Saturday, March 18, 2023

Lagi DAP buat hal, Hannah gereja, Sg Klang bisu. Lihat Bala..

 


1. Geng Ustaz tak puas hati jawapan defensif Hannah

SUATU program yang diberi nama ‘Jom Ziarah Gereja’ yang telah dianjurkan oleh Impact Malaysia, sebuah badan yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan di mana menterinya ialah YB Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Ia telah mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Melayu-Islam saat iklan dan kempen program ini mula disiarkan kepada umum.

YB Hannah Yeoh telah menjawab mengenai isu ini di Parlimen semalam. Namun jawapan jawapan yang diberi berkenaan isu ini masih tidak jelas dan tidak memuaskan hati.

Pertamanya, YB Menteri menjelaskan program ini dijalankan hanya untuk bukan-Muslim di Malaysia ini. Namun anehnya, iklan yang dibuat tidak pula disebut seperti itu. Yang terdapat pada poster iklan hanya melarang belia bukan-Kristian dari menyertai program tersebut. Bahkan iklan itu pula disebar secara terang-terangan dan secara terbukanya di media-media sosial. Ini sangat biadab dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat majoriti Melayu-Islam. 

Kedua, mengapakah Kementerian Belia dan Sukan sibuk dengan agenda perpaduan negara? Sudah tidak ada kerja lain kah kementerian ini sibuk mengambil tugas dan misi Kementerian Perpaduan? Apakah ini sebenarnya satu mesej dari YB Hannah Yeoh bahawa Kementerian Perpaduan tidak buat kerja sehingga YB sibuk sibuk menolong tugas dan portfolio Kementerian Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Aaron Ago Dagang? Atau sebenarnya YB ada agenda lain?

Ketiga, apakah manfaat dan signifikannya dana dan peruntukan kementerian yang dibelanjakan, yang sumbernya datang dari seluruh rakyat Malaysia hari ini, yang majoritinya Melayu Muslim mendanai program lawatan ke gereja? Tidakkah ini satu pembaziran kepada duit rakyat? Apakah perbelanjaan dari kementerian ini suatu yang setiap majaroti rakyat Malaysia yang terdiri dari kalangan Melayu Islam redha duit mereka dibelanjakan untuk program program seperti ini? 

Hujah-hujah yang YB Hannah jawab di Dewan Parlimen dengan membawa contoh dari lawatan ke gereja yang dilakukan oleh Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula sangat jauh dari apa yang cuba YB bawa dengan inisiatif kementerian. 

Benar, Islam tidak melarang melawat gereja selagi mana ia tidak melibatkan upacara ibadat. Namun, program lawatan itu tidak bolehlah didanai dari duit kerajaan. Tidak boleh juga untuk ia dipromosikan kepada umum kerana kepentingan untuk menjaga aqidah dan pegangan agama orang-orang Islam lebih utama dari program-program yang melibatkan agama selain Islam. 

AHMAD SYAKIR NORAZLI
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)
24 Shaaban 1444H bersamaan 16 Mac 2023M – HARAKAHDAILY 16/3/2023


2. DAP membisu projek rundingan terus RM700j Sg Klang 

TINDAKAN pemimpin kanan DAP Hannah Yeoh yang juga Menteri Belia dan Sukan yang memetik nama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) berkenaan dialog antara agama di negara, hanyalah cubaan menjolok sarang tebuan bagi mengalih perhatian rakyat dari skandal melibatkan projek Sungai Klang secara rundingan terus melibatkan Menteri Besar Selangor YAB Amiruddin Saari.

Pemuda PAS Selangor yakin tindakan mereka itu menunjukkan sikap berat sebelah yang ketara apabila mereka memetik pandangan TITM daripada perspektif parti DAP yang memperjuangkan negara sekular dalam Perlembagaan parti mereka. Tindakan memainkan isu keharmonian antara agama ini adalah dibuat bagi menutup mata terhadap isu lebih besar, iaitu skandal Menteri Besar, yang melibatkan implikasi kewangan RM117 juta milik rakyat Selangor.

Pemuda PAS Selangor juga menyelar sikap DAP yang dilihat seperti singa dalam isu lawatan ke rumah ibadat bukan-Islam tetapi menjadi tikus apabila menyentuh isu skandal Menteri Besar Selangor.

Tindakan DAP ini hanya menunjukkan perangai berat sebelah apabila melibatkan isu integriti di sebelah PH selaku parti yang memerintah di Selangor. Tidak sukar untuk lihat bahawa motif sebenar DAP adalah untuk mengalih perhatian orang ramai dari skandal Selangor dan pendakwaan terpilih yang pernah mereka perjuangkan dulu terutamanya dalam isu mendiang Teoh Beng Hock.

Menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Selangor ke-15, PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung Budaya Politik Matang, Sejahtera dan memimpin Gelombang Hijau bagi memperjuangkan integriti dan sifar rasuah di negeri ini.

MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 17/3/2023


3. Selesaikan isu Jom Ziarah Gereja dengan berhemah – DHPP  
Balasubramaniam A/L Nachiappan

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) melihat bahawa polemik isu program, Jom Ziarah Gereja yang sedang hangat diperbahas dan diperdebatkan di Malaysia ketika ini perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah dan harmoni.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, Senator Balasubramaniam A/L Nachiappan berkata, program yang dijadualkan berlangsung di Klang, Selangor pada esok, 18 Mac dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Impact Malaysia itu perlu diteliti dengan sebaiknya.

“Ia penting dalam membina keharmonian masyarakat Malaysia, kerana ia adalah perkara yang sensitif berkaitan dengan agama.

“DHPP melihat bahawa program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang ingin dilaksanakan ini pada dasarnya adalah baik, namun perlu mengambil kira garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, DHPP akur tentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan larangan tegas yang ditetapkan oleh undang-undang terhadap penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. 

“PAS adalah parti yang sangat bertoleransi dengan semua agama dan bangsa, malah sangat menghormati kami sebagai anggota DHPP.

PAS tidak menghalang anggota DHPP untuk mengamalkan agama dan budaya yang kami anuti,  malah tidak memaksa kami untuk memeluk agama Islam. 

Malah pimpinan PAS turut sama menziarahi gereja dan kuil, namun ia  mestilah tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” jelas Balasubramaniam.

Tambah beliau, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam, apa yang paling penting difahami dalam hal isu ini adalah kenyataan-kenyataan tersebut dibuat dalam konteks bahawa semua bentuk hubungan, keterlibatan, lawatan atau sebagainya antara orang Islam dengan bukan Islam, baik secara individu atau kumpulan, hanya dibenarkan dalam perkara-perkara yang bukan ritual atau keagamaan.

“Ia bukan pula terbuka penyertaannya tanpa syarat, dan segala usaha mesti dibuat bagi memastikan syarat-syarat itu tidak dilanggar,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi DAP buat hal, Hannah gereja, Sg Klang DAP bisu. Lihat Balasubramaniam..

Pemimpin DAP tetap tak sedar diri, apa lagi baruanya.. 

8 comments:

Anonymous said...

Aljubori tak boleh buat apa apa Program Ziarah Gereja, Mana pergi Acah acah Power Melayu' Islamik' Tun dlm Bab ni.. kat Tweet ke main pasal Melayu' itu Melayu' ni bagai

Baru bagi Pulau Batu Putih Kat anak Lee Kwan Yew...

Bab program ziarah gereja Tun acah acah power Islamik' dah masuk lubang gua balik semula..

Pantek la kauuu semua...!!

Anonymous said...

Program2 TIDAK BERFAEDAH dan tidak berperlembagaan seperti ini hanya membazirkan masa rakyat.

Elok fokus kepada permasalan yang lebih menghimpit rakyat.

Jom anak2 muda kita ramai2 pangkah PN dalam PRU negeri tak lama lagi. Anda telah berjaya dalam PRU lalu dan anda sekali lagi akan berjaya dalam PRU negeri akan datang. Jom ramai kira tolak Pakatan Hancing!

Anonymous said...

Mp kerajaan dok sebok bangkrap negara. Promote liberal. Tibai Islam.

Unknown said...

Kah kah kah

Kerajaan pn Islam Melayu dlu kurung rakyat paling lama.

Sampai rakyat hilang pendapatan.

Senyap2 balun duit sama2 kontraktor cina.

Pilih kerajaan perpaduan prn nanti.

Anonymous said...

Kerajaan hancing dulu bawak pesakit covid dari cina. Sejuta lagi komunis tak balik ke cina. Dah join komunis dapig.

Penyamun hoi hoi ya hoi tibai khazanah. Sekarang macam suci nak hapus rasuah. Tak tahu nak gelak ker atau nak meratap.

Anonymous said...

AKHIRNYA MENTERI SOKAN HANNA YEOH DARI DAP TUNDUK DENGAN TEKANAN..

Kasi ajar menteri DAP ini cukup cukup... Tahniah pejuang pejuang Islam Dan NGO Islam semua...!!

Guna Dana kementerian anjur Ziarah Gereja dana rakyat..Tuan Guru lawat gereja guna dana sendiri..

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir berkata, agensi di bawah KBS itu akur sepenuhnya dengan arahan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Program itu sah dibatalkan susulan penggulungan Menteri di Parlimen, baru-baru ini. Tiada sesiapa menghadirinya termasuk belia Islam dan penganjuran program seumpama ini diserahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara

TAHNIAH PEJUANG ISLAM DAN NGO ISLAM

#HARAPPMXPHACHUCHENGBOLELAH

Anonymous said...

Macamana keadaan ekonomi di Kedah, Kelantan dan Terengganu....

Begitulah akan terjadi kepada Negara klau terus ditadbir geng Islam extreme dan penyakau the 2nd.

Anonymous said...

Ingat...!! Ini Kris bukan sebarang Kris ..membujur lalu melintang Cina Doll saya sondol semua.

Kamu cuba rampas (kerajaan) silakan…. Tetapi, kami (ahli PKR) siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah,” kata PMX.

Ini gelanggang saya, sebagai presiden PKR, empat bulan saya bersabar. Saya bicara cara teratur sebagai perdana menteri.

“Hari ini saya bicara sebagai presiden PKR, sebuah gerakan reformasi. Mahu ugut kita dengan perhimpunan, ugut bahawa kita takut bertindak kepada orang rasuah.

“Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan. Walaupun tidak menamakan mana-mana pemimpin pembangkang, Anwar dipercayai merujuk kepada gabungan parti Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan sebelum ini.

Kita siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah,” kata Brother Anwar Bin Ibrahim.

Kris bangkok Cinadoll bawak sekali ka..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails