Thursday, August 27, 2009

S'pura Sedia Perang Kerana Air & Bimbang UG -Lee Kuan Yew

Lee Kuan Yew

Isteri PM bersama Lee

Lee turut ziarah Nik Abdul Aziz di Kelantan
KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air.. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr. Mahathir dalam laman blognya hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr. Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.

"Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.. Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil," kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Permatang Pauh semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

"Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.. Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap..

"Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita. Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah kereta api kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.. Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi," kata Dr. Mahathir dalam blognya.

Menurut risikan pihak-pihak tertentu Lee Kuan Yew amat bimbang jika berlaku Kerajaan Perpaduan (UG) antara PAS-UMNO seperti yang uar-uarkan. (AK)

Tahniah Ustaz Salleh & Syabas Lim Guan Eng.

Khamis Ogos 27, 2009: ADUN Permatang Pasir akan dilantik Presiden MAIPP

PULAU PINANG: BERNAMA melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang baru, Mohd. Salleh Man dari PAS dijangka dilantik sebagai Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong dan Gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu. Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata, Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," kata beliau.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi. Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata, sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau. Katanya sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut.

Blog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada Ustaz Salleh Man dan syabas kepada LIm Guan Eng.

Masjid Cina Pertama, Berkonsep 1 Malaysia.


Masjid Cina di Rantau Panjang

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEMALAM saya masuk ke Malaysia dari Thailand melalui Sungai Kolok, berbuka puasa di Rantau Panjang. Dalam perjalanan dari sempadan ke pekan Rantau Panjang melintas sebuah masjid yang baru siap dibina. Masjid yang dibina menurut senibina pagoda Cina di atas tapak seluas 3.7 ekar dikatakan bernilai kira-kira RM7.2 juta, disebut sebagai Masjid Cina atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Hal ini membuktikan bahawa Kelantan di bawah Tok Guru Nik Abdul Aziz lebih rasional dalam mengambil langkah ke hadapan mengembangkan Islam di kalangan masyarakat berbagai kaum. Inilah antara ciri-ciri satu Malaysia yang diciptakan oleh PM Malaysia baru-baru ini. Cuma bedanya satu Malaysia ini berteraskan Islam, satu Malaysia Najib tidak berteraskan Islam. Walaupun masjid masih belum dibuka secara rasminya, tetapi telah digunakan sepenuhnya untuk solat, berbuka puasa, tarawih dan sebagainaya.

Tidak seperti sesetengah masjid yang dibangunkan kerajaan BN, selagi tidak dirasmikan tidak dibenarkan rakyat menggunanya. Masjid ini akan dirasmi oleh Sultan Kelantan apabila kesihatan beliau agak pulih.. begitu menurut cerita anak-anak jamaah di situ.
Namun ianya tetap dibuka kepada umat Islam untuk sembahyang, pelawat-pelawat juga dibenarkan untuk melihat senibina masjid dan sebagai tempat untuk berehat kerana ada disediakan tempat khas di ruangan bawah masjid.

Kewujudan masjid ini dijangka akan menarik ramai pelancong datang untuk melihat masjid yang satu-satunya terdapat di Negeri Kelantan sepertinya. Setakat ini, sambutan daripada pengunjung-pengunjung adalah diluar jangkaan. Mereka terdiri daripada pelawat-pelawat luar Kelantan dan penduduk di Selatan Thailand. Memang di Melaka sudah lama dibina masjid bercirikan rekabentuk Cina seperti ini oleh golongan-golongan agama terdahulu.

Tetapi setakat ini kerajaan Malaysia masih belum mengiktiraf atau bercita-cita untuk memajukan sejajar dengan konsep satu Malaysia yang berteraskan Islam. Bahkan tuntutan-tuntutan dari kaum Cina Islam yang mahukan Masjid Cina terus berkumandang, sehingga pihak kerajaan menjanjikan tapak Penjara Pudu di KL untuk dijadikan Masjid Cina. Bila nak siap? ..allahu 'aklam. Kerana masih belum dimulakan pembinaannya.

Sekian, catatan santai kali ini..

Ibnu Hasyim
27 Ogos 2009.
KL.

Sila lihat artikel berkaitan..

1..Pusat Pengkayaan Budaya Cina Islam Global -Lim Gua...
2..Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tu...
3..Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap...
4..Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu
5..Dari Niaga Depan Masjid Ke Peniaga Global..
6..Antara Masjid Negara KL & Masjid Huai Sheng China....
7..Dari Niaga Depan Masjid, Ke Guangzhou

MLTR: UMNO & Majlis Fatwa Hina Islam? -Dr Mohd Hasyim.

By ASYOK KUMAR
HALAMAN HIBURAN

China Confidential: Celine Dion/Michael Learns ti Rock/ Eric Piatti

BLOG Ibnu Hasyim menyokong kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang mengutuk sekeras-kerasnya dan menganggap penganjuran konsert kumpulan Micheal Learns To Rock (MLTR) dijadualkan akan mengadakan konsert Micheal Learns To Rock — Eternity Tour 2009 — Live in Malaysia pada 5 September ini bertempat di Arena of Stars, Genting Highland sebahagian dari siri jelajahnya, adalah satu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa bulan Ramadhan.

"Kami menyokong Nasrudin dalam kenyataannya menyifatkan tindakan kerajaan dalam meluluskan penganjuran konsert tersebut adalah seperti tidak menunjukkan sensitiviti terhadap masyarakat Malaysia yang majoritinya Islam. Apalagi dalam bulan Ramadhan pun, masyarakat seperti tidak terhenti dari diasak dengan agenda kelekaan dan kelalaian." Kata editornya Dr Mohd Hasyim yang baru pulang dari negara jiran pagi ini.

Nasrudin sebelumnya, turut mempersoalkan bagaimana konsert sebegitu boleh diluluskan penganjurannya, bukan hanya kerana dalam Ramadhan, tetapi juga dalam tempoh sambutan bulan kemerdekaan, yang kebiasaannya tamat pada 16 September (Hari Malaysia). Sepatutnya, seperti selalu, bulan kemerdekaan harus dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti majlis tahlil, forum dan dialog yang mampu meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

"Saya sama berpendapat dengan Nasrudin, konsert sebegini tidak pernah membantu memotivasi rakyat untuk menjadi yang lebih baik, bermoral dan berdaya saing, bahkan semakin melemahkan moral dan mental mereka, sekaligus mengheret mereka tenggelam di bawah gelora nafsu. Mengapa pihak-pihak tertentu masih belum sedar?" Tanya Dr Mohd lagi.

Pemuda PAS juga berpendirian bahawa konsert MLTR mestilah dibatalkan serta-merta dan tidak teragak-agak untuk turun membantah jika masih diteruskan. Beliau tertanya-tanya di mana suara Pemuda Umno? Beliau menyeru semua NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS atau GAMIS turut serta dan di mana Majlis Fatwa Kebangsaan yang diam membisu bila maksiat mungkar sedang berlaku dihadapan mata?

"Apakah ini tidak menjatuhkan muruah umat Islam, lebih-lebih lagi di bulan puasa? Kalau DAP tak bantah menasabah le, kerana mereka mungkin masih belum faham Islam.. tetapi UMNO atau Majlis Fatwa bagaimana? Tidakkah ini menghina Islam?" Kata Dr Mohd Hasyim yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (AK)

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Di P/Pasir: Di Mana Kekuatan PAS N11? -Ibnu Hasyim




Terkini keputusan PRU Permatang Pasir.
9.00 mlm : YB Ustaz Salleh Man dan penyokongnya baru kembali dari Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. Kini sedang menunggu solat Isya dan terawih sebelum majlis ceramah kemenangan. 8.45mlm- Pada pilihan raya yang lalu (2008) , keputusannya adalah seperti berikut :

PAS: 11004

BN : 5571

Majoriti :5433


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL 2009 (Rasmi )N 11 -PERMATANG PASIR sebelum terkini seperti di atas. (20,350)

Haji Mohd Salleh Man (PAS ): 9,618
Rohaizat Othman ( BN ): 5,067
Majoriti: 4,551
Undi Rosak : 43
Jumlah Mengundi : 72.37 %

PAS kekurangan 882 undi untuk menyamai majoriti PRU 12 lepas sebanyak 5,433 undi.

Keputusab 2008N11 - PERMATANG PASIR 20,350
Ahmad Sahar Shuib (BN) : 5571
Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) : 12,004Majoriti : 5,433Jumlah undi : 17,575

KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2004
N11 - PERMATANG PASIR (19,149)Melayu: 69.70 Cina: 28.39 India: 1.75 Lain-lain: 0.15
Mohd Hamdan Abd Rahman (PAS) 8,057
Md Isa Ramli (BN) 7,378
Majoriti : 679
Jumlah Undi : 15,681
Undi Rosak: 246% mengundi : 82

Suatu pengalaman menarik ialah, di mana kekuatan PAS di N11? Menurut Ibnu Hasyim..

1. Kuatnya benteng pertahanan PAS. Lihat kenyataan Pemuda UMNO mengenai 'pengundi hantu' yang menuduh didalangi Pakatan Rakyat. Sedangkan sebelumnya kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh pembangkang kepada BN. Itulah bukti kebalnya PAS.. Cuba anda fikir-fikir yang tersirat di dalam kisah pengundi hantu itu, yang sebenarnya bukan hantu.. tetapi menghantui BN.

2. Kelemahan calon BN, suatu yang luar biasa bagaimana boleh pimpinan BN tertipu dengan lobi puak-puak tertentu atau BN sudah tiada lagi calon bersih?

3. Strategi 'tabur duit' oleh BN & guna jentera kerajaan masih berkesan mungkin hingga boleh kurangkan undi majoriti PAS.

4. Kekuatan ikatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat tetap utuh walau pun sudah diuji dengan pelbagai cara, mehnah dan fitnah.

5. Dan beberapa lagi.

Tahniah ke Ustaz Salleh Man dan PAKATAN.

Oleh Ibnu Hasyim.

Hasil diskusi dengan beberapa kumpulan
pada 25-08-2009
jam 1 pagi di Permatang Pauh.

Sunday, August 23, 2009

Kehadiran Samad Said Bukti UMNO Khianati Melayu.

Dari kiri A.Samad Said, Salleh Man & YB Mahfuz Omar

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

Permatang Pasir Ogos 22, 2009.

KEDATANGAN A. Samad Said melibatkan diri berkempen menyerang parti pemerintah, di Pilihan raya kecil Permatang Pasir N11 ini membuktikan bahawa UMNO bukan pejuang bangsa Melayu, tetapi pembelot dan pengkhianat bangsa Melayu. Demikian menurut kenyataan Dr Haji Mohd Hasyim bekas YDP PAS Kawasan Balik Pulau di sini pagi ini.

Menurut beliau, lambat bertindak menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah, menyebabkan hadirnya Dato A Samad Said melibatkan diri berkempen menyerang parti pemerintah. Penggunaan isu PPSMI oleh PAS dalam kempen ini dijangka dapat membantu kemenganan PAS membela hak orang Melayu malalui perjuangan Islamnya.

"PPSMI diiktiraf sebagai simbol perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, sehingga PAS memberi Anugerah Pejuang Bahasa kepada Dato A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad dalam muktamarnya di Shah Alam, Selangor baru lalu. Bila kerajaan BN pimpinan UMNO gagal menyelesaikan tuntutan PPSMI, sehingga pemimpinnya terpaksa mengguna pentas PAS menyerang UMNO.. maka tandanya 'UMNO gagal pertahankan hak Melayu dan sudah mengkhianati bangsanya sendiri'. " Jelas Dr Mohd yang juga editor Blog Ibnu Hasyim.

"Bagaiman nak harap boleh tolong bangsa lain, sedang bangsa sendiri pun tak terjaga? Saya ucap tahniah kepada beliau! Alhamdulillah." Katanya lagi.

Orang Cina Antara Penaja Awal Penubuhan PAS.. Dr Mohd Hasyim.

Dr Hj Mohd Hasyim


Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

PERMATANG PASIR 22 Ogos 2009. APAKAH benar PAS ditubuhkan oleh orang Cina Di Pulau Pinang? Dan Orang Cina menubuhkan sekolah agama sistem pondok yang pertama di Pulau Pinang, yakni di pulau tidak termasuk Seberang Prai? Tanya Ustaz Idham seorang ustaz di sebuah sekolah di situ kepada Dr Hj Mohd Hasyim bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau, ekoran dari ceramah beliau di Permatang Janggus pada sehari sebelum itu.

Menurut Dr Hj Mohd dalam ceramah malam itu, PAS dan orang Melayu terhutang budi kepada kaum Cina di Malaya pada masa itu kerana salah seorang pengasas penubuhan PAS adalah Haji Mansur JP anak kepada Hasan Kwantung yang berasal dari negara China. Haji Mansur antara salah seorang penaja penubuhan PAS, pernah memegang jawatan Bendahari dan Naib Yang Dipertua Agung di peringkat awalan.

"Semasa saya menjadi YDP PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau dulu, saya pernah menemu-ramah anak Haji Mansur, iaitu Ustaz Murshid. Melihat kesan sejarah di rumahnya di Bayan Lepas, antara perigi lama dirumahnya yang menjadi pusat kegiatan dakwah dan tumpuan puak-puak Islam pada masa itu. Sekarang masih ada masjid yang berunsur kecinaan (kini dijadikan surau) di simpang jalan antara Teluk Kumbar, Bayan Lepas & Kampung Seronok di Bayan Lepas. Lihat tanda kipas Cina di anjung surau itu. Di situ dibina pondok-pondok pengajian Islam.. Saya pernah menyebutnya dalam buku saya 'Krisis UMNO-PAS, Satu Penyelesaian Menurut PAS' terbitan dalam tahun 1990an". Jelas Dr Mohd yang juga pernah menghasilkan beberapa buah buku sejarah PAS.

"Teringat saya sewaktu bertemu Allahyarhan Ustaz Fadzil Noor masa itu dan mencadangkan untuk membuat program seperti yang pernah PAS Balik Pulau buat, program 'Pasar Negara' di Bayan Lepas dan 'Long Tambang' di Pulau Betong.. tetapi waktu itu PAS Balik Pulau memilih nama 'Mengenang Sejarah Laksamana Cheng Ho' di tengah pekan Bayan Lepas, diiringi dengan tarian naga dan kebudayaan kaum Cina." Kata Dr Mohd lagi.

"Ha.. Apa kata Ustaz Fadzil?" Tanya ustaz Idham.

"Ustaz Fadzil jawab, memang baik untuk PAS jangka panjang, tetapi kurang sesuai buat masa itu terutama bagi negeri-negeri pantai timur yang menjadi base PAS waktu itu.. Jadi saya akur dengan pandangan politik beliau." Jelas Dr Mohd lagi.

"Pandangan hang laju sangat, terlampau kedepan, takut orang tak boleh ikut.." kata Ustaz Idham, memberi pandangannya pula.

(RD)

Sila lihat siri sejarah PAS di..
http://www.ibnuhasyim.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails