Wednesday, March 15, 2023

PRN: Pas/Bersatu P.Pinang. Tanding 15 kerusi.

 

Muhammad Fauzi bagaimanapun berkata, baki 25 lagi kerusi DUN di negeri ini masih di peringkat perbincangan dengan Gerakan serta Bersatu. - Foto Facebook/Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff

1. PRN: Pas dan Bersatu P.Pinang capai persefahaman dalam soal pembahagian kerusi


KEPALA BATAS: Pas dan Bersatu Pulau Pinang setakat ini telah mencapai persefahaman dalam soal pembahagian 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang mempunyai lebih 50 peratus pengundi Melayu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff bagaimanapun berkata, baki 25 lagi kerusi DUN di negeri ini masih di peringkat perbincangan dengan Gerakan serta Bersatu dan ia akan dimuktamadkan sebelum pembubaran DUN Pulau Pinang.
"15 kerusi itu adalah untuk Pas dan Bersatu, berapa yang kami (Pas) akan bertanding itu kita akan umumkan nanti.
Apa yang kita bincangkan dan capai persefahaman ini juga telah diketahui pucuk pimpinan atasan, tiada masalah berhubung pembahagian kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Program Gelombang Hijau Pulau Pinang di Markas Pas Pongsu Seribu, di sini pada Sabtu malam.
Muhammad Fauzi berkata Pas juga bersedia memberi laluan kepada calon Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) untuk baki 25 lagi kerusi tersebut dan pihaknya percaya Gerakan serta Bersatu juga mempunyai cadangan mereka untuk kerusi-kerusi berkenaan.
Pas bersama Gerakan dan Bersatu juga membincangkan mengenai kerusi campuran dan juga kerusi strategik yang bakal ditumpukan dalam PRN akan datang ini.
Selain itu, katanya parti berkenaan juga telah mempunyai senarai calon yang akan bertanding pada PRN nanti dan ia merangkumi golongan muda dan tua termasuk muka baharu serta muslimat.
Katanya semua nama calon-calon Pas itu dikemukakan oleh kawasan masing-masing kepada Pas Pulau Pinang dan seterusnya keputusan akhir calon akan ditentukan Majlis Syura Ulamak Pas.-- BERNAMA

2. Pas, Bersatu Pulau Pinang tandingi 15 kerusi majoriti Melayu 
MUHAMAD Fauzi ketika sidang media pada program Gelombang Hijau Pulau Pinang di Markas Pas Pongsu Seribu di sini. FOTO Danial 
Kepala Batas: Pas dan Bersatu Pulau Pinang mencapai persefahaman untuk membahagikan sejumlah 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) negeri itu turut mengadakan perbincangan dalam mengenal pasti calon berwibawa.
"Kita sudah berbincang daripada pelbagai sudut termasuk membabitkan strategi dan Alhamdulillah mencapai kata sepakat dalam rundingan ini dan diketahui pimpinan teratas mengenai apa yang telah kita lakukan.
"Jadi usaha-usaha yang kita lakukan sekarang ini adalah untuk mengenal pasti (kerusi) dan kita sedang mengatur langkah strategik iaitu usaha menguasai di kawasan DUN yang menjadi sasaran kita pada PRN nanti.
"Kerusi yang mana kita akan umumkan kemudian apabila sampai masanya," katanya kepada pemberita pada Himpunan Gelombang Hijau Pulau Pinang di Kompleks Tarbiyah Pas negeri di Pongsu Seribu di sini, malam ini.
Muhammad Fauzi berkata, perbincangan turut diadakan membabitkan Gerakan Pulau Pinang membabitkan kerusi campuran yang mempunyai potensi cerah untuk dimenangi.
Beliau berkata, dalam soal itu, Pas negeri mempunyai bank calon dengan nama-nama individu yang diketengahkan untuk dihantar kepada Majlis Syura Ulamak Pas.
"Jumlah 40 kerusi DUN Pulau Pinang ditolak 15 kerusi Melayu adalah kerusi campuran jadi banyak lagi kerusi-kerusi yang dipertandingkan.
"Jadi kita akan bincang kerusi mana yang bersesuaian kerana kita juga mempunyai calon Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP)," katanya.
Beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menyaksikan Pas Pulau Pinang bertanding 21 kerusi dengan satu daripadanya iaitu DUN Penaga dimenangi Mohd Yusni Mat Piah.
"Dulu kita bertanding 21 kerusi kerana pada masa itu kita bersendirian. Tetapi oleh kerana (sekarang) kita berkawan, kita nak supaya kita ada semangat untuk bersama-sama membangunkan dan membela rakyat di Pulau Pinang," katanya.
Terdahulu beliau berkata, Himpunan Gelombang Hijau peringkat negeri dilihat menjadi momentum kebangkitan rakyat yang dilihat memberi sokongan padu kepada Pas serta PN Pulau Pinang dan akan terus digerakkan sehingga PRN. Mac 12, 2023 @ 12:02am

14 comments:

Anonymous said...

Parti kris dah jadi khadam komunis dapig. Parti kris dah jadi khadam parti kencing rakyat. Macam mana pembahagian kerusi. Sajer tanyer.

Kerusi komunis dapig tak boleh usik. Kerusi parti kencing rakyat pun tak boleh kasi pada parti kris. Sebab parti kris udah lembik dsangat. Macam sotong.

Nak tunjuk gah pun tak boleh. Sebab dah tingge 26 kerusi lembek.
Lagi pun parti kris tak boleh diberi muka. Nanti keras kepala. Lagi banyak rasuah dan jual tanah rizeb melayu. Parti yang khianati bangsa melayu.

Takde wow faktor pada parti kris. Tengok parti kris, nampak muko wak jowo. Nampak muka wak jowo, terbanyak mahkamah. Kris dii mahkamah.

Anonymous said...

Klau nak jadi Melayu tambah mundur. Pilihlah ustaz Islam extreme.

Klau nak Melayu lebih maju.
Pilihlah ustaz perpaduan.

Anonymous said...

Mei 2023 PRN akan diadakan maka kesemua saki baki barua barua LeeKwanYew@DAP mesti dilingkupkan secara total...!!

Senarai barua barua LeeKwanYew@DAP yang melingkup semasa PRU 15 ialah

Tun Mahathir acah acah power Melayu Islamik Pulau Batu Putih bagi anak Lee Kwan Yew
Boboi COMANGO@MarinaGereja
Azmin Mat Blur
Nurul Liberal Pluris/Liberal
Mak Lampir Mesra Along
Mujahit @DosaPeribadi
Kalit Samat@KalitGereja
Rina Harun@LufikirSindri
Saifuddin,
Tian Chua
Dr Hatta

Antara pemimpin terkenal yang mengalami nasib sama adalah bekas perdana menteri yang juga pengerusi Tengku Razaligh, Mahahir Kalid, Rizal Marican , Pemimpin BN Perlis suma lingkup, Presiden Putra Ibrahim Ali (Putra-Rantau Panjang) dan bekas presiden PPP, M Kayveas (Ipoh Barat).

Nama lain termasuk bekas naib presiden Amanah, Husam Musa (Pasir Mas), bekas presiden MCA, Ong Tee Keat (Warisan-Pandan), Naib Presiden MIC A Kohilan Pillay (Batu), bekas Ahli Parlimen DAP dan PKR, Wee Choo Keong (bebas-Wangsa Maju).

Syukur my prediction 95% menjadi. Means my kempen from day one PH jadi kerajaan sudah diterima komen pembaca dan pengundi.

Maka PRN Mei 2023 masih ada saki baki barua LeeKwanYew@DAP perlu dihapuskan secara total.!!

Anonymous said...

Jom tamatkan riwayat al jub. Ingatkan bawa kemajuan, rupanya bawa jahanam.
Ingatkan nak bantu melayu, rupanya nak jahanamkan melayu.
Ingatkan nak baiki kerosakan, rupanya yang rosak tidak dibaiki.
Ingatkan cakap serupa bikin, rupanya rakus dapat kuasa.
Ingatkan nak hapuskan perompak, rupanya dia lagi ligat.
Ingatkan nak bawa reformasi, rupanya makin basi.

Begitu lah kalau mantan penghuni penjara. Dapat kuasa pun cara mencuri. Mencuri, bohong dah jadi darah daging.

Anonymous said...

Kerusi pkr ciput. Kerusi komunis dapig jauh lebih banyak. Macam mana kerusi ciput nak jadi jaguh. Tentu tak boleh. Sekali komunis dapig hentak kaki, terkebil kebil mata al jub. Mana berani al jub dakwa pewaris komunis eng guan pasai kes trowong.

Dia berani bawak abah ke mahkamah sebab komunis dapig hentak kaki depan muka al jub. Akhirnya orang melayu juga yang tersembam angkara al jub. Nanti al jub terus berkuasa.

Anonymous said...

Hari isnain ada satu lagi tuduhan pada abah. Mungkin hari selasa pun ada. Hari rabu pun ada. Nak jumlahkan sama banyak dengan wak jowo.

Al jub bukan kecik anak dalam berfitnah. Dah biasa menyondol.

Anonymous said...

Islam extreme pandai cakap ja.

Keja x tahu..Negara/negeri mundur

Anonymous said...

Kiki Islam extreme pulak dah.. bapo banyak lubang gua Islam extreme letup kan

lubang gua Sepol, lubang gua China doll dah meletup banyak kannn

Letupkan lubang gua sambil makan karipap pusing..


Kikikiki

Anonymous said...

Sastrawan pandai cakap jer. Keja tak pandai. Moral pun tak bagus. Cuma komunis dapig jer kata bagus dan perompak wak jowo.

Anonymous said...

Ekstreme lah.
Mundur lah.
Kesian juga kat khadam komunis dapig.
Cuba Islamofobia.

Yang umat Islam pulak,
tak setuju, liwat.
Tak setuju komunis dapig.
Tak setuju perompak wak jowo.
Tiga serangkai.

Jom berubah.
Jom pakat pakat sokong pas.

Anonymous said...

Semasa di terajang dari UmNooo dia kata "Zaman ini zaman edan" Bila dia jadi PM rupa-rupanya dia yang edan.

Anonymous said...

Habat jua DSAi.

Walaun pun mula belajar perkataan edan.

Klau harap Islam extreme asyik belajar perkataan2 'Islam ditindas" je. Kununnye la

Ha ha ha

Anonymous said...

No deny.
Tiga serangkai.
Liberal liwat.
Penyamun.
Komunis dapig.

Anonymous said...

Ha ha jangan mare

Usik2 walaun skt

Manalah tahu mungkin satu hari nanti insaf mcm mereka2 yg dah tinggalkan parti Islam extreme.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails