Friday, April 21, 2023

Mansuh hukuman mati mandatori, apa kata rakyat?

 

1. Rakyat tentang mansuh hukuman mati mandatori

KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia menentang dan tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).

“Saya lihat ketika undian dalam talian oleh Berita Harian, NST dan Harian Metro pada 2018 yang menyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang dan tidak bersetuju untuk menghapuskan hukuman mandatori.

“Hasil undian, 82 peratus dalam undian tersebut menentang dan hanya 18 peratus bersetuju.

“Tidakkah apa yang dilakukan pada hari ini adalah tidak selari dengan apa yang telah pun dihasrat oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mas Ermieyati juga mahu kerajaan menyatakan status laporan dan syor jawatankuasa khas kajian hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

“Adakah kerajaan berhasrat untuk membentangkan laporan dan juga syor jawatankuasa khas itu kepada pihak awam?” katanya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023


2. Hukuman dalam Islam bersifat pemulihan 


KUALA LUMPUR: Dato’ Ahmad Yahya (PN-Pokok Sena) berkata, hukuman mati mengikut undang-undang jenayah Islam, sebahagiannya telah tersedia dalam Kanun Keseksaan seperti hirobah dan melawan negara atau pemberontakan atau disebut dengan bughah.

Dalam hukuman Qisas, katanya hukuman bunuh berbalas bunuh, mirip kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sekurang-kurangnya bentuk hukuman yang termaktub dalam Kanun Keseksaan ini selaras dengan sebahagian hukuman qisas dan hukuman had yang ada dalam Islam walaupun roh perundangan Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, prasyarat utama kepada mencapai hukuman hudud mahu pun qisas dalam Islam adalah mesti cukup beban pembuktian yang ketat serta tidak ada secebis pun keraguan terhadapnya.

“Jika tidak, hukuman itu akan berbalik kepada hukuman takzir. Oleh sebab itu dalam perundangan jenayah Islam juga meletakkan prinsip tidak ada mandatori dalam perlaksanaan hukuman hudud mahu pun qisas melainkan prasyarat yang ketat itu dipenuhi.

“Ini juga yang kita jadikan satu prinsip keadilan yang ditegakkan dalam undang-undang pada hari ini, iaitu jika wujud keraguan, maka di sinilah hadirnya budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman takzir,” ujarnya.

Justeru, katanya lagi, tohmahan hukuman jenayah Islam sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan serta bersifat barbarik jelas menunjukkan mereka tidak memahami apa yang terkandung dalam falsafah, mekanisme serta pelaksanaan undang-undang jenayah Islam.

“Kita seharusnya sedar bahawa hukuman yang dijalankan mesti sempurna sifatnya dalam menegakkan keadilan.

“Ia mesti bersifat hukuman balas atau retribusi yang setimpal dengan kesalahan atau jenayah yang dilakukan serta dibangunkan dengan unsur untuk memulihkan pesalah mahupun penjenayah,” katanya.

Sungguhpun begitu, katanya hukuman mati wajar dikekalkan bagi memenuhi aspek cegah rintang untuk menggerunkan masyarakat di luar agar tidak membuat jenayah atau kesalahan yang sama.

“Negara pernah berhadapan dengan pelbagai kes jenayah berprofil tinggi sebelum ini, mengapa tidak hukuman yang berat dikenakan sebagai cegah rintang kepada masyarakat diluar.

“Oleh sebab itu saya berpandangan kewajaran hukuman mati dikekalkan bagi memenuhi aspek cegah rintang untuk menggerunkan masyarakat di luar agar tidak membuat jenayah atau kesalahan yang sama,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023


3. Tazkirah Zohor Ramadan Ustaz Idris Ahmad  

Idris membicarakan ceramah berjudul, Tazkiyatun-Nafs dalam program Tazkirah Zohor Ramadan anjuran BAKKAH di ibu pejabat Harakah, Kuala Lumpur pada hari ini, 28 Mac 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

KUALA LUMPUR: “Dengan berpuasa, kita dapat mengawal nafsu syahwat daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.”

Demikian antara petikan tazkirah Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai melalui tajuk, Tazkiyatun-Nafs.

Beliau muncul dalam program Takzirah Zohor Ramadan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) secara langsung dari pejabat Harakah di Jalan Pahang, Off Jalan Pahang Barat, di sini, hari ini, yang boleh diikuti melalui Facebook Harakahdaily dan Facebook TV PAS. 

Tajuk tersebut menekankan tentang bagaimana amalan berpuasa dapat mendidik nafsu dalam mengamalkan kebaikan.

“Walaupun kita mempunyai akal tetapi akal tidak boleh mendahului wahyu. Apa-apa perkara, wahyu mesti didahulukan.”

“Dalam berpuasa ini, kita akan belajar untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan. Antara nikmat Allah SWT bagi merupakan nikmat air dan nikmat lapar kerana orang yang tidak pernah lapar tidak dapat merasai nikmat lapar.

“Kita tidak merasai segala nikmat yang AllaH SWT berikan kepada kita dan oleh sebab itu Allah SWT memberikan kita berpuasa,” bicara beliau.

Malah, ujar Idris,  ibadah berpuasa juga menyelamatkan umat Islam daripada memakan perkara yang haram dengan melalui mengawal meter kawalan nafsu syahwat terhadap diri manusia itu sendiri.

Ketika ditanya mengenai mengapa manusia masih melakukan perkara syirik, beliau menjawab: “Ia berpunca daripada nafsu sendiri walaupun syaitan sudah diikat.” – HARAKAHDAILY 28/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mansuh hukuman mati mandatori, apa kata rakyat?

Al-hamdulillah, walaupun Ramadan bulan peribadatan, namun menyatakan hal politik, ekonomi, keadilan sosial masyarakat adalah perlu. Kerana itulah Islam bukan agama sekular.

6 comments:

Anonymous said...

Pesalah kes bunuh adib adam boleh senyum dah.

Anonymous said...

Kerajaan nak ikut undang2 Al Quran atau undang2 dajal yang berpusat di NY sana? Agen2 mereka sangat ramai disini, kini menguasai pemerintahan negara? Lihat sahaja mereka berjaya mengharamkan perkahwinan bawah umur baru2 ini? Allah menghalalkan, mereka mengharamkannya? Tidakkah itu syirik namanya? Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Pesalah jana wibawa bleh hukum mati?

Ramai rakyat hilang pendapatan sampai ada bunuh diri waktu pkp terpanjang.

Mati sbb x cukup gas oksigen pun ada sbb duit terbang ke lain.

Anonymous said...

Selain Kedah, satu lagi negeri di bawah PAS iaitu Terengganu turut merekodkan peningkatan keluasan tanah rizab melayu (TRM).

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (Lajnah Tanah dan Peneroka), Amaturrahman Jaafar berkata, berdasarkan data dari Pejabat Tanah dan Galian negeri, Terengganu berjaya menambah keluasan TRM kepada 1938.32 hektar sejak PAS memerintah.

Anonymous said...

Apalah sangat madani. Menu rahmah. Kaya dengan pelabur cina. Entah ye entah tidak.

Anonymous said...

PETRONAS membayar terus kepada Sarawak dan Sabah, tetapi kepada Terengganu dan Kelantan ia disalurkan melalui Kementerian Kewangan, itu belum istilahnya berubah-ubah ‘royalti’, ‘wang ihsan’ dan ‘bayaran khas’.

Penafian ke atas hak negeri itu bukan sahaja berlaku dalam bentuk menunaikan bayaran mengikut perjanjian, tetapi juga ke atas kerja-kerja berkaitan pemprosesan hasil petroleum dan gas.

Misalnya hasil dari pelantar cari gali di Kelantan disalurkan melalui Songkhla, Thailand sebelum diproses di Gurun, Kedah melibatkan jarak 350 kilometer. Begitu juga hasil Sabah yang diproses di Bintulu, Sarawak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails