Thursday, March 16, 2023

Sebab apa? Bila perintah jadi ganas. & menu rahmah tak laku..

 


1. Sebab apa setelah berkuasa menjadi ganas?

IGAUAN ngeri. Sebab apa dia jadi macam ganas sangat bila tiba giliran dia perintah? 

Dia macam ni, kena faham maksud trauma atau igauan ngeri.

Dulu dia dibesarkan dalam keadaan ganas, bertumbuk sampai lebam mata. Kena kejar dengan polis, FRU sembur air kencing dengan air kimia katanya. Kena angkat tilam.

Masuk keluar penjara dia dah lali, bukan sekali, bukan sebulan. Dah banyak kali bertahun-tahun dah.

Sejak kena tangkap di Baling masa belajar dulu, lepas itu kena buang pula dari jawatan, polis cari dia sampai rumah, tengah bagi ucapan, kena tangkap.

Jadi hidup dia dapat kita gambarkan, sentiasa dalam keadaan berperang, ganas, menipu sana, menipu sini, berjoget dengan perempuan itu, perempuan ini, kadang-kadang dikelilingi Yahudi. 

Itu belum lagi cerita pasal kena racun arsenik. Kena karate kat tengkuk, sampai kena pakai kolar tengkuk. Pernah sampai tulang pinggang sakit. Anak bini dia selalu menangis depan orang. Sedih. Macam-macam lagilah.

Jarang-jarang sekali adalah juga dia duduk dengan ulamak dunia, selawat ke apa atau pergi solat Jumaat. Tapi nampak dalam gambar, yang lebih banyak aktivitinya, menari dengan hero Tamil. Sesekali dia dijemput tengok tarian separuh bogel.

Jadi maafkanlah dia, jika dia masih terbawa-bawa kisah silam dia yang ganas itu. Macam budak-budak yang datang dari jalanan, gelandangan, keluarga yang bermasalah, biasanya begitulah juga bila mereka membesar, ada perasaan memberontak dalam diri.

Membawa kisah lama bersama hidup masa depan. Payah dia nak lepas bebas zaman muda dia dulu. Banyak sangat kekejaman.

Dia jadi ganas itu sebab atuk dia dululah yang selalu mendera fizikal dan mentalnya. Silap atuk juga. Jadi sekarang, dia mahu membalas dendam kepada sesiapa sahaja yang dia suka.

Kena lagi, tengah ada kuasa, lagilah dia nak menunjuk kat orang.

Maafkanlah dia, sejarah hitam dia terlalu kuat menghantui hidupnya, tiada jalan untuk dihapuskan kenangan itu.

Jadi ingat semua, jangan kita besarkan anak-anak kita dalam persekitaran yang ganas. Nanti bila dia besar, pengaruh ganas tu akan mempengaruhi pemikiran dia, walaupun dia berjanji sampai terkeluar lidah nak jadi orang baik, susah kita nak percaya.

MOHD NASIR ABDULLAH
13 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 13/3/2023


2. Terpaksa henti jual hidangan Menu Rahmah kerana tak dapat sambutan 
Tangkap layar video tular oleh pemilik restoran Tong Kayu Kafe, Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, di Jalan Bukit Kecil di sini, mengenai jualan Menu Rahmah yang tidak mendapat sambutan di salah anggap oleh orang ramai. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TULAR

BAYAN LEPAS: Tindakan pemilik restoran Tong Kayu Kafe di sini, menghentikan jualan makanan Menu Rahmah adalah disebabkan hidangan itu tidak mendapat sambutan sejak ianya diperkenalkan bulan lalu.

Malah, kedudukan lokasinya yang dikatakan kurang sesuai juga menyebabkan pemilik restoran itu mengambil keputusan berkenaan, sekali gus menjadi tular di media sosial.

Pemilik restoran itu, Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, berkata, dia memperkenalkan hidangan Menu Rahmah nasi ayam kicap dan nasi ayam goreng kunyit yang berharga RM5 setiap satu hidangan sejak 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, berikutan tiada sambutan dia terpaksa berhenti menjual hidangan itu Khamis lalu.

"Keputusan saya bagi hentikan jualan Menu Rahmah ini kerana ia tidak dapat sambutan selain lokasinya yang tidak sesuai untuk diperkenalkan menu berkenaan.

"Jadi saya minta orang ramai supaya berhenti menyalahkan kerajaan yang sudah berusaha memperkenalkan kaedah itu bagi membantu rakyat," katanya mengulas video mengenai keputusannya bagi menghentikan jualan Menu Rahmah, tular selepas ia dimuatnaik di media sosial premis berkenaan.

Mohamad Fakhrullah berkata, hidangan berkenaan tidak pernah dijual sebelum ini dan dibuat khusus bagi Menu Rahmah malah sepanjang tempoh berkenaan tetapi beliau mendapati tidak sampai 100 bungkusan yang dijual, menyebabkan berlaku pembaziran.

"Punca ia tidak mendapat sambutan mungkin kerana faktor lokasi premis ini yang dikelilingi kawasan perumahan berkeluarga dan bukan dalam kalangan pekerja pejabat atau perindustrian.

"Kadar sewaan premis yang tinggi juga menyebabkan saya tidak mampu lagi menanggung kerugian berikutan jualan yang tidak mendapat sambutan itu," katanya.

Menerusi video tular berkenaan, Mohamad Fakhrullah menjelaskan mengenai pemberhentian jualan berkenaan namun disalah anggap oleh orang ramai.

Beliau berkata, menu yang tidak mendapat sambutan itu bukan bermakna tidak sedap tetapi beberapa hidangan lain yang dijual di restorannya juga mendapat sambutan menggalakkan.

Katanya, terdapat sebanyak 33 jenis hidangan lain berharga antara RM7 hingga RM19 setiap satu, mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penjualan melebihi 100 bungkus sehari. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimSebab apa? Bila perintah jadi ganas. & menu rahmah tak laku..

Kerana rakyat mula tolak kecelaruan pemerintahan.

7 comments:

Anonymous said...

Akar umbi mahu kerusi satu dan kerusi dua dipertandingkan. Satu kosong.
Ros kata kerusi kena dipertandingkan. Dua kosong.
Menteri guna kuasa batal akar umbi dan ros. Tiga kosong.

Kembang kempis hidung penghuni kerusi satu. Sangkanya menang.

Elok pos dengan sampan jer balik ke tanah jawa. Menyemak. Bukan bagus pun.

Anonymous said...

Memang patut.

Bila perintah jadi ganas. Mengganas dakwa penyamun dan kawan penyamun yg share makan duit kontraktor cina jana wibawa. Tegaklan Islam lah kununnya.

Anonymous said...

Macam bm yang keluar masuk tu. Kira musim balas dendam. Islam pun dia tibai. Bangsa apa lagi.

Geng pengganas jer yang mahu dayung bersama. Dengan lagu evergreen hoi hoi ya hoi.

Anonymous said...

Kes komunis dapig macam mana. Senyap sunyi jer. Dah jadi geng jangan lah pulak buat derk.

Bahaya juga kalau spritual illness dapat cemeti.

Anonymous said...

Bukan Isu Pengundi Hantu, Tapi Kesilapan Teknikal Jawatankuasa Gagal Daftar Perwakilan – UMNO Kedah

Udah perintah lebih 60 tahun. Takkan boleh silap teknikal lagi.

politik gila said...

Berat tanggungjawab PM ni...kalau menteri kewangan buat salah dengan berpakat dengan kontraktor, PM juga yang kena. Beliau tu walaupun kalah tapi dilantik jadi menteri. Mesti ada deal belakang tabir. Serupa kes rosmah...orang jual nama dia dapat habuan, dia didakwa dalam mahkamah. Kalau penyamun dijadikan saksi mahkamah, hancur keadilan mahkamah dan negara dibuatnya.

Anonymous said...

Selalu tu, yang mengganas ialah zionist. Jadi kat sini dia lantik ejen. Tu yang tak tumpah macam zionist. Cuma tak guna senjata. Guna penjara seperti yang dia pernah keluar masuk.

Zionist ada back up iaitu amerika dan kebanyakkan europe countries. Kat sini dia ada back up oleh komunis dapig, tamil eelam dan hoi hoi ya hoi. Ni yang banyak bagi sumbangan idea macam mana nak ranapkan politician melayu dan jutawan melayu.

Islam pun nak diranapkan supaya liberal ganti tempat. Songsang lgbt pun dipromot sebab lgbt suka bontot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails