Monday, May 04, 2020

BERSATU Kembali Sertai PH. -Terompah Kayu DAP


Din Ayub diperlekeh AMK PKR


SEDANG DAP kalut melancarkan serangan pecah perintah terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) rupanya terompah kayu mereka terhegeh-hegeh mahu turut serta. Salahudin Ayub PAN dilaporkan mencadang agar BERSATU kembali menyertai PH.
Ini katanya berikutan layanan buruk yang kononnya diberikan oleh Umno Johor terhadap BERSATU di Johor. Apa rasionalnya BERSATU mahu tinggalkan Kerajaan PN yang PM-nya dari BERSATU untuk melutut pada PH yang porak-peranda itu? Kerana konflik di Johor? PN bukan macam PH dan PN tidak akan jadi PH kerana banyak yang kita boleh ambil iktibar dari pengalaman buruk PH.
Hari ini sesama PH memperlekeh cadangan Din Ayub itu. Ikut laporan Setiausaha AMK PKR sifatkan cadangan Din itu tidak bermaruah. SU Pemuda PKR boleh perlekeh Timbalan Presiden PAN, tidakkah lucu dan kalut itu.
Sesungguhnya kita akui PN tidak sunyi dari konflik tetapi insyaAllah permuafakatan parti-parti Melayu ini diikat teguh dengan akidah dan budaya Melayu yang dinobat dan disanjung pimpinannya. Tiada kusut yang tidak dapat diurai tiada putus yang tidak dapat disambung.
Pokoknya bumi dipijak jangan sekali-kali terlepas lagi menjadi milik orang. Tidak seperti PH marahkan pijat terus kelambu dibakar, hilang sokongan terus letak jawatan hingga roboh berkecai mahligai 22 bulan. Selesailah masalah rumah tangga sendiri, takut dah roboh tak mampu bangkit-bangkit lagi.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 4/5/2020

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

Ibadah di masjid, surau tunggu arahan ..

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto BERNAMA
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Semua aktiviti di masjid dan surau akan dibenarkan semula sebaik kerajaan berpuas hati serta meluluskan penggunaan garis panduan ibadah yang disediakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata garis panduan itu sudah pun siap.


Katanya, ia sudah dibentang dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada Khamis lalu.
"Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam senarai soalan lazim (FAQ) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) portfolionya.
Beliau berkata, pertimbangan utama kepada kebenaran itu kelak adalah bergantung kepada tahap kesiapsiagaan pihak berkuasa agama, pentadbiran masjid dan surau serta persediaan teknikal mesti berada di tahap optimum.
"Pertimbangan utama kerajaan melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal semua pihak iaitu Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran
agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik," katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan garis panduan itu juga tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran dari KKM dan MKN.
"Buat masa ini, berdasarkan pertimbangan pihak berwajib, kerajaan memutuskan sebarang bentuk aktiviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB," katanya.
Katanya, larangan itu termasuk ketika PKPB ini, sudah mendapat nasihat dan pandangan mufti yang disampaikan melalui MKI, diadakan sebanyak empat kali sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).(BH)

'Rebus batu tipu anak lapar' Berlaku Di M'sia?

PENINAH memasak batu dalam periuk untuk menipu lapan anaknya yang kelaparan. FOTO Tuko

NAIROBI: Kesempitan hidup membuatkan seorang ibu tunggal di Kenya berpura-pura memasak batu untuk meyakinkan lapan anaknya bahawa dia sedang menyiapkan makanan.
Peninah Bahati Kitsao yang menetap di Mombasa berkata, dia berharap anaknya tertidur ketika menunggu makanan masak.
Ia selepas wanita itu tiada wang membeli makanan susulan kehilangan sumber rezeki akibat Covid-19,
Portal BBC News melaporkan sebelum pandemik melanda, wanita berkenaan bekerja sebagai tukang cuci pakaian.
Mereka sembilan beranak tinggal dalam rumah sempit dengan dua bilik, tanpa bekalan air dan elektrik.
Wanita itu berkata, lama-kelamaan anaknya yang kelaparan mengetahui lakonannya.
"Mereka beritahu mereka tahu saya menipu, tapi saya tak dapat buat apa-apa," katanya.
Kedaifan hidup keluarga itu terbongkar selepas jiran mereka, Prisca Momanyi menjenguk apabila kerap terdengar anaknya menangis.
Prisca terperanjat sebaik mengetahui jirannya kelaparan dan meminta bantuan media tempatan, Kenya NTV untuk melaporkan berita mengenai wanita itu.
Sejak itu, dia menerima pelbagai sumbangan daripada orang ramai termasuk wang belanja dan kini memiliki telefon bimbit. (Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berlaku Semasa Khalifah Islam Umar Khattab RA.   
Berlaku pada suatu malam, Khalifah Sayyidina Umar ra. melakukan kebiasaan rutinnya, iatu berjalan bersama pengawal nya yang bernama Aslam, untuk "memata-matai" nasib rakyatny. Bahkan seringkali sampai ke wilaah pinggirn kota. 
Tiba-tiba di sebuah dusun kecil terpencil, sayup-sayup telinga mereka menangkap suara tangis anak anak kecil. Tak lama kemudian, tangisan berhenti, namun sebentar kedengaran lagi.. 
Setelah mereka yakin arah suara tangis itu tadi, pelan-pelan mereka pun mendekati sebuah rumah rakyatnya. Mereka melihat seorang ibu, dengan wajah yang muram menghadap ke sebuah periuk yang di atas satu panggangan api, sedang memasak sesuatu. Di sebelah ibu itu ada dua anak kecil yang sedang menangis sambil mememang di baju ibunya.
Sambil berteriak "Mak lapar mak!"  Sesekali ibu itu menghadap periuk itu dan mengaduk-aduk sesuatu , mulutnya bicara pelan kepada anaknya, "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu sesaat, sambil menunggu bubur segera masak." 
Mendengar hibur ibunya, anak-anak itu pun dapat tertidur sesaat. Namun, tak lama bangun lagi, dan si anak menangis lagi. Si ibu kembali berlagak, pura-pura mengaduk periuk itu sambil menghibur pilu.,  "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu, ibu sedang memasakkan makanan untukmu." 
Peristiwa itu terjadi berulang kali. Melihat adegan ganjil ini, Khalifah umar ra.  lantas bertanya dalam hati: apa gerangan yang dimasak itu? Dan kenapa masakan si ibu itu tak masak masak? Sayyidina Umar bersama pengawalnya pun pelan-pelan mendekat, lalu mengetuk pintu pelan di daun pintu sambil mengucapkan salam,  "Assalamu'alaikum." 
Si ibu itu pun menjawab, "Wa'alaikumusalam," dan membukakan pintu. Dia pun bertanya dengan penuh curiga di dalam hatinya, "untuk apa tengah malam ada lelaki asing bertamu ke rumahnya?" 
Umar lantas bersegera melontarkan pertanyaan tentang apa yang sedang di masak si ibu, dan apa penyebab anak-anaknya tak henti-hentinya menangis pula. 
Dengan suara lirih, ibu itu menjawab, “Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Inilah kejahatan Khalifah ‘Umar bin Khaththab. Ia tidak mahu melihat ke bawah, apakah keperluan rakyatnya sudah dipenuhi belum. Aku seorang janda. Sejak pagi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Jadi ia kusuruh berpuasa, dengan harapan ketika waktu berbuka kami mendapat rejeki. Namun ternyata tidak. Sesudah maghrib tiba, makanan belum ada juga. Anakku terpaksa tidur dengan perut kosong. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasuk ke dalam panci dan kuisi air. Lalu batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Mungkin kerana lapar, sebentar-sebentar ia bangun dan menangis minta makan.” 
Oleh kerana pada zaman itu, tidak semua rakyat di Madina yang tahu rupa wajah Amirul Mukminin Sayyidina Umar. Cuma rakyat yang tinggal di berdekatan kota yang kenal, tetapi yang tinggal berjauhan cuma kenal nama pemerintah mereka. Jadi tidak hairan jika ibu itu tidak kenal rupa Sayyidina Umar dan tidak tahu bahawa lelaki asing itu adalah sebenarnya Sayyidina Umar.  
Mendengar penuturan si ibu, Aslam berniat menegur perempuan itu. Namun Khalifah ‘Umar sempat mencegah.  Dengan air mata berlinang Umar bangkit dan mengajak Aslam cepat-cepat pulang ke Madinah. Sambil berjalan dari rumah itu, dia menangis dalam hati, memohon ampun pada Ilahi, kerana dia melihat dia sudah gagal sebagai pemerintah yang adil. 
Dan dia takut, Allah akan murka pada Hari Kiamat.  Sayyidina Umar bergegas ke Baitulmal dan lalu mencedok beberapa gandum dan memasukkan ke dalam sebuah guni. Pengawalnya yang melihat Umar berasa curiga kenapa dia membuat sedekemian.  Dia pun mengangkat sendiri guni gandum itu. Lalu pengawalnya berkata "Wahai Amiru Mu'minin, biar aku sajalah yang mengangkat karung ini." kerana merasa bersalah.
Dengan wajah merah padam lalu Sayyidina Umar menjawab, "Apakah kamu mahu menggantikan aku menerima murka Allah akibat membiarkan rakyatku kelaparan? Biar aku sendiri yang memikulnya kerana ini lebih ringan bagiku dibanding siksaan Allah di akhirat nanti." 
Pengawalnya terdiam atas jawapan Umar. Mereka pun jalan kembali ke rumah ibu tadi. Akhirnya, sampailah Umar di rumah buruk tadi. Amirul Mu'minin terus masuk dan lalu memasakkan sebagian gandum yang dibawanya, dan menyuruh ibu untuk mengejut anak-anaknya itu. Ibu itu terus mengalir air mata kerana tidak sangka lelaki asing itu sangat baik sekali untuk bantu. 
Setelah masak, Sayyidina Umar pun mengajak keluarga yang miskin itu untuk makan.  Sambil melihat mereka makan, Umar duduk tersenyum dalam hatinya. Hatinya berasa sangat lega kerana melihat anak-anak kecil itu kembali gembira. Sejurus berikutnya, Umar berpesan agar esok harinya anak dan ibu datang ke Baitul Mal menemui Umar untuk mendapatkan makanan dari negara.  
Ibu itu pun mengucapkan terima kasih, lalu berkata "Engkau lebih baik dibanding khalifah Umar.."  
Esok hari itu, datanglah ibu itu ke Baitul Mal. Umar pun menyambut dengan senyum bahagia. Ketika ibu itu melihat wajah Khalifah, dia menyedari bahawa orang yang membantunya semalam adalah Umar Amirul Mu'minin.  
Wajah ibu itu seketika pucat pasi dan tubuhnya gemetar, setelah tahu bahawa lelaki dihadapannya adalah Khalifah Umar bin Khatab. Dia kelihatan ketakutan sekali, apalagi telah mengatakan dzalim kepada beliau.             
“Aku mohon maaf!” tangan dan kakinya  gemetar. Selama ini ia belum pernah tahu wajah khalifah Umar hanya mendengar saja dari orang lain. Kini pemimpin besar umat Islam itu ada dihadapannya, betapa hatinya kecut. Ia telah menyumpahi dengan kata-kata dzalim kepada beliau. Ia sudah siap menerima hukuman yang akan ditimpakan.             
“Ibu tidak bersalah, akulah yang bersalah selama ini. Aku berdosa membiarkan seorang ibu dan anak kelaparan di wilayah kekuasaannku, bagaimana aku akan bertanggungjawab dihadapan Allah? Sudi kiranya Ibu memaafkan aku?” ucap Khalifah dengan rasa penyesalan mendalam.             
Wanita itu terdiam, tidak keluar sepatah katapun. Ia masih belum percaya kalau lelaki gagah itu adalah Khalifah Umar bin Khatab yang sangat ditakuti dan disegani kaum muslimin. Beliau masih sempat datang membawa makanannya sendiri sekedar untuk memenuhi keperluan makanan wanita dan anaknya yang kelaparan.
Ibu memasak batu juga berulang di Cianjur, Indonesia
Rabu, 4 November 2015 06:23Reporter : Aryo Putranto Saptohutomo, Andrian Salam WiyonHikayat ibu memasak batu zaman Khalifah Umar terulang di CianjurMerdeka.com - Di masa kepemimpinan sahabat Nabi Muhammad S.A.W, sekaligus Khalifah, Umar bin Khaththab R.A., terselip kisah pilu. Cerita tentang seorang warganya yang hidup dalam keadaan sulit.
Kisah seorang ibu merebus batu buat menenangkan anaknya dari kelaparan. Ternyata cerita itu terulang di masa kini. Tepatnya di sebuah desa kecil di Kecamatan Cilaku, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.
Adalah pasangan suami istri Andun Suherman (45) dan Iyah (33), yang hidup dalam himpitan ekonomi. Mereka sengaja merebus batu karena anak-anaknya yang tinggal di gubuk reyot merintih tak sanggup menahan lapar.
Iyah lantas berpikir keras buat memenuhi keinginan anaknya. Dia lantas mengambil sebuah batu dan merebusnya. Lalu dia mengatakan kepada anaknya sedang memasak telur. Anaknya pun senang. Namun saat menunggu, mereka akhirnya terlelap dan lupa dengan rasa lapar.
Kabar menyedihkan itu disampaikan kepada Kapolres Cianjur, AKBP Asep Guntur Rahayu. Asep lantas penasaran dan mencari tahu soal kehidupan Andun dan Iyah, serta anak-anak mereka. Dia lantas menggagas pembangunan rumah Andun supaya lebih layak ditinggali.
"Jadi awal mulanya empat bulan lalu, ada teman saya yang menceritakan hal tersebut ke saya. Katanya ibunya sampai rebus batu sampai anaknya tidur, teman saya juga bilang gubuknya sudah reyot, kaya mau rubuh," kata Asep Guntur saat berbincang dengan merdeka.com, kemarin.
Kemudian terlintas di benak Asep ide merenovasi rumah milik Andun. Dia lantas bergerak dan melobi beberapa pihak ikut membantu kondisi pasutri sudah dikaruniai tujuh anak itu.
"Di situ ada semacam dana untuk urunan dari enam orang. Kita di situ ada kepala BPN Cianjur, Perumnas, saya sendiri, dan sisanya donatur," ujar Asep.
Sekitar sebulan mengurus izin dan lainnya, lahan milik warga setempat bernama Kilin akhirnya dihibahkan. Namun dengan imbalan tanahnya mau diterbitkan sertifikat oleh Asep. [ary.Id]
Di Malaysia pun ada begini, atau begaimana?  

Anak, menantu Presiden UMNO didakwa Selasa ini

NURUL Hidayah Ahmad Zahid. FOTO arkib NSTP
ANAK Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang disiasat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dituduh di mahkamah, Selasa ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, perkara itu sudah diputuskan Jabatan Peguam Negara.
"Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur Selasa ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Huzir dalam kenyataan memaklumkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman dan mereka sudah diambil keterangan pada 24 April lalu.
Katanya, siasatan mendapati Nurul Hidayah memuat naik gambar di Instagram dengan beberapa kapsyen mengenai pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.
Susulan itu, beliau memaklumkan kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan pihaknya sudah mendapat arahan untuk menuduh kedua-duanya mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.

Sunday, May 03, 2020

PM Umum Tangguh Bayar, Tapi BNM Jadi Along? Sepatutnya Lupus Bunga!


Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Gabenor BNM, Nor Shamsiah, Kapitalis Yang Berjiwa Ah Long Tak Ada Hati Mahu Tolong


Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan semua rakyat Malaysia yang ada pinjaman bank akan diberi moratarium bayaran atau penangguhan bayaran balik kepada bank selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020 hingga bulan September 2020 (BACA DI SINI).

Tujuan kerajaan memberikan moratarium bayaran balik pinjaman selama 6 bulan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang kehilangan pendapatan secara total sepanjang tempoh PKP.

Maksudnya, penangguhan bayaran balik pinjaman bank itu akan di bawa kehadapan dan tempoh bayaran balik pinjaman akan ditambah selama 6 bulan.

Senang cerita, peminjam tidak perlu bayar apa-apa sepanjang tempoh 6 bulan moratarium bayaran balik diberikan dan tidak ada faedah tambahan atau tindakan undang-undang yang akan dikenakan oleh pihak bank kepada peminjam.


Menteri Kewangan, Tengku Zafrol sendiri sudah menyatakan perkara ini dengan jelas.


Tapi sangat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan rakyat bila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan faedah tambahan akan dikenakan ke atas moratarium bayaran balik selama 6 bulan (BACA DI SINI).

Dalam bahasa Ah Long yang mudah :

"Ini 6 bulan tara bayar pokok, tak apa, tapi itu gua punya untung, mesti mahu bayar."


Faedah selama 6 bulan itu akan ditambahkan dalam bayaran balik bulanan peminjam kepada bank.


Kenyataan dari BNM jelas bertentangan dengan tujuan kerajaan memberikan monatarium bayaran balik bulanan, malah ianya juga bertentangan dengan kenyataan yang BNM sendiri keluarkan sebelum itu.

Apa atau siapa yang menyebabkan Gabenor BNM, Nor Shamsiah membuat kenyataan yang berbelit-belit?

Lebih mengejutkan bila rakyat mengetahui faedah tambahan itu hanya dikenakan ke atas pinjaman bank dan tidak kepada pinjaman sewa beli.

Seperti yang dinyatakan oleh DS Najib, keputusan BNM itu hanya menguntungkan pihak bank dan golongan T20 dan akan terus menekan golongan B40 dan M40 yang teruk terjejas dalam tempoh PKP (BACA DI SINI).

Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh pula menyatakan, dalam saat susah begini, BNM sepatutnya berada bersama-sama rakyat dan bukannya terus menekan rakyat yang dalam kesusahan (BACA DI SINI).


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sendiri sudah meminta sekali lagi supaya bank menghapuskan semua faedah selama 6 bulan di sepanjang tempoh moratarium di berikan kepada peminjam (BACA DI SINI).

Tetapi jelas kepada kita, Gabenor BNM, Nor Shamsiah lebih memikirkan masaalah golongan kapitalis dan bagaimana caranya untuk memberikan keuntungan berganda kepada bank daripada kesempitan rakyat.

Apakah Nor Shamsiah masih lagi mahu berdegil dan membantah keputusan dan seruan yang dibuat oleh kerajaan atau akan membuat U-Turn sekali lagi untuk akur kepada keputusan kerajaan?

Kalau beliau masih lagi mahu mempertahankan keputusan yang beliau buat, maka kerajaan melalui Kementerian Kewangan mesti panggil beliau untuk berikan sedikit tazkirah.

Jelaslah pada kita, Nor Shamsiah berwatak Ah Long yang cuma fikirkan untung!!! 



Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen mengenai khidmat bank seperti berikut... 
Klik di sini...


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

Polis Maut Angkara Mabuk.. Hebatnya Islam!

KOPERAL Safwan Muhammad Ismail maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu seorang pemandu mabuk di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang, awal pagi tadi.
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang terbalik di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang, awal pagi tadi.
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang terbalik di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang, awal pagi tadi.
PKP: Polis maut angkara pemandu mabuk rempuh sekatan


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut selepas sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu pemandu mabuk, merempuh sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.11 pagi itu, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Susulan rempuhan yang berlaku itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai turut terbalik dan menghempap mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata ketika kejadian mangsa bersama beberapa anggota lain sedang bertugas menjaga kawalan SJR berkenaan.
Katanya, nahas berlaku apabila sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun merempuh anggota terbabit dan kenderaan polis yang berada di lokasi.
"Laporan berhubung kejadian itu sudah dibuat oleh penyelia SJR berkenaan, namun pemandu Hilux masih belum berbuat demikian.
"Siasatan nahas itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya menerusi satu kenyataan, pagi ini.
Allahyarham yang berasal dari Ipoh, Perak adalah anggota di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat.
Suspek yang cedera dalam kejadian itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Dalam pada itu, berita dan gambar kemalangan yang menimpa anggota polis terbabit mula viral di media sosial dan sebahagian netizen kesal dengan tindakan segelintir individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengambil kesempatan selepas perintah itu dilonggarkan oleh kerajaan.
Selain itu, netizen turut meminta hukuman berat dikenakan terhadap suspek sekiranya benar pemandu berkenaan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan berlaku kemalangan maut.
Tragedi menimpa anggota polis yang bertugas itu turut dikongsi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa menerusi twitternya.
Katanya, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila masih ada yang memandu dan membahayakan orang lain.
"Apa lagi frontliners (petugas barisan hadapan) yang berkorban untuk kita semua (dalam perang melawan jangkitan COVID-19)," katanya ketika berkongsi kesedihan menimpa anggota polis berkenaan. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah antara bahaya minumn keras, tetapi masih puak-puak 'pekak' tak mahu mengerti. Itulah istimewanya Islam, menurunkan peraturan sesuai dengan kebaikan manusia itu sendiri. Samada diri, keluarga, masyarakat, bahkan sesebuah negara sekalipun.
Jagalah Akal Dari Mudarat Arak
Berita , Cerita, Panduan dan Tips Terkini: SERAM! Penemuan Bahaya Arak

Inilah masa bank patut bantu rakyat - Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
KUALA LUMPUR: Institusi perbankan memiliki kemampuan untuk melupuskan faedah terakru bagi pinjaman sewa beli dan keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap yang terbabit dalam tempoh moratorium enam bulan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ini adalah masa untuk syarikat kewangan bersama-sama kerajaan membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19.

"Sebagai bekas korporat perbankan yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini, ia (pelupusan) boleh dilakukan oleh perbankan ketika rakyat amat memerlukan bantuan ketika ini.
"COVID-19 adalah sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini, jadi saya amat berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank-bank pertimbang pelupusan faedah terakru ini," katanya menerusi penstriman langsung Eksklusif TV3 bersama Menteri Kewangan di Sri Pentas, hari ini.
Terdahulu, Tengku Zafrul menerusi laman Facebook rasminya, berkata Kementerian Kewangan menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terbabit dalam moratorium untuk mempertimbangkan supaya faedah terakru bagi pinjaman sewa beli dan keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap dilupuskan sewaktu tempoh moratorium itu.
Katanya, mengikut Akta Bank Negara Malaysia 2009, isu itu di bawah bidang kuasa bank pusat, namun demikian, Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut berkenaan melalui perbincangan bersama BNM dan bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.
"Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19, saya amat berharap pandangan ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi kewangan dalam negara.
"Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita," katanya menerusi laman Facebook rasminya.
Baru-baru ini berlaku kekeliruan umum berkenaan kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium enam bulan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.
Tengku Zafrul berkata, walaupun BNM sudah mengesahkan maklumat mengenai moratorium semalam dengan faedah terakru dibenarkan dalam tempoh moratorium, namun ilustrasi bank pusat itu berlainan.
"Ia menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Saya harap BNM dan bank bolehlah pertimbang mengenai pelupusan faedah terakru ini," katanya.
Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen mengenai khidmat bank seperti berikut... 
Klik di sini...


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails