Sunday, August 25, 2013

Ini Pakaian Menutup Aurat Walau Nampak Paha. Bagi ...

ADA pembaca yang bertanya mengapa siarkan gambar ini di bawah tajuk 'Tawaran! Ada Jihad Seks Pula, Bantu Mujahidin Di S..."  
Jawabnya, pakaian muslimat begini (terbuka bawah) sudah menutup aurat bagi pengikut ajaran syiah.

Karaki berkata dalam kitab nya :
''Apabila kamu menutup kemaluanmu bereti kamu benar-benar telah menutup aurat, sedangkan punggung yang di anggap aurat ialah lubang dubur, bukan punggung dan peha juga bukan termasuk dalam aurat''
(rujuk :Al Kaafi 6/501 Tahdzibul Ahkam 1/374)

Shodiq As berkata :
''Peha tidak termasuk aurat'',bahkan Imam Al Baqir telah mengecat auratnya dan membalut kemaluan nya .(rujuk : Jamial Maqosid LilKaraki 2/94, Al Mu'tabar Karangan Al Hulli 1/222 Muntaha Tolab 1/39, Tahrirul Ahkam 1/202,semuanya karangan Al Hulli, Madarikul Ahkam 3/191)

Abu Hasan Al Madhi berkata : aurat itu hanya ada dua iaitu lubang depan dan lubang belakang, lubang belakang sudah ditutup oleh punggung, apabila kamu telah menutup keduanya maka berarti telah menutup auratnya, kerana selain itu bukan tempat najis, maka bukanlah aurat, seperti betis." ( rujuk :Al Kaafi 6/51, Tahzibul Ahkam 1/374, Wasa’ilu Syi'ah 1/365, Muntaha Tolab 4/269, Al Khilaf karangan Tusi 1/396). sumber- generasi al ghuroba
 (IH)

Untuk memudahkan memahaminya, sila lihat..

Khalid Samad Atur Strategi Serang ZM & Pimpinan PAS??

Diangkat dari http://manjongmari.blogspot.com

[ Buat semua ahli PAS... apa sudah jadi ni.. dah macam umno juga..


Adoi,,, aku duk perati lama dah,,, adui,,,, entah sakit yang tak tahu kat mana,,, 
tak sebut rasa duk terbuku dalam hati dan perasaan,, bila sebut atau tulis dah terlepas macam-macam...


Tapi Alhamdulillah, bukan aku sorang saja yang berasa hati, ada juga hamba Allah yang lain... Pakat-pakat perati ler dan cuba fikir dengan seikhlas-ikhlasnya...







Semua cerita isu ni boleh dibaca Klik Sini



Teringat balik nostalgia dizaman tahun 85 yang lalu,,, masih duduk didalam base TLDM,, ahli kami tak ramai,, 15 orang pun tak sampai,, Sifu aku sekarang duk masuk ke dalam base dengan motor buruk pimpin kami dalam usrah, dia jadi Naqib,,, dari usrah inilah lahirnya seorang penceramah yang kini ada di Sungai Petani,, Ustaz Halim Nasir....

Ukhwah sesama ahli waktu tu terbaik,,, apa taknya tak ramai,, sekarang kami semua berpecah entak ke mana, ada yang berenti jadi Pas selepas kena tukar ke Sabah,,, ada yang pun dah meninggal,,, ada yang dah balik kampong... ada yang terus slow sama dengan pencen....



Waktu itu bila muktamar,, jarang dengar perebutan seperti sekarang ni,,,,mungkin internet pun tak ada lagi....hanya sekadar komputer yang menggunakan disket 5"...



Sekarang Pas dah hebat,, dah pun boleh memerintah,,, jadi tak hairanlah Pas pun dah rupa Umno juga,, sebab ramai yang dalam Pas sekarang ni rasanya tak biasa pi usrah,, sekadar isi borang,,, lepas tu lebih banyak lepak duk kedai kopi sembang samping buka andoid update face book..



Sekarang, ada hamba Allah seorang ahli yang profesional, tawar diri nak jadi Ketua Pemuda,,, baguihlah,, ia cuba nak bawa pembaharuan kepada pemuda,,, baru aja tawar diri,, dah kena serang macam-macam dah.... 

Macam ni ka Pas,,,, adui,,,, dulu aku duk umno,, sekarang dah mai kat Pas,,, nak redho ka perkara macam ni... ]
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gelombang kopi dalam cawan ke?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Buka Laluan Untuk Lekuk Baru PAS? – Zulkifli Sulong


Kata Aluan buku Menuju PAS Baru – Zulkifli Sulong


SAYA mula mengenali Dr Mujahid Yusof ketika kami bersama-sama mewakili NGO di Malaysia dalam persidangan Belia Islam Asian di Jakarta, Indonesia pada pertengahan tahun 1990an lalu. 

Dalam persidangan itu, Mujahid telah dipilih sebagai salah seorang moderator dalam bengkel yang diadakan. Kebetulannya bengkel itu adalah mengenai media. Sebagai pengamal media, saya antara peserta yang aktif memberikan pandangan dalam bengkel yang dipengerusikan oleh Mujahid itu.

Sejak itu, selepas pulang ke Malaysia kami menjadi rapat. Hubungan kami tambah erat apabila Mujahid dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS. Lajnah yang asalnya tidaklah penting mana, telah menjadi satu entiti yang sangat penting dalam PAS.

Sejak sekian lama, PAS berusaha untuk memecahkan temboknya dengan orang bukan Islam sama ada Cina atau India. Ia bermula sejak pertengahan tahun 1980an lagi apabila CCC dibentuk. Namun, singkatan ini benar-benar membawa nasib tidak baik sebagaimana maksud CCC dalam bahasa Mandarin itu sendiri iaitu mati-mati-mati. CCC mati begitu sahaja.

Apabila Mujahid dilantik menjadi Pengerusi lajnah atau biro Perpaduan Nasional ini, beliau telah berjaya membentuk satu struktur organisasi yang baik dalam menghubungkan PAS dengan orang Cina dan India. Kemuncak dari hubungan baik inilah lahirnya apa yang dinamakan sebagai Kelab Penyokong PAS (KPP) menjelang pilihan raya 2008. Apabila Hindraf terbentuk dan orang India bangkit menentang BN, KPP telah berjaya membina tapak yang baik untuk mereka aktif menyokong PAS dalam pilihan raya umum 2008.

Begitu juga orang Cina. Mereka bersama-sama menyokong PAS dalam pilihan raya tersebut dan menghasilkan lima negeri untuk Pakatan Rakyat yang di dalamnya adalah PAS. Ekoran perkembangan baik itu, Mujahid sekali lagi bertindak mengikat para penyokong PAS ini dengan membawa mereka terus menjadi ahli PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ia berlaku dalam bulan Mei 2010. Dalam muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu Jun 2010, DHPP mula menghantar perwakilannya.

Inilah sebenarnya kelebihan Mujahid. Beliau berjaya mencipta organisasi dan struktur sebenarnya. Bukan sekadar membawa orang menyokong PAS tetapi berjaya membina struktur untuk mereka bergerak secara berperlembagaan. Melalui buku ini, Mujahid terus berteori tentang struktur kepimpinan PAS.

Apa yang beliau tulis ini bukan berdasarkan pengalaman peribadi beliau semata-mata tetapi berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau timba dari ayahnya Allahyarham Yusof Rawa, bekas presiden dan mursyidul am PAS. Buku ini juga adalah hasil kajian Mujahid melalui tesis PhD yang beliau buat. Kajian beliau adalah tentang organisasi PAS itu sendiri. Melalui pengamatan dan kajian beliaulah terhasilnya teori lekuk dalam perubahan kepimpinan dalam PAS.

Tulisan Mujahid ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Tetapi dengan latar belakang akademik beliau (ijazah pertama dalam pengajian Islam dari universiti di Mesir dan PhD dalam bidang pengurusan organisasi dari universiti tempatan) agak sukar mana-mana penentang teori ini untuk menolak mentah-mentah pandangan Mujahid ini.

Pendek kata, Mujahid adalah hasil dari penegasan yang dibuat oleh presiden PAS yang paling dihormati, Datuk Fadzil Mohd Noor. Ketika hayatnya, ketika dilihat berlakunya pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS, Ustaz Fadzil telah datang dengan penegasan, apa yang perlu dibuat oleh PAS adalah mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.

Mujahid adalah salah seorang yang lahir dari penegasan Ustaz Fadzil ini. Kini Mujahid datang dengan teori kepimpinan baru PAS selepas dua lekuk berlalu. Persoalannya adalah apakah kepimpinan PAS yang ada sekarang akan membuka laluan untuk lekuk baru ini atau berlakunya resistan dan akhirnya perubahan akan berlaku dalam suasana yang tidak enak.
Masa yang akan menentukannya.  Oleh Zulkifli Sulong

IMG_2110



Biodata Mujahid Yuaof Rawa 
 DATUK Dr. Mujahid Yusof Rawa, 49, anak kelahiran Pulau Pinang merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Parit Buntar, Perak sejak 2008. Beliau merupakan anak bongsu kepada Mursyidul Am PAS yang pertama iaitu Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa dari 1982 sehingga 1989. Beliau mewarisi kepimpinan bapanya dengan menyertai politik demi cita-cita mahu menyumbang kepada tanah air yang dicintai bertunjangkan Islam sebagai asas dan dasar perjuangan.


Berkelulusan Ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia. Akhirnya beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah daripada Universiti Malaya.

Buat julung kali terpilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat pada 2005, jawatan tersebut disandang sehingga kini. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dan posisi itu telah memberi ruang kepadanya menerokai platform pembentukan Kelab Penyokong PAS pada 2004 yang berakhir dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Mei 2010. Usaha bersungguh beliau dan rakan-rakan yang tidak kenal erti jemu ini telah berjaya menarik minat masyarakat bukan Islam kepada PAS yang selama ini dianggap sebagai parti masyarakat Melayu-Islam semata-mata.

Sebelum terlibat dengan politik sepenuh masa, beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Multimedia, Melaka. Selain keterlibatan politik, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan seperti memegang pelbagai jawatan dalam NGO termasuk mewakili negara dalam banyak misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah.

Selain itu beliau juga aktif melibatkan diri dengan pelbagai forum, wacana, debat dan dialog antara agama di peringkat Malaysia mahupun di peringat antarabangsa. Pada awal tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai pengerusi pertama bagi South East Forum for Interfaith Networking for Peace (Forum Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara).

Beliau juga aktif menulis artikel dalam pelbagai isu dan telah menulis lebih 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah, Masjid dan Peranannya, Khilaf Satu Fenomena, Global View of Islam, Moral Ethical Studie, Permata dari Pulau Mutiara, Dictionary of Arabic Phrase-Bahasa Malaysia, Wajah Baru Politik Malaysia, Kita Kan Orang Malaysia, Menuju PAS Baru, Rejuvenasi PAS, Aren’t We All Malaysian, dan buku terbaru beliau, Malaysia Pasca Rasisme dan Berdialog dengan Gereja.

Beliau boleh diikuti melalui Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa, Twitter @mparitbuntar dan Instagram mujahidyusofrawa 
(IH) 
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Penjual Minyak Wangi Berjenama ‘Morsi’ Pun Ditahan

Penjual minyak wangi ‘Mursi’ ditahan 
Minyak wangi Mursi dirampas.
TULKAREM - PALESTIN . Pihak berkuasa Palestin menahan seorang rakyatnya kerana menjual minyak wangi menggunakan jenama Presiden Mesir Mohammed Mursi di Tebing Barat, semalam. Abang mangsa, Abdel Fattah Badir berkata Islambuli Badir, 36, ditahan dalam di kedai minyak wanginnya di Bandar Tulkarem.

“Sekumpulan anggota keselamatan menyerbu kedai abang saya dan merampas semua botol minyak wangi menggunakan label ‘Mursi’. Abang saya kemudian ditahan dan komputer riba  dirampas,” katanya menurut laporan AFP.

Foto Sekitar Solat Hajat dan Munajat Rakyat Kelantan untuk Rakyat Mesir yang sedang dizalimi.

sokong egypt





Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Sajadah Anti Sakit Lutut Telah Dicipta..

Solat pun boleh sembuh sakit  lutut..   

 JOM KREATIF

Klik.. Sajadah Anti Sakit Lutut Telah Dicipta..

Halim Othman & Bakal Isteri, Kawan-kawan Dulu, Baru Kahwin?

gambar halim othman

HALAMAN HIBURAN

OGOS 2013 Blog 'Berita Semasa' melaporkan..

Gambar Halim Othman & Gambar Bakal Isteri (Dania Danisha)
Gosip artis Malaysia : Alhamdulillah jika gosip & perkhabaran berkenaan Halim Othman menjadi kenyataan. Halim Othman yang merupakan pengacara dan penyampai ketika ini usianya hampir menjangkau 50 tahun. Masih lagi tercari-cari calon isterinya…
Walaubagaimanapun, dikhabarkan Halim Othman bakal mendirikan rumahtanggan dengan Dania Danisha yang berasal dari Palong, Negeri Sembian. Jikalau Dania Danisha adalah jodohnya….ucapan tahniah untuk Halim Othman.

Di atas dan di bawah ini gambar-gambar mereka..
Gambar-Halim-Othman-&-Isteri-3
Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Beginilah realiti masyarakat kita. Main 'kawan-kawan dulu baru kahwin'.. Sebagai penganut agama Islam, bolehkah begitu? Couple-couple begini, salahkah hukumnya menurut Islam? Kita tidak hina siapa-siapa. Marilah kita renungkan dailog di bawah ini..

Couple: Kami tidak berzina!
Jawab: Maaf, kita tidak menuduh awak berzina, tetapi awak 'menghampiri zina'.


Couple:Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Jawab: Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah najis penzinaan.

Couple: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Jawab: Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Ingat, pesanan Rasulullah :
  •  Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Riwayat Al-Tabrani).

Couple: Tidak semestinya semua orang bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Jawab: Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Couple: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih.
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: 
  • Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). 
Couple: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan.)
Jawab: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni tidak akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

Couple: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan)
Jawab: Study Group...?  Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran?  Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Couple: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Jawab: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Couple: Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Jawab:
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Couple: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
 

Jawab: Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging), adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! 
Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Couple: Islam takde ke couple-couple ni?
Jawab: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : 

  • Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). 
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. 
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
 

Couple: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Jawab: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. 
Firman Allah: Wahai Adam! 
  • Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Araf:19) 
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
 

Couple: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Jawab: Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. 

Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? 
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Couple: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
 

Jawab: Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. 
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Couple: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Jawab: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: 

  • Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Couple: Kami telah berjanji sehidup semati.....

Jawab: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Couple: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Jawab: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Couple: Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Jawab: Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Couple: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Jawab: Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: 

  • Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Couple: Bagaimana kami?
Jawab: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: 

  1.  Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 
  2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. 
  3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

      Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
       
      Kesimpulanya:
      Couple-couple seperti yang berlaku sekarang ini adalah salah di sisi Islam. 


      Wallahu 'aklam.. (IH)

      Saturday, August 24, 2013

      Bukan Dipukau Pasangan Arab Ini, Tetapi Teknik Silap Mata Saja

      Dipukau pasangan Arab 
       Imej pasangan Arab berkenaan berjaya dirakam CCTV yang terdapat di kedai mangsa di Pekan Kota, kelmarin

      REMBAU – Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM300 selepas dia dipukau oleh pasangan Arab di premis perniagaannya di Pekan Kota, dekat sini, petang kelmarin.

      Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa, Chew Yin, 39, berada seorang diri di dalam kedai dan didatangi pasangan Arab yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry yang ingin membeli air minuman di kedainya. Suami mangsa, Tee Ah Beng, 50, berkata, isterinya itu pada mulanya menyedari pasangan Arab berkenaan membelek-belek air dan makanan di dalam kedai, namun mula tidak sedarkan diri selepas salah seorang pasangan berkenaan menyerahkan RM4 dan berbual dengannya.

      Menurutnya, pasangan Arab berkenaan seolah-olah bercakap sesuatu dengan isterinya sewaktu dia ingin memulangkan wang baki.

      "Bermula dari situ, isteri saya dipukau dan apabila sedar, wang tunai jualan berjumlah lebih RM300 sudah lesap.
      "Pasangan Arab ini hanya mengambil wang sahaja dan imej mereka berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

      Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian dan kes pukau berkenaan kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin. (SH)

      Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dari pengalaman dan kajian beberapa kes seperti di atas, mangsa sebenarnya bukan dipukau seperti ilmu pukau tradisional orang Melayu, tetapi hanya teknik ilmu silap mata yang agak profesional. Panjang ceritanya kalau nak diperincikan, lain kali sahaja.

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails