Monday, November 21, 2016

Ini 5 Perkara Penemuan Menarik Sekitar Bersih 5.0

Hasil carian imej untuk bersih 5
Assalamualaikum,,,

Ada beberapa perkara menarik boleh dilihat di perhimpunan bersih 5.0 kali ini.Antaranya ialah:

1- Terkibarnya bena atau kain rentang mengenai orang asli yang ditindas, ada permintaan supaya orang asli dibela dan pembalakan dihentikan di kawasan mereka.Dipercayai pembelaan orang asli ini merujuk dengan kes pembalakan yang didakwa menyusahkan kehidupan orang asli di Gua Musang dulu.

Nampaknya orang asli Gua Musang dapat pembelaan Bersih 5.0 yang matlamat asalnya bukan untuk membela orang asli.Apa jadi dengan jabatan hal ehwal orang asli? tak buat kerja ker sampai kehidupan orang asli tertindas sebegitu rupa sehingga terpaksa Bersih 5.0 turut memperjuangkan nasib mereka.

Agak malang juga kerana setelah beberapa pilihanraya, orang asli di Gua Musang memberi kemenangan kepada BN serta Ku Li. Pelik juga kenapa Ku Li tak buat apa apa dengan orang asli yang tertindas tetapi Bersih 5.0 yang tampil membela orang asli.



2- Munculnya buat kali kedua kumpulan LGBT menyertai Bersih 5.0 bagi mengesahkan lagi pengiktirafan yang diberi Bersih 5.0 kepada kumpulan ini.Bersih 5.0 turut disertai oleh orang melayu Islam dari PAN dan PKR yang turut bermakna orang melayu Islam baik yang  liberal pandangannya atau progresif turut mengiktiraf LGBT dan di antara mereka yang mengiktiraf itu termasuk Mahfuz Omar yang turut sama Bersih 5.0

3- Munculnya Mahathir, Yiddin dan siti Asmah berarak bersama bersih 5.0 kelihatan janggal kerana pada bersih sebelum ini, Yiddin antara yang mengutuk dan Mahathir pula semasa berkuasa pernah mengutuk demostrasi jalanan terutama ketika demostrasi oleh pendokong refomasi yang pernah ditekan oleh Mahathir menerusi tindakan ganas pihak polis kepada pendemostrasi, tapi kini dia berjalan kaki bersama dengan pendemostrasi Bersih 5.0.

4- Kenyataan mengatakan 20 ribu menyertai Bersih 5.0 menidakkan janji  PAN untuk menghantar 30 ribu ahlinya di demostrasi tersebut.Apakah kenyataan 20 ribu itu silap sebab ahli PAN sendiri sudahpun 30 ribu.

5- Bendera PAS turut dikibar walaupun PAS sudah awal awal lagi menyatakan TIDAK AKAN menyertai Bersih 5.0. Siapa yang gatal tangan mengibar bendera PAS ini.Ada yang mendakwa ianya dikibarkan oleh pengikut Nizar kerana ada yang mengibar bendera itu dikesan berada disebelah Nizar dalam gambar, tetapi ada pula yang memperlekehkan dakwaan ini dengan komen kononnya kalau orang itu bergambar dengan Samy Vellu akan didakwa ahli MIC.

Munasabah ker hujah ini.Rasanya tidak sebab pertamanya MIC dan Samy Vellu tidak menyertai Bersih 5.0 dan keduanya, kalau dia bergambar dengan Samy Vellupun, tak ada akan menuduh kerana yang mengibar bendera itu MELAYU sedangkan MIC pula hanya untuk orang India.Apa punya bangang hujah mengelak seperti ini!


"
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 senik



Hasil carian imej untuk bersih 5



Sunday, November 20, 2016

Syuhadak Di Alam Barzah. Kuliah Jumaat Abd Hadi 08 Julai 2016.

Hasil carian imej untuk perang zaman nabi
Video -12/37: Kuliah Jumaat  03 Shawal/08 Julai 2016
Hasil carian imej untuk taman hijau yang cantik

KULIAH JUMAAT 03 SYAWAL 1437 08 JULAI 2016


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Ini, Rakan Bukan Islam Yang Baik. Tegur Pasal Arak..


firdaus-wong-header

Terlibat Dalam Pengiklanan Arak, Lelaki Ini Ditegur Rakan Bukan Islam & Ini Yang Berlaku…

(Diangkat dari Blog Oh Bulan)

Di dalam hidup yang serba mencabar kini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi semakin rumit dan sengit. Perkara ini kadangkala membuatkan kita lupa untuk mengambil kira soal keberkatan rezeki yang diperolehi.
Seperti yang dikongsi lelaki ini, pernah bekerja di syarikat pengiklanan sebagai Advertising Sales Executive. Antara pelanggan terbesarnya ialah syarikat pengeluar arak. Dan teguran rakan nya yang bukan Islam menyedarkannya bahawa….

‘Kamu boleh kerja dalam penjualan arak meh?’

screen-shot-2016-11-18-at-12-54-48-pm
[Kita Rasa Kita Tahu Tetapi Tak Faham Lagi Rupanya]
Banyak perkara yang kita rasa kita tahu tetapi rupa-rupanya kita masih tak faham. Pada tahun 2007, saya bekerja untuk sebuah majalah berbahasa Cina sebagai Advertising Sales Executive. Waktu itu saya dah Muslim. Pelanggan saya ketika itu seperti Hotlink, Digi, Cres Wellness, Pensonic, Jack’s Daniel, Johnny Walker & Hennessy. Ya pelanggan saya terdiri daripada syarikat arak dan merekalah pelanggan terbesar saya.
Suatu hari, sahabat sekerja saya yang telah kami berkenalan sejak sekolah rendah iaitu Alex Sue bertanya kepada saya,
‘Eh bro. Kamu boleh terlibat dalam penjualan iklan arak meh? Bukan dalam Islam kamu tak boleh terlibat ke?’
Saya menjawab; ‘Eh, kenapa tak boleh pula? Saya bukannya minum pun. Customer semua respect saya sebagai Muslim dan bila mereka nampak saya hadir event mereka, mereka akan offer air oren atau Coke. Rasanya takde masalah.’
Dia menyambung; ‘You check betul-betul la. Saya tanya aje mana tahu tak boleh. Kamu Muslim nak cari rezeki untuk anak dan isteri mana boleh duit haram.’ Saya menjawab; ‘InshaAllah halal punya.’

Saya menemui seorang ustaz dan jawapannya…

Walaupun saya menjawab tiada masalah tetapi saya kurang pasti. Jawapan saya yang menggunakan rasanya menandakan saya kurang pasti. Saya menemui seorang imam masjid setelah selesai solat dan jawapannya haram. Walaupun saya tidak minum tetapi syarikat arak itu mempromosi arak mereka jadi mana boleh kita terlibat dalam mempromosi benda yang haram. Ustaz yang kedua dan ketiga juga kata haram tetapi mereka sepakat kata,
‘Islam tak menyusahkan kita. Firdaus ada isteri dan anak perlu ditanggung jadi Firdaus cari kerja lain dulu dan jangan berhenti. Usaha mencari kerja perlu. Lepas dah dapat kerja yang halal barulah berhenti’
Keesokkan harinya saya tidak sabar-sabar memberitahu bos saya bahawa saya nak berhenti tetapi minta ihsan iaitu saya akan berhenti hanya setelah mendapat kerja. Dia tanya kenapa? Gaji tak cukup ke? Saya naikkan gaji kamu la.. Dalam hati saya berkata; bertuah punya bos. Aku minta naik gaji lama dah tak dapat sekali aku kata nak cari kerja lain dia nak naikkan gaji aku. Ini cubaan ni.
Saya jawab, buka isu gaji tetapi isu agama. Agama saya tak membenarkan saya terlibat dengan arak walaupun tak minum. Bos beritahu, tak mengapa, semua pelanggan arak tu saya bagi orang lain handle dan awak handle pelanggan lain. Saya jawab; ‘Tetapi dalam majalah masih ada iklan arak betul? Maka secara tidak langsung saya masih lagi terlibat atau bersubahat. Akhirnya bos saya akur dan bersetuju untuk benarkan saya berhenti setelah saya mendapat kerja.

Saya berjaya cari kerja kurang dari sebulan

Kadang-kala, Allah hadirkan mereka yang Belum Muslim untuk mengajar kita tentang agama kita sendiri. Dan dalam kes saya, Allah SWT hantarkan seorang sahabat lama saya untuk ingatkan saya tentang halal dan haram. Saya berjaya mencari kerja kurang dari sebulan selepas itu dengan tawaran gaji asas yang lebih tinggi. Itulah janji Allah SWT, setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Kita yakin atau ke tidak sahaja dengan janji Allah SWT.
Saya doakan agar sahabat saya Alex Sue yang pada suatu masa amat dekat dengan Islam sehingga beliau menanggalkan segala tangkal yang ada padanya kerana sudah tidak percayakan padanya lagi akan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen..
*di bawah adalah gambar saya bersama Mika Hakkinen pada tahun 2007 ketika promosi Formula 1 bersama Johhny Walker di Aloha Club, KL. Masa tu masih slim sikit…

Al-hamdulillah! Ini sedikit penjelasan tentang arak.

HADIS HUKUM HARAM ARAK

قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له

  • "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

عاصرها - orang yang memerah arak
معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها - orang yang meminumnya
حاملها – orang yang membawanya
المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya
ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها – orang yang menjual arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
المشتري لها – orang yang membeli arak
المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya
Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil drp perkataan Al-KAMRU (الخمر) yang bererti menutupi.

Dari segi istilah pula: Setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dan lain.

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK (ada 3 peringkat)

Peringkat pertama (Penjelasan baik dan buruk arak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 :
  • “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[#] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,"

[#] segala minuman yang memabukkan.

Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum. Penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan, keburukkannya lebih banyak daripada kebaikan.

Contoh: Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya, manusia yg meminum arak akan mabuk (hilang ingatan) kurang pertimbangan akal, apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cotoh seorang suami yang baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yang buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya, memukul, dan melakukan perkara yang di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras. Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yang pertama ini.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yang meminumnya.

Peringkat ke dua (Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa' ayat 43:
  • “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun”.


 [#] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersolat bagi orang junub yang belum mandi.
[#] Pada peringkat kedua ini Allah mula mengharamkan arak diminum ketika hampir masuk waktu solat, kerana dikhuatiri solat yang didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yang lain, melakukan penambahan/pengurangan rakaat dan sebagainya. Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh diminum.

Peringkat ke 3 (pengharaman secara mutlak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa ayat 90-91
  • “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”.

  • “Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)”.

[#]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.
 [#] Setelah turun ayat yang ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak .
10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak yang terdapat di dalam hadis di atas 
  1. Pemerah arak: iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya (upah/gaji yg diterima) adalah haram begitu juga perbuatannya.
  2. Meminta diperahkan arak untuknya: Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran. Maka haramlah pekerjaannya itu.
  3. Peminum arak: Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
  4. Pembawa arak: Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan/hotel dan sebagainya, ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yang lain. Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Maka perbuatan itu adalah haram
  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya contoh: seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
  7. Penjual arak: Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya, perbuatan itu juga haram.
  8. Orang yang mendapat hasil drp arak: Suatu skop yang lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan arak adalah haram contoh: Pengawal Keselamatan yang mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji daripada pengurus kilang tersebut. Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
  9. Orang yang membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
  10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya: Bermaksud seseorang yang meminta seseorang yang lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang tertentu. Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya, maka perbuatan muslim itu adalah haram.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuma kerajaan Malaysian saja yang pekak, tidak peka, dan tuli tidak tulin tentang arak. Sanggup memberi makan rakyatnya dengan benda-benda yang haram. Asal dapat duit dah tak peduli halal haram lagi... dasar sekular sesat bangat!
(IH)

30,000 Rohingya Berhijrah, Bukan Melarikan Diri.


ETNIK Rohingya yang tinggal di kampung-kampung di luar Maugndaw, Rakhine melarikan diri akibat keganasan pada 27 Oktober lalu. - REUTERS


YANGON – Lebih 30,000 orang menjadi pelarian akibat keganasan di Rakhine dengan separuh daripada mereka bergerak sejak minggu lepas selepas berpuluh-puluh orang mati dalam pertempuran dengan tentera, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.
Pasukan tentera kini mengadakan kawalan penuh di kawasan sempadan Bangladesh yang menjadi tempat tinggal kepada penduduk minoriti Islam Rohingya, selepas serangan terancang ke atas pos sempadan bulan lepas.
Kenyataan pihak tentera menyatakan seramai 70 orang terbunuh ketika melakukan misi mencari penyerang, walaupun kumpulan aktivis memberitahu jumlah tersebut adalah lebih tinggi.
Keganasan semakin meningkat sepanjang hujung minggu lalu dengan media tempatan melaporkan pasukan tentera membunuh lebih 30 orang lagi dalam pertempuran selama dua hari.
Dalam pada itu, wakil khas PBB di Myanmar, Yanghee Lee, mengkritik kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi dalam menangani krisis tersebut dan menggesa tindakan segera.
Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberitahu, seramai 15,000 orang dipercayai melarikan diri dari tempat tinggal mereka dalam tempoh 48 jam lalu.
“Lebih 30,000 orang dianggarkan melarikan diri, manakala ribuan lagi menerima kesan daripada pemberontak dan operasi keselamatan sejak 9 Oktober lepas di seluruh negeri Rakhine,” ujar jurucakap OCHA.
Tambah kenyataan tersebut, sumber mengesahkan jumlah itu termasuk 15,000 orang mungkin melarikan diri selepas pertempuran antara pemberontak dan tentera pada 12 hingga 13 November lepas.
Aktivis mendakwa pasukan tentera membunuh orang awam, merogol wanita dan membakar tempat tinggal, namun disangkal keras oleh kerajaan.
Pihak berkuasa telah mengawal ketat kawasan terbabit daripada pihak media menyebabkan sukar untuk mengesahkan laporan atau tuduhan keganasan tentera. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada beza antara 'berhijrah' dengan 'melarikan diri'. Berhijrah bererti berpindah dari sesuatu kepada sesuatu samada tempat atau lain-lain, kerana Allah atau kerana perintah Allah.
Melarikan diri bererti berpindah atau bertukar tempat atau sesuatu demi menyelamatkan diri dari kezaliman atau lain-lain.

Berakhirnya Himpunan Bersih 5 Secara Aman, Hujan Mulai Turun, Amin!


KUALA LUMPUR: Kemuncak perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di hadapan Menara Berkembar Petronas, KLCC berakhir tanpa sebarang insiden lebih kurang pukul 5.45 petang Sabtu.

Lokasi terakhir perhimpunan itu diakhiri dengan ucapan ahli-ahli politik pembangkang dan aktivis selepas lebih kurang dua jam perhimpunan. 
Sebelum berakhir, mereka menyanyikan lagu kebangsaan, 'Negaraku'.

Pada masa yang sama, hujan mulai turun dan ramai kelihatan berebut-berebut mencari tempat perlindungan dan sebahagian daripada mereka sudah bersedia dengan baju hujan dan juga payung.

Perhimpunan yang bermula di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur pada pagi Sabtu itu tetap diteruskan biarpun Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah serta pengurus sekretariat ditahan polis pada petang Jumaat.

Malah lebih sedozen pengikut daripada kumpulan Bersih dan Baju Merah ditahan dalam tempoh 24 jam ketika perhimpunan itu berlangsung.

Pada awal perancangan mereka, pihak penganjur mahu berkumpul di Dataran Merdeka namun tidak dibenarkan pihak polis dan sekatan dibuat ke laluan ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang penggunaan Dataran Merdeka untuk mengadakan perhimpunan Bersih serta perhimpunan balas oleh pasukan Baju Merah.

Pengikut perhimpunan Bersih yang berkumpul di Bangsar juga tidak dibenar untuk meneruskan perjalanan mereka ke Dataran Merdeka melalui Jalan Travers, dan mereka menggunakan sumber lain seperti menaiki LRT, menggunakan Jalan Tun Sambanthan di Brickfields untuk ke destinasi.

Bagaimana pun, pihak penganjur mengubah rancangan mereka untuk berkumpul di KLCC tanpa sebarang halangan daripada pihak polis.

Sesetengah peserta perhimpunan juga mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota polis yang bertugas sebelum bersurai secara aman.







Tentera Wanita Ini Papar Foto Telanjang Mereka Di Facebook

tentara wanita israel
TENTERA wanita Israel dihukum kerana memuat naik gambar yang tidak sepatutnya di jejaring sosial facebook. Dalam gambar itu, wanita-wanita ini hanya pakai seluar dalam sahaja, lalu mengangkat senjata laras panjang di sebuah berek tentera.

Tidak hanya satu gambar, namun ada beberapa gambar yang menunjukkan susuk tubuh tentera wanita ini.

"Para tentera ini telah dihukum kerana telah berlaku tidak sepatutnya." ujar seorang sumber dari pihak tentera beberapa tahun lalu.

Kes foto telanjang ini menambah senarai kes indisipliner prajuritnya setelah, seorang askar lain ditegur kerana menulis tweet anti-Palestin dan menyiarkan gambar sambil menunjukkan dirinya telanjang dan memegang pistol.

Sebenarnya, tentera Israel pernah mencetuskan kemarahan dunia kerana menyiarkan gambar tengah mensasarkan kepala seorang kanak-kanak Palestin menggunakan senjata di Instagram.
Hasil carian imej untuk TENTERA wanita Israel memuat naik gambar bogel di facebook.
Tentera wanita Israel dalam keadaan separuh bogel.

Begitulah kebiadapan dan ke'kurang ajar' mereka yang menginjak kemanusiaan dan hak asasi manusia. Pengguna-pengguna facebook, jangan terikut-ikut perangai zionis Israel ini. Bogel-bogel ikut perangai Zionis yahudi. (IH)

Sekolah Ini Larang Murid Berpelukan, Hormati 'ruang peribadi' Masing-masing.


The rule - which includes holding hands - came into force at the start of term in September at Malcolm Arnold Academy in Northampton

Guru besar Sekolah Malcolm Arnold Academy di Northampton, Chris Steed, di Eropah, mengeluarkan peraturan baru di sekolahnya. Dia melarang seluruh murid berpelukan, berpegangan tangan, atau melakukan hubungan fizikal lain.

Peraturan ini dibuatnya agar murid-murid saling menghormati 'ruang peribadi' masing-masing. Jika dilanggar, akan diberikan sanksi. Namun, peraturan tersebut mengundang kemarahan dari ibu bapa murid. Mereka menyebut gagasan itu sebagai hal yang kejam.

"Ketika saya masih sekolah, rakan-rakan sering menyokong saya saat diperlukan dengan cara memberikan rangkulan," kata salah satu orang tua murid, Debbie Lowe, seperti dilansir dari laman Daily Mail, Rabu (16/11).

Lowe menambah, "Kalau itu untuk mengelakkan saling dorong boleh difahami, tetapi melarang sentuhan dalam erti kata lain itu benar-benar kejam. Ini boleh menyekat perkembangan anak-anak dalam bersosial."

Orang tua murid lain turut memberikan komen yang mengandungi penolakan. Sebahagian dari mereka berkata, jika dibiarkan maka murid-murid akan tumbuh menjadi orang yang tidak peduli pada lingkungan sekitar.

"(Peraturan) ini hanya akan menekan emosi anak-anak dan mengubah mereka menjadi robot," ujar salah satu orang tua.

Sementara itu, guru besar sekolah Steed mendakwa keputusan ini sudah mendapat respons positif daripada ibu bapa murid. Para ibu bapa murid yang menyetujuinya adalah yang datang pada sesi persidangan pertemuan orang tua dan wali murid sebelumnya.

"Peraturan ini sudah sesuai dengan standard tingkah laku yang ingin kami terapkan di Malcolm Arnold Academy. Dan kami selalu menyemaknya," kata Steed.

Malcolm Arnold Academy (logo).png
Malcolm Arnold Academy merupakan sekolah campuran untuk 1,300 murid yang berusia antara 11 hingga 19. Sebelumnya, dalam pemeriksaan bulan Mei lalu, sekolah ini sudah mendapat mesej dari Ofsted untuk melakukan beberapa perbaikan dalam hal peraturan sekolah. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails