Friday, January 02, 2015

Banjir Pulih, Jumlah Mangsa Terus Turun

Ribut tropika Jangmi lenyap sepenuhnya semalam - Jabatan Meteorologi
Ribut Tropika Jangmi yang berada di Laut Sulu dilaporkan lenyap sepenuhnya semalam, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan pagi ini, terus mencatat penurunan, iaitu kepada 84,575 orang berbanding 91,025 orang, malam tadi.
  
Keadaan banjir di Johor juga beransur baik dengan jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah sejak tiga hari berturut-turut manakala di Sabah pula, beberapa buah kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air pagi tadi.
  
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir menurun kepada 28,087 orang pagi ini berbanding 30,309 orang malam tadi, di 153 pusat pemindahan.
  
Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, mangsa yang terdiri daripada 7,000 keluarga masih ditempatkan di 153 pusat pemindahan di tujuh jajahan.
  
Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (976 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (1,440 orang), Machang (2,555 orang), Pasir Mas (281 orang), Gua Musang (3,006 orang).
  
Di TERENGGANU keadaan banjir di negeri itu semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun mendadak kepada 4,359 orang pagi ini berbanding 7,940 malam tadi.
  
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, enam orang mangsa berada di pusat pemindahan di Kuala Terengganu, 2,917 orang di Dungun dan 1,436 orang di Kemaman.
  
Di PAHANG pula, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah mangsa banjir juga menurun sedikit pagi ini iaitu kepada 44,591 orang berbanding 45,366 malam tadi yang ditempatkan di 203 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terlibat.
  
Jurucakap itu berkata daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat pemindahan diikuti Pekan (10,964 orang di 36 pusat), Jerantut (4,549 orang, 38 pusat), Bera (3,303 orang, 19 pusat), Maran (2,454 orang, 21 pusat), Lipis (1,252 orang, 15 pusat), Kuantan (1,058 orang, empat pusat) dan Rompin (49 orang, satu pusat).
  
Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 7,400 mangsa daripada 2,017 keluarga berbanding 7,410 mangsa daripada 2,019 keluarga malam tadi yang ditempatkan di 53 pusat pemindahan di lima daerah.
  
Jurucakap MKN Perak berkata daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir membabitkan kawasan di Teluk Intan iaitu seramai 39 mangsa daripada lapan keluarga.
    
Di Perak Tengah pula masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 5,221 mangsa, Kuala Kangsar (1,145 orang), Hulu Perak (765 orang), Kerian (104 orang) dan Manjung (126 orang).
  
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal sebanyak 138 orang, sejak tiga hari berturut-turut di dua daerah terjejas iaitu Segamat sebanyak 93 orang dan Batu Pahat, 45 orang.
    Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, walaupun cuaca cerah, jumlah itu tidak berubah memandangkan air lambat surut dan keadaan itu belum sesuai untuk membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing.
  
Di SABAH, pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said di Kota Belud dibuka hari ini sebagai persediaan menerima mangsa banjir selepas beberapa buah kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air sejak pagi tadi.
  
Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton berkata setakat ini lima buah kampung dinaiki air berikutan limpahan air Sungai Lebak Moyoh yang kini mencecah paras bahaya 5.7 meter namun belum ada mangsa banjir yang dipindahkan.
  
"Pada jam 6 pagi tadi, paras air Sungai Lebak Moyoh adalah 5.4 meter dan meningkat mendadak kepada 5.7 meter. Agensi-agensi penyelamat sedang melakukan operasi tinjauan banjir dan penyelamat," katanya kepada Bernama.
  
Katanya Pusat Kawalan Operasi Banjir daerah juga sudah diaktifkan.
  
Sementara itu, jalan raya di Kampung Bobot, satu daripada laluan darat utama ke daerah di utara Sabah seperti Kudat, kini cuma boleh dilalui kenderaan berat selepas laluan itu dinaiki air kira-kira 0.5 meter. - BERNAMA


Lihat liputan banjir.. 
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

M'sia Sepatutnya Guna Peta Dunia Ini.. Tiada Negara Israel.

Penerbit AS hapus Israel dari buku peta dunia buatan mereka
Peta dunia buatan HarperCollins untuk Timur Tengah tidak ada wilayah Israel. dailymail.co.uk 

MALAYISA sepatutnya guna Peta Dunia ini.. Syarikat penerbitan gergasi asal Amerika Syarikat HarperCollins dihujan kritik lantaran di buku peta dunia mereka buat tidak ada negara Israel. Langkah ini diambil sebab pelanggan atlas mereka paling banyak dari Timur Tengah.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (1/1), Collins Bartholomew, jurucakap HarperCollins mengatakan Negeri Bintang Daud Israel itu tidak diterima di negara majoriti penduduknya muslim. Terutama sekali di Semenanjung Gaza, Palestin, dan Jordan.

Selain itu syarikat ini juga sudah membuat peraturan jika produk-produk mereka buat akan menghormati budaya tempatan. Meski demikian Bishop Declan Lang berkata penerbitan atlas ini sebenarnya menegaskan kalau-kalau Israel benar-benar ada dan punya pengaruh di dunia Arab.

"Lagi pula sikap itu merosakkan rencana perdamaian," ujar Lang.

Padahal pemilik syarikat ini salah satunya pengamal media Rupert Murdoch yang tersohor pro-Israel. Lantaran balas ini juga, mereka pun akhirnya minta maaf dan akan menarik produk atlas tanpa Negeri Zionis dari peredaran. Namun ini pun membuat banyak pengguna jejaring sosial mengamuk dan menyeru pemboikotan pada HarperCollins.

Menurut Dr Jane Clements, pengarah institusi Kristian dan Yahudi, peta itu mempunyai kekuatan yang cukup diperhitungkan lantaran boleh 'menghalalkan' negara atas negara lain. Beberapa peta yang menyertakan Israel yakni Google, Apple Maps, MapQuest, National Geographic, Peters World Map, Yahoo! Maps, dan Loneny Planet.


Maka Malaysia sepatutnya guna Peta Dunia ini, yang tiada negara haram Israel, kerana negara  Israel dipaksakan wujud pada tahun 1948 di atas tanah hak milik rakyat Palestin. Malaysia tidak sepatutnya sokong penyamun dan perampas tanah rakyat. (IH)

Al-Quran Ini Ditemui Masih Baik Walau Ditenggelami Banjir.

Kitab suci Al-Quran masih dalam keadaan baik walau telah ditenggelami banjir di Kampung Kundur, Gua Musang - Foto AWANI
Kitab suci Al-Quran ini  ditemui dalam keadaan baik, walaupun ditenggelami banjir di Kampung Kundur, Gua Musangm Kelantan. (IH/astroawani.com)

Tenang Dengan Solat Sunat Hajat.


SOLAT Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan.

Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta. Rasulullah SAW bersabda:
  • “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  • “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya. Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat.
Fadhilat  Solat Hajat.
  1. Merasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Panduan Solat Hajat.
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
  • Alhakim berkata,“Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

Cara Melakukan Solat Hajat

Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut: 

1.  Lafaz dan niat:

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala. 

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah 

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

Ertinya,
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
Ertinya:
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’. 

3.  Membaca Tasbih

a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini dari golongan orang yang aniaya. 

b. Atau Tasbih berikut 1 kali:
 

4.  Wirid Selepas Solat Hajat 

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut: 

a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya. 

b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah. 

c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW. 

5.  Doa Solat Hajat

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
.AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.

Sekian. Selamat beramal.

Lihat lagi..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Lelaki Di Sini Sedang Dilanda Lemah Syahwat, Mengapa?

Kaum pria Singapura sedang dilanda lemah syahwat
Ilustrasi penis. 

KESIHATAN
KESULITAN ereksi selama ini biasanya menghinggapi kaum lelaki yang sudah lanjut usia. Namun sejumlah dokter di Singapura mengatakan kini sedang ada peningkatan jumlah lelaki muda yang menjalani pengubatan lemah syahwat.

Situs Asia One melaporkan, Selasa (30/12), menurut Dr Peter Lim, ahli urologi, pada era 1980-an dan 1990-an, hampir semua pasien lemah syahwat berusia di atas 40-an tahun hingga 60-an tahun. Namun sekarang, sebahagian pasien masih berusia 20-an dan 30-an tahun.

Mengapa?

"Diabetes, kebiasaan diet, merokok, minum-minum (minuman keras), bertambahnya berat badan, dan kegemukan menjadi faktor utama penyebab disfungsi ereksi," kata Dr Peter Lim.

Selain itu, profesor di Universitas Edith Cowen Australia itu menyatakan, selama 30 tahun terakhir, tekanan kerja, stres di tempat kerja, menjadi faktor utama penyebab lemah syahwat.

Kaum muda yang ingin berkahwin juga kini banyak mengalami kesulitan ereksi lantaran stres dalam memulai bahtera rumah tangga.

Solusi..

 Muslimin, ikutilah adab permakanan menurut Islam, dapat menghindarkan dari gejala-gejala buruk tersebut, insya Allah!  Orang bukan Islam pun boleh ikut demi kesihatan mereka. (IH)

Mereka juga mengajak pasangannya saat menggelar perayaan Tahun Baru 2015 di pusat Kota Beirut.
Seorang wanita kelihatan memegang rokok dan meneguk sebotol arak semasa menyambut pesta perayaan Tahun Baru 2015 di pusat bandar Beirut, Lubnan negara umat Is;am, Khamis (1/1). Budaya jahiliah berulang kembali.

Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Rempuhan Di Shanghai


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan sambutan Tahun Baharu di Shanghai, China, Rabu yang mengorbankan 36 orang, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam kenyataan di ibu negara, Khamis malam, kementerian itu berkata mangsa merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang.

"Usaha telah dilakukan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia," menurut kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Menurut kementerian itu, rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, telah tercedera dalam kejadian 11.30 malam di Dataran Chen Yi, Shanghai, kawasan Bund tepi sungai yang popular di bandar raya itu.

Rakyat Malysia itu mengalami pendarahan di mata dan beberapa kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Changzheng, Shanghai.

Menurut kenyataan itu, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawat Ooi di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Konsulat Jeneral masih meneliti senarai mangsa untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat," kata kenyataan itu. - Bernama

Lihat sebelum ini..

Thursday, January 01, 2015

Sambut T/Baru: Tindakan Kejam Tabur Wang Palsu, 35 Maut Dipijak.

SERAMAI 35 terbunuh dalam satu rempuhan di Shanghai apabila mereka berlumba untuk mendapatkan wang palsu yang dibuang dari atas sebuah bangunan ke arah kumpulan besar orang ramai yang sedang menunggu sambutan tahun baru.

Dalam kejadian terburuk dan memalukan di bandar besar di China sejak beberapa tahun lalu itu, kerajaan turut mengesahkan bahawa seramai 42 lagi mengalami kecederaan. Menurut media dan saksi, rempuhan melibatkan kumpulan besar orang ramai itu berlaku apabila sejumlah wang kertas dibuang dari sebuah bar di atas bangunan berdekatan.


Cui Tingting, 27, memberitahu, dia dan rakan turut cuba mendapatkan wang berkenaan namun mereka meninggalkan kawasan berkenaan selepas mendapati ia palsu.

"Ia tindakan kejam, kerana wang itu orang ramai saling merempuh, ada yang terjatuh dan dipijak," katanya.

Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Wei berkata, kawasan itu tiba-tiba menjadi kecoh apabila orang ramai mahu mendapatkan wang yang dibuang dari atas bangunan. Media melaporkan, terdapat kumpulan yang mengalami kecederaan berhimpun di bahagian kecemasan sebuah hospital berdekatan selepas kejadian. (IH/mStar)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails