Monday, March 13, 2023

Guna Replika senjata terikut Islamofobia - Abdul Hadi

 

Abdul Hadi Awang. - Foto fail NSTP

1. Pihak kecam guna replika senjata, kostum terikut dengan Islamofobia - Abdul Hadi

AMPANG: PAS menyifatkan pihak yang mengecam penggunaan replika senjata dan kostum tentera Islam ketika perarakan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 Jumaat lalu sehingga mengundang polemik masyarakat seolah-olah terikut dengan Islamofobia.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa golongan terbabit juga sudah menggambarkan kedudukan Islam itu sebagai agama yang menakutkan.

"Apa yang mereka takut sangat pada Islam ini. Seolah-seolah Islamofobia dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah yang dilakukan.

"Orang Islam bawa pedang kayu pun takut, sedangkan musuh Islam guna senjata nuklear yang memusnahkan, yang diharamkan oleh Islam tak apa.

Umat Islam bawa pedang kayu tak boleh," katanya. 

Foto tular perarakan sekumpulan ahli Pemuda PAS sambil membawa replika pedang, lembing dan perisai di Setiu, Terengganu. - Foto tular

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika hadir Majlis Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Abdul Hadi berkata, malangnya ada pihak yang terpengaruh dengan naratif ketakutan yang cuba digambarkan pihak tertentu itu.

"Malangnya ada orang yang terpengaruh seolah-olah Islam ini menakutkan. Kejayaan Islam bukan dengan senjata, tetapi adil, hikmah," katanya.

Penggunaan barangan replika pedang dan kostum pakaian tentera Islam berkait perarakan pada program HIMPIT 2023 Jumaat lalu mencetuskan polemik di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan penganjuran perarakan bersama replika senjata dalam satu perhimpunan terbuka adalah tidak wajar dan mengundang keresahan awam.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan apabila tular di media sosial jelas ia menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, dilaporkan berkata, pihaknya merampas replika senjata yang digunakan ketika perarakan HIMPIT 2023 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan. (BH)


2. Hanya cosplay untuk mengimbau kemulian dan jihad zaman generasi Al Quran 

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Tak semena -mena medsos seperti menggelegak dengan isu himpunan anak-anak muda di Setiu Terengganu, isu diputar dengan galak termasuk oleh bekas ahli MSU PAS . Avatar PHBN semenjak jam 11.00 pagi membahan , membelasah  dan merendahkan wibawa anak-anak muda PAS Terengganu yang dilihat tidak madani ( izinkan saya untuk meludah perlahan¡). Asal muasal himpunan ini ialah Program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang telah diwujudkan sejak awal dekad 1990an, HIMPIT akhirnya menjadi proto program kepada HEMPAP, HEMPAS , HARAP dan lain-lain jenama himpunan Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dan wilayah Persekutuan.

Di zaman saya memimpin Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan, kami anjurkan himpunan Pemuda Wilayah yang kami namakan HARAP, namun terlalu jauh untuk menyaingi prohram HIMPIT anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu saat itu. Pemuda Terengganu lebih komited dan berkeringat bermandi pemuda kami yang kebanyakannya kelompok kelas menengah. Cuma zaman itu himpunan kami belum ada idea tentang " cosplay" , tema pakaian, gimik-gimik pelik untuk memeriahkan acara. Ramai pula kalangan kami,saat itu anak-anak muda "skema" ,namun sesekali bertempur dengan aparat keamanan semasa demonstrasi!  

Terasa sangat dungu hari ini membaca komen-komen pimpinan Pan terutamanya,seolah mereka tidak pernah hadir kehidupan dalam jemaah Islam PAS. Arogansi mereka sangat luar biasa sehingga memohon pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap pemuda PAS. 

Meleret lagi dengan komen daripada Menteri Agama diatas penganjuran program himpunan tahunan pemuda PAS Terengganu yang kali ini diadakan di Kem Seri Bari, Setiu. Mengapa tidak responsif dengan cosplay yang jauh lebih barbarik? 

Tak patuh syariah, animae serta penonjolan zaman gelap Eropah, mengapa bersikap terpilih dalam merespon HIMPIT yang dianjurkan oleh Pemuda PAS ,himpunan yang mengumpul ribuan orang muda seperti ini memicu kedengkian dan kebimbangan kalian.

Sejak dimulakan 30 tahun dahulu dan terhenti seketika dimusim pandemik,HIMPIT  dimulai dengan perarakan melibatkan lapan kawasan kawasan dalam  negeri Terengganu, setiap kontinjen kawasan atau  parlimen berarak masuk   kelokasi  tapak program dengan tema dan replika masing-masing sebagai cerminan idea, kreativiti, keunikan dan semangat yang terpancar daripada kawasan masing-masing. Contohnya DPP Kawasan Besut daerah agrarian, menebar pesona dengan ledakan bom asap dengan tema perjuangan Palestin yang tak gentar dengan zionis dan sebarang musuh- musuh Islam.

Parlimen paling besar kemenangan PAS dalam PRU 15 ialah Marang ( lebih 41 k majoriti). Uniknya Dewan Pemuda PAS kawasan  Marang bertemakan kemuliaan jihad dan pengorbanan zaman ar Rasul dan jilul Quran. Anak muda Marang dengan muka kepongahan mengharungi medan jihad , bersimpongan laungan takbir membesarkan Allah,membawa replika pedang Dzulfaqqar berukuran 20 kaki seberat 40 kilogram dengan kelebaran dua kaki. Diarak diatas kenderaan pacuan masuk ke kawasan persendirian ( resort Kem Bari Setiu)

Menurut Ketua DPP Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi, pemakaian baju perang zaman Rasulullah SAW dan kegemilangan islam melengkapkan tema. Alatan yang dibuat daripada aluminium dan peralatan-peralatan kecil yang dibeli daripada kedai ECO Shop (RM2) . Manakala topi aluminium yang dibalut dengan serban hijau serta pedang daripada kayu berukuran 4 kaki seberat 400 gram. Ianya bukanlah bahan merbahaya yang cuba digemburkan oleh pembenci-pembenci PAS, kononnya cuba mencetus kerancuan berfikir tentang toleransi Islam dalam masyarakat berbilang kaum negara ini.

Tak salah untuk merasa membusung dada, berbangga dengan sejarah kegemilangan Islam, mengharungi kejerihan perang Badar, Uhud, Hunain, Tabuk, Fathul Makkah, Mut'ah, Ahzab dan puluhan perang yang lain.Pemakaian baju perisai kalis panah serta baju kulit dan busur serta tombak perisai lambang kehebatan pejuang Islam zaman generasi al Quran yang ditarbiah oleh ar Rasul SAW bukan melambangkan pemakaian pengganas sebagai cerminan Islamphobia diseluruh belahan dunia.

Kepada penganut Islamphobia, pembenci-pembenci PAS, isu cosplay berdasarkan pejuang Islam zaman ar Rasul tak perlu kajian jadikan isu besar negara sehingga melibatkan pihak polis. Sepatutnya kalian membina kekuatan sendiri bagi berhadapan kemaraan PAS/ PN dalam PRN yang akan berlangsung beberapa bulan lagi. Untuk adik-adik Dewan Pemuda semua, janganlah merasa lemah semangat dengan intimidasi, perlecehan, asakan pembuli siber. Teruskan merancang program untuk memenangi anak-anak muda seluruh negara termasuk program berorientasikan intelektual seperti bedah buku,acara baca buku, bicara tokoh, wacana - wacana ilmu kerana tak semua segmen masyarakat meminati program- program ringan dan himpuna mega. Jalan terus wahai anak muda !.

( penulis ialah AJK PAS Pusat, Mantan Ketua DPP Wilayah Persekutuan)

6 comments:

Anonymous said...

Aku gerun pulak bila tengok ada tanglung tergantung bertimbun kat jalan raya. Macam nak jadikan negara ini sebagai negara cina. Bukan satu tempat, tapi banyak tempat. Tak da pulak siapa bising.

Ada pulak perkauman little india di sana sini. Tempat tu cuma untuk orang india jer. Jualan pun barangan india jer.

Bila pas buat senjata polisterin jadi isu besar pulak. Bila pas promote tulisan jawi jadi isu besar pulak. Tulis jawi kat tanda jalan raya pun jadi isu besar.

Apa dah jadi ni. Liberal pun membodohkan rakyat. Islamofobia. Sama sama naik dengan tamil eelam dan komunis dapig.

Maharaja LELA said...

Dua bangsa asing dekat malaysia ni tak sedar diri. Dah bagi betis nak peha!!!Dah bagi tumpang hidup...tuan tanah pula kena ikut kehendak penumpang. Orang politik pula hendak kuasa dan harta sahaja...rakyat mampus pergi daa. Kerja 40 tahun dapat beli rumah mesra rakyat...orang politik yang tak pernah kerja langsung ada banglo juta-juta. Duit mari mana tu????

Anonymous said...

Kini ada tugasan untuk melumpuhkan usahawan bumiputera. Dicari isu rasuah. Dicari usahawan dan segera dibawa ke mahkamah. Diruntuhkan semangat bumiputera supaya tidak menceburi bidang keusahawanan.

Keusahawan adalah rasuah. Adalah tidak jujur. Adalah penyelewengan. Adalah berkait dengan politik. Sangat sinis tindakan sekarang.

Seolah olah, di Malaysia ni, keusahawanan hanya bumiputera sahaja. Tidak melibatkan yang bukan bumiputera. Yang ditonjolkan hanya bumiputera sahaja.

Sedangkan monopoli keusahawanan adalah bukan bumiputera. Yang guna logo halal tapi adalah tidak halal. Sudut kesucian. Sudut kebersihan. Sudut bahan. Sudut operasi.

Keusahawanan babi secara besar besaran bukan makanan di sini. Keusahawan judi bukan ragam hidup di sini. Kemudian kaitkan dana politik pas dari duit judi.

Puak liberal punya minda komunis dapig. Cuma versi bumiputera. Sangat berkesan mengkaburkan segelintir bumiputera. Tidak menguntungkan bumiputera. Tidak menaik taraf minda bumiputera. Cuba mencengkam minda dengan ketakutan. Dengan rendah keyakinan diri.

Dengan semboyan hoi hoi ya hoi yang disucikan. Diberi tugas penting. Seni politik menjaga hak perlembagaan kian ditutupi. Oleh Islamofobia. Senada zionist. Senada komunis dapig. Senada tamil eelam. Urusan yang aktif oleh liberal dan syiah.

Anonymous said...

Memang dalam rumah pun. Dalam perhimpunan dalaman jer. Bukan kat pudu raya. Atau kat baling. Atau kat sogo.

Masing masing punya tema.

Anonymous said...

Dalam tu dibangkitkan juga generasi Quran. Generasi berilmu.

Ni masalah bangsa hoi hoi ya hoi. Macam penyamun. Dia kata dia yang terbaik.

Anonymous said...

Tengok tanglung tak pulak fobia. Tengok opera cina ada pedang berkilat, tak pulak fobia.

Bila pedang polistrin fobia gila. Memang gila betul geng liberal kacukan dapig.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails