Wednesday, July 26, 2023

Bukan madani Guan Eng. &18 DAP pembohong

 


Perbandingan madani Rasulullah SAW dengan madani Pakatan Harapan

BERSEMPENA dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang bersejarah kepada umat Islam, perlulah diambil teladan daripada negara masyarakat madani yang telah ditegakkan oleh Baginda Nabi SAW. 

Rasulullah SAW menamakan negara yang ditegakkan itu sebagai Madinah, ditukarkan daripada nama asalnya Yathrib atau Taibah, sempena dengan peristiwa hijrah.

Perkataan Madinah mencipta perkataan menegakkan al-din (Islam yang sempurna), seterusnya membina Hadarah Islamiah (Tamadun Islam) berprinsipkan aqidah, syariat, ilmu dan akhlak, serta berwawasan akhirat mengikut peta jalan (road map) yang telah digariskan oleh firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (memerintah negara), nescaya mereka itu mendirikan sembahyang (sentiasa berhubung dengan Allah), menunaikan zakat (konsep ekonomi yang adil), menyuruh berbuat perkara yang ma‘ruf (berkebajikan) dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar (kehebatan undang-undang); dan (ingatlah) kepada Allah jua kembali segala urusan (berwawasan akhirat).” (Surah al-Hajj: 41)

Para pemimpin yang beribadat secara istiqamah yang sentiasa berhubung dengan Allah, berkebajikan, menegakkan keadilan dalam segala aspek, ikhlas dan benar, serta beriman kepada balasan akhirat, maka terciptalah apa yang disebutkan oleh para ulama’:

النَّاسُ ‌عَلَى ‌دِينِ ‌مُلُوكِهِمْ.

“Orang ramai (rakyat) itu terpengaruh dengan para pemimpin dan raja-raja mereka.”

Hal ini disebabkan iman yang terpacak dalam hati akan menggerakkan manusia, termasuklah kalangan penjenayah yang telah nyata kesalahannya untuk menyerah diri. Maka, tidak sepatutnya berlaku sepertimana peristiwa orang yang baharu sahaja dituduh dan belum nyata kesalahannya, namun terpaksa ditangkap dan diburu pada jam 3 pagi.

Apa yang ada pada mereka hanyalah jenama sahaja bagi menarik sokongan rakyat, dalam keadaan mereka bersifat menipu, berbohong dan lain-lain, serta bersifat seperti binatang sesumpah yang boleh berubah-ubah warnanya bagi menggoda rakyat yang sentiasa  ditipu dan dizalimi. Kerjanya hanyalah mencari keredaan manusia, malah sokongannya bukan ikhlas kerana Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

مَنِ ‌الْتَمَسَ ‌رِضَا ‌اللَّهِ ‌بِسَخَطِ ‌النَّاسِ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، وَأَرْضَى عَنْهُ النَّاسَ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ، سَخِطَ اللَّهُ عَلَيهِ، وَأَسْخطَ عَلَيهِ النَّاسِ.

“Sesiapa yang mencari keredaan Allah walaupun disebabkannya dia dimarahi oleh manusia, nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan manusia yang lain juga reda kepadanya. Namun, sesiapa yang mencari keredaan manusia dengan sebab itu dimurkai oleh Allah, nescaya dia mendapat kemurkaan Allah dan akhirnya dimarahi oleh manusia (apabila terdedah penipuannya).” (Riwayat Ibn Hibban, Kitab al-Birr wa al-Ihsan, No. 276)

Diceritakan terjadinya suatu kisah benar pada zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, bahawasanya ada sekumpulan tiga orang Badwi yang menangkap seorang pemuda penggembala unta kerana telah membunuh bapa mereka.

Khalifah ‘Umar RA bertanya kepada pemuda itu:

“Mengapa kamu membunuh bapa mereka?”

Pemuda itu terus menceritakan:

“Untaku memasuki kebun ayah mereka dan memakan tanamannya, lalu ayahnya memukul untaku dengan batu sehingga mati. Aku mengambil batu itu lalu menghempaskannya ke atas bapa mereka, sehingga menyebabkan kematiannya.”

Khalifah ‘Umar menegaskan:

“Kamu mesti dijatuhkan hukuman qisas kerana telah membunuh dengan sengaja.”

Pemuda itu merayu:

“Wahai Amir al-Mu’minin! Berikan aku tempoh tiga hari sahaja, bagi menyelesaikan harta pusaka peninggalan ayahku kepada adikku yang masih kecil.”

Khalifah ‘Umar bertanya kepada mereka yang hadir:

“Siapakah yang bersedia untuk menjaminnya?”

Pemuda itu memandang kepada orang ramai yang hadir, tiba-tiba menunjuk ke arah Abu Zar RA:

“Barangkali dialah yang boleh menjaminku?”

Khalifah ‘Umar lalu bertanya:

“Abu Zar! Adakah kamu bersedia?”

Abu Zar menjawab:

“Ya! Aku bersedia!”

Khalifah ‘Umar berkata kepada Abu Zar:

“Nanti kalau dia tidak datang dengan melarikan diri, maka engkau akan menerima hukumannya.”

Pada hari yang ketiga, pada waktu petang menghampiri waktu Maghrib, pemuda itu datang dalam keadaan termengah-mengah kerana mengejar masa. Setelah menghadap Khalifah ‘Umar RA, dia berkata:

“Aku telah menyelesaikan urusan harta pusaka adikku dengan menyerahkannya kepada bapa-bapa saudaraku.”

Khalifah ‘Umar RA merasa hairan dan tercengang, lalu beliau bertanya:

“Mengapa kamu tidak mengambil peluang untuk melarikan diri sahaja?”

Pemuda itu menjawab:

“Nanti orang ramai akan berkata, sudah tidak ada lagi orang yang benar-benar menepati janji pada zaman ini.”

Seterusnya, Khalifah ‘Umar RA bertanya pula kepada Abu Zar RA:

“Wahai Abu Zar! Mengapa kamu menjaminnya sedang kamu tidak mengenalinya, tidakkah kalau dia melarikan diri, kamu pula akan menerima hukuman?”

Abu Zar RA menjawab:

“Nanti orang ramai akan berkata, tidak ada lagi orang yang bersedia melakukan kebajikan.”

Ketiga-tiga anak mangsa jenayah pembunuhan itu terharu melihat peristiwa yang berlaku, lalu mereka berkata:

“Kami memaafkan dan membebaskan pemuda ini.”

Mengikut hukum jenayah Islam, keluarga terdekat kepada mangsa jenayah bunuh berhak   memberikan pengampunan kepada orang yang membunuh, bukan Lembaga Pengampunan yang tiada kaitan dengan mangsa. Hal ini berpandukan firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِي ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِيَ لَهُۥ مِنۡ أَخِيهِ شَيۡءٞ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَٰنٖۗ ذَٰلِكَ تَخۡفِيفٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٞۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٞ١٧٨ وَلَكُمۡ فِي ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٞ يَـٰٓأُولِى ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ١٧٩﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka, sesiapa yang mendapat permaafan daripada saudaranya, hendaklah (orang yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan daripada Tuhanmu dan suatu rahmat. Sesiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yang sangat pedih. (178) Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa! (179)” (Surah al-Baqarah: 178-179)

Banyak amal kebajikan yang besar dapat dilakukan melalui negara bermasyarakat madani yang berpandukan al-Quran. Bukan madani pada jenama sahaja, yang bergelumang dengan penipuan, mungkir janji, kezaliman, rasuah, maksiat dan berbagai-bagai salah laku.

Dalam sebuah negara madani yang berlandaskan iman dan budiman, pemimpin dan rakyat sama-sama menyahut seruan Allah SWT dan tawarannya yang berwawasan jauh, bukan sahaja dunia, bahkan hingga akhirat. Hal ini sepertimana janji Allah SWT dalam firman-Nya:

﴿وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ١٣٣ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ١٣٤ وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ١٣٥ أُولَـٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَٰمِلِينَ١٣٦﴾

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi; yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (133) (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (134) Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (135)  Mereka itu balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala untuk orang-orang yang beramal. (136)” (Surah Ali ‘Imran: 133-136)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Muharram 1445 / 21 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 21/7/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan madani Guan Eng.  &18 DAP pembohong.

(i) Ini,18 perkara DAP pembohong!  


ORANG Pulau Pinang perlu tahu, ini.

1. Salah satu daripada janji Manifesto PH adalah berkenaan projek lebuh raya dan terowong dasar laut.
2. Projek terowong dan 3 buah lebuh raya ini memakan kos sebanyak RM6.3 bilion.
3. Mengikut jadual pembinaan yang ditetapkan semasa projek diberi, pembinaan projek akan bermula pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada 2023.
4. Ironinya pada 2015 DAP mengaku kelewatan telah berlaku dan menjanjikan pembinaan akan bermula pada 2016.
5. Tamat 2016, DAP ulang janji yang sama. Katanya, pembinaan akan bermula pada 2017.
6. Tamat 2017, DAP janji pembinaan akan bermula pada 2018.
7. Kemudian DAP ulang, katanya pembinaan sebuah jalan bagi projek terowong itu akan bermula pada 31 Oktober 2019.
8. Terlalu panjang siri janji dan penipuan berlaku. Sudah hampir 10 tahun, sudah tahun 2023, projek ini masih ghaib meskipun telah memakan kos berjuta Ringgit.
9. Tutup kes terowong dan lebuh raya.
10. Pada PRU12, DAP janji akan hapus Tol Sungai Nyior jika diberi kuasa perintah Pulau Pinang.
11. Kemudian DAP janji pula akan mansuh Tol Jambatan Pulau Pinang jika rakyat beri mandat untuk mereka bentuk Kerajaan Persekutuan.
12. Sudah menjelang PRN ke-15, tol-tol tersebut masih belum dimansuhkan dan masih beroperasi seperti biasa.
13. Tutup isu tol. 
14. DAP bukan sahaja banyak membuat janji manis, program yang dibuat juga banyak yang sia-sia.
15. Pada 2012, Kerajaan Negeri Pulau Pinang belanjakan RM8.5 juta untuk program Wifi Percuma. Pada 2019, program tersebut dihentikan.
16. Tanpa malu pada Jun 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan 61 manifesto kerajaan negeri tersebut telah dilaksanakan dengan pencapaian 92.4 peratus. Anda percaya?
17. Orang Pulau Pinang perlu tahu, bukan Anwar Ibrahim sahaja yang mahir menipu dan mungkir janji, tetapi DAP juga mempunyai perangai serupa.
18. Sebenarnya pembangunan yang dibanggakan oleh DAP di Pulau Pinang itu untuk siapa? Adakah rakyat akan terus percaya dan termakan dengan janji manis mereka? Dari USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH,  Timbalan Pesuruhjaya 3, PAS Negeri Pulau Pinang 


(ii) Langkah Kajang, mereka lompat macam kijang. Mengapa? 


Masih kekal dan belum pudar dalam ingatan sejarah serangan politik fitnah terhadap Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim. Saifuddin yang bertanggungjawab atas dokumen fitnah 91 muka surat waktu itu kini masih rancak membuat serangan fitnah. Kali ini terhadap Sanusi pula.

Dokumen yang kelihatan seperti sarat dengan fakta diusung ke hulu ke hilir telah mengaibkan Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim lalu memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor waktu itu. Penyudahnya, Saifuddin buat permohonan maaf secara terbuka dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

Tidak menghairankan apabila sequel fitnah ini dimainkan watak yang sama iaitu Saifuddin, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim. Tujuan fitnah ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjatuh imej kewibawaan Sanusi mentadbir negeri. 

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

8 comments:

Anonymous said...

Beza kerajaan mbk dengan bmx.
Dalam kerajaan mbk tiada penyakau.
Dalam kerajaan bmx ada penyakau, 47 kes.

Kerajaan mbk judi dihapuskan.
Kerajaan bmx, judi turun dari 22 ke 8 cabutan.

Kerajaan mbk, dipimpin oleh yang bersih.
Kerajaan bmx, dipimpinoleh bekas banduan.

Pikiaq pikiaq kan lah.
Kerajaan siapa yang lebih stabil emosinya.
Jangan sembang kari.
Bontot penuh tahi.

Anonymous said...

Bmx sendiri pun penyakau. Sakau royalti. Sakau peruntukan geran. Sakau peruntukan mp. Sakau jawatan kewangan.

Hidup pun mewah. Rumah ada yg sponsored. Kereta pun ada yg sponsored. Bila ada yg sponsored, tentulah ada diminta. Tambah pulak yg sponsored itu cina komunis dapig. Ada budi ada balas.

Patutlah tak ambik gaji.

Ikhlasnya kerana ada yang menjilat. Penjilat punya agenda. Penjilat itu komunis dapig. Penjilat itu halus jalannya. Bisa jadi robot. Hancur ekonomi, hancur aqidah.

Beza dengan pas. Peruntukan adun pembangkang tidak disakau. Hidup ahli politik tidak disponsored.

Anonymous said...

Senarai penerima ini wang rasuah 1MDB dari Pulau Pinang dan mereka telah menerima sejumlah RM780 juta, pada hal orang Umno menerima hanya RM19 juta sahaja. UMNo bole buat apa skg ni...!?Link

https://youtu.be/C2vYX3CwfE8

Senarai nama Parti DAP sembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB semasa PH jadi kerajaan diterajui barua meraka Tun Mahathir Mohamad.

Link bawah kenapa UMNO / BN bisu skg..!?

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/04/jejak-wang-1mdb-250-penama-rm700-juta-umno-p-pinang-lapor-sprm/

1. Laverage Asia Sdn Bhd 31.5 juta
2. Enr Marketing. 24.3 juta
3. Mega Utilities Sdn Bhd. 18.3. juta
4. Kek Lok Si Tample 12 juta
5. Homewin Renovation n Cons 11.44 juta
6. Music Melody Store. 6.58 juta
7. G Event Managmnt. 2.93 juta
8. Pers Cintai A. Sekitar P. Pinang. 2.65 juta
9. Jaya Printing & Advertising. 1.07 juta
10. MCA Bah Tanjung P.Pinang. 1 Juta
11. Geh Choh Hun. 22.8 juta
12. Oii Teng Seng. 4.55. juta
13. Cheah Kah Chye. 4.4 juta
14. Yeap Chee Cheong 4.4 juta
15. Goh Kheng Huat. 4.2 juta
16. Oii Kheng Hin. 4.01 juta
17. Choo Keng Hock 3.84 juta
18. Toh Lean Seng. 3.5 juta
19. Chong Thong Yeow. 3.24 juta
20. Teh Hun Liang. 3.04 juta
21. Lembaga Union Pinang School 2.25 juta
22. Pinang Chinese High School. 1.25 juta
23. Chung Ling High School. 1 juta
24 J/K Chua Nan School. 0.5 juta
25 Pers Penduduk B. Daya Penang. 0.4 juta
26. Chung Ling High School. 0.25 juta
27. Smjk Phor Tay School Commitee. 0.25 juta
28. Pers Kebudayaan Pangkalan Kota P. Pinang. 0.204 juta
29. MCA Bah Tanjung P. Pinang. 1 juta
30. Parti Gerakan Rakyt Johor. 0.4 juta

Bukan ke ini conflict of interest?

Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak kaum nya yang paling banyak dapat habuan.

Berbeza denda Barnie Maddof scheme Ponzi terbesar di NYSE.. ( tgk siri Netflix) nasib nya di penjara seumur hiddup, anak nya mati sbb malu teramat dasyat isteri nya jedi gelandangan bila harta dirampas.

Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan hutang yang ditinggalkan Kerajaan PH yang dicatat menghampiri RM850 billion. Sejumlah RM164 billion hutang dijana olih PH selama 22 bulan.

Tidak seperti Jho Low, Zety Nik Faisal sampai sekarang hidup mewah.. memang celaka lah pemimpin barua Melayu Lee Kwan Yew@DAP ini..!!! Ini berlaku masa Tun Jadi PM kali ke 2 dah Macam pukimak...!!

Angkara penipuan Bangsa Perasuah bernama Jho Low tepuk tangan saksikan pemimpin Melayu diperbodohkan dan bercakaran sesama sendiri.

Otak barua lama dan baru tetap masih sama juga..!!Barua Lama Vs Barua Baru Lee Kwan Yew..

sampai skg sekor babi pun tak diheret ke mahkamah..!!

Maka PRN June 2023 kali ini semua saki Baki barua DAP@LeeKwanYew perlu dilingkupkan secara total..!!

haha tepokkkk..!!

Anonymous said...

Rumah dan kereta ada yang sponsored? Sangat menarik ni untuk diselidiki?

Apa motif lebih suka menyewa dari memiliki rumah sendiri juga perlu dijelaskan kepada rakyat.

Anonymous said...

Payah berlaku tu. Sebab bila ada problem dah kena singkir.

Beza dengan bmx. Kitar semula. Yang dah kena penjara 2 tahun masih boleh jadi wakil. Sebab bmx pun seorg bekas.

Anonymous said...

Pasai pa kes banglow mbk cepat jer siasatan. Kes banglow pajak, lambat atau tiada siasatan.

Rakyat nak tau ni.

Anonymous said...

Pas usaha bawa pelabur Islam. Madani usaha bawa elon. Madani bawa 1975. Madani bawa coldplay. Madani bawa 47 kes. Madani rompak geran peruntukan.

Madani janji hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun. Madani janji najib turun ringgit naik.

Sekarang madani janji nak ampunkan 1mdb.

Celaru habis. Bila rakyat nak sejahtera. Yang Islam diislamofobiakan. Yang puluh syarikat komunis dapig rasuahnya ditutup.

Anonymous said...

Pulau pinang lagi tak cerdik. Kampung melayu hilang pun boleh diam. Nanti melarat kat selangor. Takda future.

Jadilah cerdik seperti kedah, kelantan dan trengganu.

Trengganu mbnya seorang professor. BMX seorang sasterawan. Kantoi. Banyak sembang kari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails