Monday, July 24, 2023

Pelakon Hollywood tuntut naik gaji. Di M'sia, ini tindakan wajar!

 

SAG-AFTRA actors and Writers Guild of America (WGA) writers walk the picket line in front of Paramount Studios in Los Angeles, California, U.S., July 17, 2023. REUTERS/Mike Blake

Pelakon Hollywood mogok: Studio dakwa tawar AS$1 bilion

LOS ANGELES: Studio filem dan televisyen utama mendakwa telah menawarkan lebih daripada AS$1 bilion (RM4.5 bilion) pampasan lebih tinggi dan faedah yang dipertingkatkan sebelum kesatuan pelakon Hollywood, SAG-AFTRA mengadakan mogok minggu lalu.

Kumpulan yang mewakili syarikat studio filem dan TV, Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP), yang berunding bagi pihak Netflix Inc, Walt Disney Co, Warner Bros Discovery dan lain-lain, berkata SAG-AFTRA  berkata pada Isnin (17 Jul) bagaimanapun bertindak dengan ‘terus menyelewengkan hasil rundingan’ berkenaan.

SAG-AFTRA mengadakan mogok pada Khamis (13 Jul) lalu selepas perunding kesatuan berkata ia tidak dapat mencapai persetujuan dengan studio mengenai kontrak tiga tahun baharu dengan faedah yang lebih tinggi dan had penggunaan imej mereka oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Perjanjian yang diketepikan oleh SAG-AFTRA pada 12 Julai 2023 bernilai lebih daripada AS$1 bilion dalam kenaikan gaji, pencen dan caruman kesihatan serta baki kenaikan dan termasuk perlindungan pertama seumpamanya sepanjang tempoh tiga tahunnya, termasuk secara nyata dengan impak penggunaan imej pelakon kepada AI,” kata AMPTP dalam kenyataannya, lapor Reuters.

“Untuk SAG-AFTRA menegaskan bahawa kami tidak responsif terhadap keperluan keahliannya adalah tidak jujur,” tambah AMPTP.

Terdahulu pada Isnin, SAG-AFTRA, yang mewakili lebih 160,000 pelakon, penghibur lagak ngeri dan lain-lain, mengeluarkan senarai terperinci cadangannya, dan apa yang dikatakannya sebagai respons studio, di bawah tajuk, Kami berjuang untuk kelangsungan hidup profesion kami.

Antaranya, SAG-AFTRA berkata ia meminta kenaikan gaji am sebanyak 11 peratus pada tahun pertama kontrak untuk mengimbangi inflasi; dan kesatuan itu juga berkata studio membalas dengan tawaran 5 peratus.

“Kami beralih kepada beberapa perkara, tetapi sejak hari pertama mereka tidak akan melibatkan diri secara bermakna dalam isu yang paling kritikal,” kata SAG-AFTRA.

Golongan pelakon itu telah menyertai ahli Persatuan Penulis Amerika (WGA), yang melancarkan mogok pada 2 Mei lalu selepas gagal mencapai perjanjian dengan AMPTP. – HARAKAHDAILY 18/7/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelakon Hollywood tuntut naik gaji. Di M'sia, ini tindakan wajar!

Lihat ini dulu..

(i) Al-hamulillah, inilah projek rakyat untuk  masyarakat dan negara. Terima kasih kepada pencetus idea bernas ini. 


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Damak meneruskan Projek Wakaf Air untuk manfaat masyarakat.  Pelaksanaan projek itu sebagai inspirasi daripada inisiatif Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewujudkan Wakaf Air sewaktu menerajui kementerian itu, sebelum ini.

Menurut Adun Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud, “Kami telah menjalankan projek Wakaf Air DUN Damak ini sejak Mac yang lalu. Ini adalah projek kali kedua. Kali pertama berjaya membantu penduduk Kampung Berau,” ujarnya pada program membina empangan air bersih di Kampung Tepam, kira-kira 40 km dari sini Isnin lalu.

“Apabila aduan sampai, kewangan tiada, jadi kami lancarkan projek wakaf air ini. Bila dah cukup duit, kami adakan gotong-royong, kami tak sub kepada kontraktor,” ujarnya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin amat bersyukur dan bertuah menjadi sebahagian daripada masyarakat di daerah ini.


(ii) Kerajaan perlu bertanggung jawab perluaskan rumah mampu milik dan galakkan pemilikan rumah di ibu negara Kuala Lumpur. 

Langkah kerajaan memperluaskan perumahan mampu milik di ibu negara dilihat membantu menggalakkan pemilikan rumah terutama dalam kalangan generasi muda.

Pensyarah Kanan Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia Dr Shazmin Shareena Ab Azis berkata pemilikan rumah penting dalam mewujudkan kejiranan yang lebih stabil di sesuatu kawasan, sekali gus melahirkan masyarakat sejahtera.

“… kestabilan kejiranan penting dalam membentuk perpaduan, keharmonian, keselamatan lebih terjamin malah turut membantu menurunkan kadar jenayah di kawasan tersebut.

“Jika terlalu ramai penyewa dalam sesuatu kawasan itu, secara logiknya, ia (penyewa) akan sentiasa bertukar ganti yang mana kita sendiri mungkin tidak mengenalinya,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Turut senada, Dekan Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Suhardi Maulan yang berpendapat bandar sememangnya memerlukan kawasan lapang dan hijau yang mencukupi kerana ia mempunyai sifat magnet atau menjadi daya tarikan kepada masyarakat bandar.

Menurutnya kawasan rizab hutan, sungai, bukit dan kawasan hijau serta lapang memberikan manfaat besar terhadap penduduk bandar dan memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu perancangan bandar itu sihat dan berdaya huni.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Kalau di AS pelakon Hollywood tuntut naik gaji, buat demontrasi dan mogok, apakah di Malaysia wajar buat begitu? Tidak, di Malaysia tindakan seperti yang huraikan oleh blog ini adalah wajar, yakni bukan seperti yang dilakukan pelakon Hollyood.

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

5 comments:

Anonymous said...

Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu berkata, pihaknya kesal dengan perlakuan biadab artis berkumpulan luar negara itu ketika mengadakan persembahan sempena Good Vibes Festival di Sepang, semalam.

(C&P)

Tak bijak buat keputusan. Patutnya awal awal dah tolak. Insiden ini pernah berlaku di negara lain. Jadi benchmark untuk bawa masuk ke negara.

Tapi mungkin yg suka lewat, tiada masalah.

Anonymous said...

Vokalis kumpulan The 1975 Matty Healy semasa persembahan itu memegang botol arak di atas pentas selain berkelakuan jijik dan mengeluarkan ucapan yang menghina undang-undang Malaysia berkaitan dengan LGBT.

(C&P)

Anonymous said...

First in Malaysian history – British rock band performs ‘gay kiss’, telling crowd ‘I’m sure a lot of you are gay’. As usual Brother Anwar Bin Ibrahim nothing to say stupid like donkey.!!

This land is not you mother fucker land anymore... To 1975 fuck you queen...fuck yur queen Camilla Fucker..!!!

British rock band The 1975’s performed more than just a concert in Sepang last night when vocalist Matty Healy performed a ‘gay kiss’ on stage and vented his frustration about laws against homosexuality.

The spectacle – a first in Malaysian history – comes not long after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim himself welcomed renowned British rock band Coldplay to perform here in November, despite protests by various groups concerned with the band’s pro-LGBT stance.

Coldplay frontman Chris Martin is known to wave “Pride flags” on stage during concerts, a clear demonstration of its support towards LGBT rights.

Saya ulangggg...

This land is not you mother fucker land anymore... To 1975 fuck you queen...fuck yur queen Camilla Fucker..!!!

Anonymous said...

Mudah jer Nak layan org tua renta tu... Bukan Nak Melayu Sgt tu apa lagi Islam..

Dia Nak selamat Kan legacy mesra LGBT dan mesra gereja COMANGO ajer tuuu..

'No boboi No Pejwang'

Kasi main Cara halus dengan orang tua lidah bercabang tu....

Mereput lah kauuu

Anonymous said...

Jom kita ubah. Kalau anwarsibuk dengan konsert lgbt, kita sebuk dengan munajat kat stadium.

1975 verses no anwar no lgbt.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails