Thursday, July 06, 2023

Jom tinjau Kedah. Mengapa PMX takut sangat?

 


1. Kenali musuh Allah mengikut konteks di Kedah

“MOGA Allah S.W.T mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah S.W.T dan dimenangkan agama Allah S.W.T,”

Inilah doa yang diucapkan Sheikh Zainul Asri tanpa memetik atau merujuk atau menyebut mana-mana pihak. Doa itu benar dan sepatutnya disambut oleh semua pihak NGO dan parti politik termasuk PERIKATAN NASIONAL, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional khususnya Umno, PAN dan PAS.

Siapakah musuh Allah mengikut konteks di Kedah?

1. Yang menentang atau memperkecilkan usaha Kerajaan Kedah menutup premis judi.
2. Yang mengikut telunjuk pemimpin kafir untuk menghalang kemajuan negeri Kedah seperti melengahkan projek KXP.
3. Yang membenci pemimpin Kedah kerana tidak kompromi langsung atau tidak mesra kepada mana-mana kumpulan proLGBT.
4. Yang memusuhi usaha pemimpin Kerajaan Kedah membawa rakyat keluar dari kepompong kemiskinan.
5. Yang tidak suka pemimpin Kerajaan Kedah mempertahankan kesucian Islam seperti mempertahankan kalimah Allah.
6. Yang membenci pemimpin atau rakyat Kedah mengetahui sejarah kelak terbongkar peristiwa pengkhianat, tali barut dan pencuri.
7. Yang suka menggalakkan dan mengajak anak muda kepada program lagha dan melalaikan seperti konsert.
8. Yang mengajak kepada kemusnahan akal, musnah jiwa dan diri seperti dadah dan arak.
9. Yang menghasut benci kepada Ulamak dan mereka yang berjuang di jalan Allah.
10. Yang menyokong kepada usaha-usaha dan kerja-kerja maksiat.
11. Yang melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Rakyat Kedah wajib memastikan semua musuh Allah seperti ciri di atas tidak ada di Kedah.

Oleh itu rakyat Kedah mengecam tali-tali barut yang membuat report Polis ke atas Sheikh Zainul Asri. Usah sempitkan fikiran dan pandangan bahawa musuh Allah ini menyentuh mana-mana parti politik. 

Semua parti politik wajar hormat menghormati dan berlawanlah secara berhemah bukan secara bertohmah. Wajarlah semua parti politik sama-sama merebut hati dan jiwa pengundi dengan mengajak kepada redha dan rahmat Allah. Wajib ke atas kita semua tanpa mengira parti politik dan kumpulan memerangi musuh Allah.

Rakyat Kedah terus tegap bersama pertahankan Ulamak di Kedah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan rahmat kepada kita semua.

ABU FATEH – HARAKAHDAILY 27/6/2023 


2. Pentadbiran Sanusi cemerlang, maknai ‘The Greater Kedah’  


PAS Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, barisan Exco serta ADUN PERIKATAN NASIONAL (PN) yang telah menabur khidmat bakti dengan cemerlang. 

Tidak dilupakan kepada barisan pegawai Kerajaan KCS, agensi Kerajaan serta jentera parti di seluruh peringkat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengangkat dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Tambahan lagi, keutuhan slogan ‘Kedah, Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti’ menjadi pemangkin kepada kerja keras daripada semua untuk merintis denai bagi merealisasikannya. 

Alhamdulillah, ke semua ini adalah keberkatan daripada-Nya. Dasar Sifar Judi yang dilaksanakan tanpa kompromi membuka 1,001 pintu keberkatan dan rahmat kepada Negeri Kedah. Satu demi satu pintu rezeki terbuka dengan pelaburan keseluruhan yang dicapai adalah RM91.4 bilion bermula Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi mengambil alih Kerajaan pada Mei 2020 sehingga suku pertama tahun ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut merintis laluan pembangunan Kerajaan Negeri dengan menyentuh beberapa dasar mesra rakyat. Antaranya;

i. Penyelesaian jangka panjang isu bekalan air Negeri dengan penaiktarafan lima Loji Rawatan Air (LRA). 

ii. Projek holistik pengurangan Non-Revenue Water (NRW) sehingga tahun 2037 serta sasaran peningkatan rizab margin air sehingga 20 peratus. 

iii. Meningkatkan Tanah Rizab Melayu di Negeri Kedah dalam tempoh tiga tahun.

iv. Menarik pelaburan daripada syarikat berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park dan beberapa zon perindustrian yang lain seperti SBEZ dan Kedah Rubber City.

v. Merintis langkah ke arah merealisasi Kedah Aerotropolis sebagai ‘game changer’ pembangunan koridor utara selain menjadikannya sebagai ‘The Memphis of Asian’.

vi. Menyelesaikan 7,233 isu geran tanah dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang sebahagiannya tertangguh sejak dua, tiga dekad yang lalu. 

vii. Peruntukan Khairat Kematian, Bantuan Kebajikan IPT, Beras Sejahtera serta Anakku Sejahtera yang disalurkan tanpa mengira latar belakang. 

Kesemua ini adalah langkahan mengembalikan era kegemilangan The Greater Kedah. Ia adalah rangkuman kepada kebangkitan semula jati diri rakyat Negeri Kedah yang telah melakar sejarah hebat pada masa lalu untuk diterjemahkan kepada kemakmuran pada masa hadapan.

PAS Kedah yakin dengan sebahagian indikator yang ditunjukkan ini akan menjelaskan sokongan padu rakyat dalam PRN yang bakal menjelang tiba. Sokongan dan dukungan semua pihak akan terus bersama PERIKATAN NASIONAL dan insya-Allah akan terus diberi peluang menerajui negeri ini kelak. 

“Sayangi Kedah Sejahtera”
“The Greater Kedah”
“Malaysia Sejahtera”

YB DATO USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
Ahli Parlimen Pokok Sena – HARAKAHDAILY 3/7/2023  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom tinjau Kedah. Mengapa PMX takut sangat?

Ya, cuba lihat ‘Double standard’ terbaharu Anwar Ibrahim..

Melukut di tepi gantang
buka sanggul cari kutu
sebab takut akal pun hilang
tunggul disangka hantu.

Mengapa PMX takut sangat hingga bersikap double standard begini?

Pertama secara kebetulannya, seorang individu yang didakwa sebagai ahli PKR dua hari lalu, Zaki Yamani telah mendoakan kematian kepada Presiden PAS. Adakah itu diajar dalam Islam? Apa tindakan PMX? Beliau hanya marahkannya dan minta bertanggungjawab. Sehingga tulisan ini ditulis, dikatakan tweet itu masih tidak diturunkan. Malulah arahan Perdana Menteri dipekakkan ahli. Apa guna ada kuasa, kalau ahli biasa buat bodoh sahaja dengan amaran ketua? 

Kenapa tidak dipecat sahaja Zaki atau bawakan pegawai beliau ke muka pengadilan, atau buat laporan polis? Sedangkan dalam kes Ustaz Zainul Asri yang beliau kata tidak menepati Islam, segera PMX paksa PAS bertindak walaupun Ustaz Zainul Asri bukan pimpinan PAS. Sama dengan kes PMX diugut. Dilaporkan kepada wartawan, bukan polis. Tak ke pelik itu?

Kedua, Lim Guan Eng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bersungguh menafikan sejarah yang Pulau Pinang adalah milik Kedah yang berlaku hanya kira-kira 200 tahun lalu. Mereka telah cuba menidakkan sejarah. Isu ini telah dibetulkan oleh pakar sejarah, malahan Sultan Kedah juga mahukan hal ini diketahui rakyat, apa sebenarnya yang berlaku. Sultan Kedah tidak murka kepada Menteri Besar Kedah, pakar sejarah bersetuju dengan Menteri Besar Kedah, tetapi kenapa PMX tidak marahkan atau membuat laporan terhadap cubaan menyeleweng sejarah oleh Lim dan Chow? Sebaliknya PMX pula yang menyerang Menteri Besar Kedah kerana Ustaz Zainul Asri menceritakan peristiwa Nabi Adam puluhan ribu tahun lampau. 

MOHD NASIR ABDULLAH   HARAKAHDAILY 3/7/2023


Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

10 comments:

Anonymous said...

Hari2 rakyat dok perhati, ekonomi rakyat semakin karam? Tak percaya tanyalah pengusaha2 kedai2 makan, peniaga2 pasar malam?

Kerajaan pakatan hancing ni nampaknya kena ditukarkan secepat mungkin.

Dah 7 bulan, KPI yilekk? Takkan nak tunggu 70 bulan kot? Masa tu mungkin dah ramai yang muflis? Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Saranan natizen kepada MB Kedah, deliverlah semua projek2 yang dirancang atau yang sedang dilaksanakan. Sentiasa pantau kemajuan projek dengan kualiti, kos dan disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Nanti kita boleh jual kejayaan projek2 ini kepada rakyat dalam meraih undi dalam PRU akan datang.

Ramai yang sayang dan kagum dengan anda, satu2nya pemimpin yang membawa suara rakyat, suara orang2 Melayu. Majoriti rakyat bersama2 dengan anda!!!

Anonymous said...

projek kxp ha ha ha, konon litar siap 6 bulan abuk pun tara, tu pun percaya lagi, kapoq barus kedah tu ada lagi tak. patut orang kedah boleh juai utuk awet mumia (selawat), boleh dapat hasil, bayangkan orang mesir dulu pun ambik dari kedah (selawat), projek kxp tu baguih boleh bagi pekerjaan kat orang kulim (selawat) ni nak halang, pelabur takpe ramai nak datang (selawat) orang kedah percaya je cakap ana (selawat) kalau tipu esok kowtim lain, macam test drive aritu ala bekap la aku, aku kan sempoi.. (selawat).. baca ikut style cakap zainul tau

Anonymous said...

Semakin hari semakin bertambah kasih dan sayang kepada MB Kedah. Seorang pemimpin yang beriman dan cekap mentadbir menjadi dambaan rakyat jelata. InsyaAllah PN akan membariskan kualiti pemimpin sebergini di keenam2 negeri nanti. Selamat menyambut kemerdekaan!!!

Anonymous said...

Jom sokong mb kedah. Sampai mati hiduo balik pun mbx takkan sokong mb kedah. Sebab bmx tak dapat komisen. Mb kedah akan beri pada rakyat kedah yang buat projek ni. Ingat pas kekal bersih since 60 years ago.

Anonymous said...

Selangor untuk PN - sah 39 kerusi dalam tangan bila pengundi Tolak UMNo/BN

Tinjauan terbaru kebimbangan terbesar kepada Umno menjelang enam pilihan raya negeri bulan depan, bahawa pengundi Melayu di Selangor yang menyokong parti itu pada pilihan raya lepas lebih cenderung mengundi calon Perikatan Nasional (PN).

Dalam laporan tinjauan terbaru yang diterbitkan oleh ISEAS Perspective, jurnal dari Institut Kajian Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura, seorang penganalisis politik dan ketua badan pemikir juga mendapati 39% pengundi Melayu yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas berkata mereka akan mengundi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Anonymous said...

Pimpinan ameno tak perlu bimbang sebab pn tiada politik balas dendam. Tak macam bmx. Muka dah legam sebab geram. Tak macam zahid. Bimbang sebab banyak kes. Dulu bmx yang bawak kes. Ajib pun bmx yg bawak kes. Dendam bmx x berkesudahan.

Jom pakat pakat sokong pas. Pimpinan pas pun tersingkir bila ada salah laku. Sejak dulu piawai pas sama. Tiba masanya kita tukar pimpinan yang dah 60 jadi kerajaan. Ganti bmx pun lagi teruk. Moral teruk ekonomi pun teruk.

Anonymous said...

No Boboi No PejWang...

Legasi COMANGO dan mesra gereja wajib ditolak abis abisan...

Jangan jadi kan Boboi sebagai calon... PejWang hanya nak tumpang PN ajer.. Pengikut tak ada semua deposit calon lingkup ada àti nak jadi calon...!!

Apa kejadah nak tunduk pada parti total melingkup deposit...!!

Harapan dizahirkan Mukhriz susulan pertemuan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad dua hari lalu yang bersetuju mengukuhkan perpaduan orang Melayu serta meningkatkan sokongan kepada PN pada PRN 12 Ogos depan.

Merujuk keputusan PN menolak permohonan penyertaan Pejuang pada 21 Mac lalu, Mukhriz berharap komponen itu kali ini dapat mempertimbangkan sewajarnya kerjasama untuk mengelak pertembungan dan mewujudkan situasi satu lawan satu dengan gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Kalau Boboi dicalonkan helok pengundi pilih calon Bebas utk dimenangkan..!!

Menyemak lah kau boboi..!!!

Anonymous said...

RAYUAN Ramasamy agar ‘beri Anwar sepenggal penuh’ jelas memperlihatkan ketakutan dan keresahan pemimpin gabungan PH dan Umno-DAP (UMDAP) terhadap reputasi Anwar dalam mengemudi pentadbiran kerajaan.

(C&P)

Anwar bukan saja tiada competent, moral pun teruk. Asal pidato banyak temberang. Asal berjanji always mungkir. Asal beri nasihat, peribadi pulak paling teruk. Asal merancang, tak pernah yang baik baik. Mentri lantikan pun rakyat tak terima.

Anonymous said...

Dah masuk bulan july 2023. Bro an dilantik jadi pm pada november 2022. Dapat jadi pm terus lantik zahid jadi tpm. Masa kempen, tolak perasuah. Geng hoi hoi ya hoi. Kemudian lantik anak yg tewas jadi penasihat ekonomi.

Jadi pm pun sebab mungkir janji. Tidak bergabung dengan hoi hoi ya hoi. Tapi mungkir. Siap ada lagu untuk hoi hoi ya hoi. Impression pertama pun telah membuktikan he is not a good pm in the coming future.

Kemudian banyak lagi kejahatan yang dimadanikan oleh pm. Pegang dua jawatan sekali gus. Campur tangan urusan ros. Batalkan keputusan mahkamah ttg kalimah suci umat Islam. Memfitnah dan memburuk burukan ulamak. Ikut nada komunis dapig. Terbaru isu airport. Bila dah bising baru hantar balik dua pelancong cina. Yang mentri bikin kecoh bebas terus.

Tanah raub pun tak mampu ambik. Tanah hutan simpan. Setakat ni, tak kelihatan yg menarik dari bro an. Mungkin temberang boleh dijadikan koleksi untuk jadi arkib. Kerajaan campuran dikatakan kerajaan perpaduan. Buku rancangan ekonomi boleh digunakan untuk puluh puluh tahun. Sebab masih kosong. Ringgit pun jadi bahan ketawa. Menteri kewangan terbaik di dunia. Sejarah perdana menteri disambut oleh datuk bandar. Jenuh bersilat beri alasan.

Beria ia sangat nak jadi pm. Hanya untuk berseronok. Gah pada nama. Yang susah rakyat. Yang susah negara. Rasuah masih berleluasa. Salah guna kuasa masih berluasa. Sakau makin menjadi jadi. Sakau royalti, sakau geran. Tanah rizab makin galak dijual.

Dressing pun dah langgar. Tali leher jadi isu. Anak anak sekolah dididik kemas sempurna. Tapi itu semua dicarik adat bawah kerajaan baru. Norma baru reformasi songsang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails