrek F1 - RM286 juta.
v. Menaja Petronas Sauber F1 - RM1 bilion setiap tahun.
vi. Menaja subsidi gas kepada YTL Power (milik Yeh Tiong Lay) dan Genting Sanyen (milik Lom Goh Tong) - RM14 bilion setahun
vii. Menyelamat kerugian DRB-Hicom (proton) - RM1 bilion
viii. Menyelamat kerugian MISC (milik Mirzan Mahathir) – RM1 bilion
ix. Menyelamat kerugian Bank Bumiputera –RM4 bilion

Kalau di beri peluang Barisan Alternatif (PAS & Keadilan) menggunakan wang keuntungan Petronas itu dengan sewajarnya untuk mengurangkan beban rakyat, maka boleh dilaksanakan perkara-perkara seperti berikut, antaranya:
i. Untuk kurangkan harga minyak perlu RM10 bilion subsidi.
ii. Untuk pendidikan percuma kepada rakyat, RM10 bilion subsidi.
iii. Untuk hapuskan tol dijangka perlukan RM5 bilion sebagai pampasan.

“Manakala Abdullah Badawi pula dijangka akan menggunakan wang Petronas sekiranya projek Koridor Utara, Koridor Pantai Timur dan Koridor Sabah dengan jumlah keseluruhannya RM712 bilion mengalami masalah kewangan. Oleh itu inilah peluang bagi rakyat untuk tukar kerajaan dari kerajaan yang membazir kepada kerajaan kebajikan, samada peringkat negeri ataupun peringkat Persekutuan.” Demikan ujar Dr Mohd yang juga seorang penulis dan penganalisis politik.

Turut ceramah dalam majlis tersebut ialah ialah calon PAS P.069 Parit Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon N.39 Bota Usaili Alias dari PKR.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails