Wednesday, March 05, 2008

Turun Harga Minyak: Kalau Tak Mampu, Boleh Pergi Mampus!



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


MENURUT Dato’ Seri Anwar Ibrahim mantan TPM dan Menteri Kewangan, jika beliau diberi mandat memerintah negara dalam PRU 12 ini, antara langkah pertama yang akan beliau lakukan ialah menurunkan harga petrol. Kerajaan BN tidak mampu berbuat demikian adalah kerana hasil Petronas telah diseleweng dengan pembaziran yang menyuburkan budaya rasuah di kalangan pemimpin.

Malaysia adalah negara pengeluar minyak, dan Petronas difahamkan telah menyumbangkan RM500 bilion kepada kerajaan sejak ditubuhkan. Malah negara telah mengaut keuntungan besar tatkala harga minyak di pasaran global berada pada paras tinggi. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007 berjumlah RM76.3 bilion adalah tertinggi dalam sejarah. Hasil dari keuntungan itu sejumlah RM48.3 bilion telah disumbangkan Petronas kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Tetapi menurut beliau lagi, beratus bilion telah digunakan untuk membailout syarikat MISG milik anak Mahathir, Bank Bumiputra, DRB-Hicom, Proton serta menampung pembiayaan projek membazir seperti KLCC, Formula One, KLIA dan Putrajaya. Manakala Abdullah Badawi pula dijangka akan menggunakan wang Petronas sekiranya projek Koridor Utara, Koridor Pantai Timur dan Koridor Sabah dengan jumlah keseluruhannya RM712 bilion mengalami masalah kewangan.

Kalau kita lihat semasa beliau menjadi menteri kewangan harga minyak tetap kekal rendah dari tahun 1990 hingga 1999, dan mula melonjak naik selepas beliau dipecat mulai tahun 2000 hingga 2008. Oleh itu, cara penyelesaiannya ialah...

“Sekarang harga minyak dunia meningkat, dan Petronas mendapat keuntungan hingga lebih RM70 bilion setahun. Kita hanya perlu gunakan RM10 bilion daripada keuntungan itu untuk menampung subsidi harga minyak supaya meringankan beban rakyat.” Kata beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat pada kesempatan yang.lain.

Ada pula Menteri Pengguna Pak Lah jawab dalam kempen haram di tv, kalau Anwar boleh turunkan harga minyak kenapa Presiden Bush tidak panggil beliau tolong selesaikan masalah ekonomi dunia?

“Itu jawapan bedal dari Shafie Abdal yang bebal...” Jawab seseorang yang sedang menonton tv tersebut. “Kalau nak turunkan harga minyak dari sebuah negara pengeluar minyak pun tak tahu dan tak mampu, BN boleh pergi mampus! Turun dari perintah kerajaan!!”

“Jom sama-sama kita turunkan BN, kita undi Keadilan dan PAS!!” Jawab yang lain pula.

Lagi sembang-sembang PRU 12 untuk kali ini. Wallhu aklam.

(Sila lihat Catatan Santai dalam laman web penulis 17 Feb 08, ‘Bagaimana Negara Kebajikan Nak Sekat Harga Barang Naik?’)

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 04-03-08. KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails