Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hari pertama sahaja, lepas saya buat laporan polis, dia cuba menghubungi saya hampir 35 kali, Lim Guan Eng ni. Tak termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Jeff Oii, Ronnie Liu, Tony Pua, daripada Pas ada, daripada PKR ada. Semua cuba nak menghubungi saya.
Dua hari saya tak berani nak ambil phone, takut. Saya takut nak ambil phone, dua hari pressure. Isu dah meletup hangat, kita stress dua hari saya duduk diam.
Sampailah hari ketiga tu, dalam pukul 9 pagi, Lim Guan Eng memang dia call, tiap-tiap hari dia call saya. Hari ketiga tu saya beranikan diri angkat phone, tak apa saya ambillah. Saya panggil dia bos. Memang daripada dulu saya panggil dia bos. Dan saya pun jawablah, saya kata good morning.
Bila dia dengar suara saya tuan-tuan dan puan-puan, dia tak kata apa terus dia maki saya. Dia maki hamun saya dalam bahasa Inggeris. Macam-macam dia kata kat saya.
Dia kata apa kat saya, “Why you go made report, you should came to us, we can talk decision before you going to the police.”
Saya kata, “Boss this is regarding my religion.”
“I don’t care about your religion, party it’s more important than your religion.”
Parti lebih penting daripada agama kamu, dia kata. Saya nak kamu tarik balik laporan polis ni hari ini juga. Dia bagi arahan kat saya, tarik balik laporan polis tu hari ini juga.
Saya kata, “Sorry boss, saya takkan tarik balik.”
“Razali, you don’t against me. You know isn’t my character. You know isn’t very well.”
Guan Eng ni tuan-tuan dan puan-puan, dia merupakan seorang pemimpin yang mempunyai dua watak yang cukup berbeza. Saya dok lama dengan dia. Di hadapan tuan-tuan dan puan-puan, itu merupakan watak lakonan sahaja. Di belakang itu adalah watak real Lim Guan Eng. Siapa yang rapat dengan dia yang biasa tengok watak sebenar Lim Guan Eng.
Beliau mempunyai satu kumpulan gangster yang cukup-cukup jahat di Pulau Pinang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk Lim Guan Eng. Saya tahu sebab saya bersengkokol dengan mereka pada masa itu. Saya bersengkokol dengan dia pada masa itu, saya tahu siapa-siapa dia ini.
Dia kata, “You don’t against me.” Saya kata, “No, saya tetap dengan pendirian saya tak tarik balik laporan polis itu. I stick with my decision, I won’t pull out this report.”
“Ok never mind Razali, if you don’t want pull out, I will make sure after this your life in Penang were be miserable.” Saya akan pastikan kehidupan kamu di Pulau Pinang akan huru-hara.
“Never mind..whatever you to do I don’t care.” Saya letak phone.
Mat Sabu
Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah. Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi Pas menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.
Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.
“Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?.”
“Abang, ini isu agama bang.”
“Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi.” Dia kata.
“Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik.”
“Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?”
“Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu.”
Saya kata dia, “Isu agama.”
“Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku PAS tak ada apa. Hang DAP tahu apa?”. Sampai tahap tu dia kata kat saya.
“Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik.”
Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. “Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik.”
“Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang? Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu.”
RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja. Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.
Tapi dia kata, “Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup.”
Saya tanya kat dia, “Apa dia?.”
“Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu.”
Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, “Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?”.
“Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa.”
Pemimpin Pas, ingat tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).
Mohamad Razali
Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden Pas sekarang.
Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.
So, matlamat menghalalkan cara. Janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.
Saya banyak menghadiri mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat. Saya tahulah pemimpin Pas masa mesyuarat tu macam mana. Saya tahu, saya dok sekali dengan depa.
Bersambung.. Apa tindakan Lim Guan Eng seterusnya?
Perhatian:
Sudah tentu pandangan ini bukan pandangan weblog Ibnu Hasyim. Weblog ini hanya memaparkan saja untuk diteliti, dan sila beri komen...