Sunday, July 10, 2022

Wanita tanggal pakaian Muslimah depan penonton..

 

1. Pemuda PAS kecam tindakan wanita menghina Islam

DEWAN Pemuda PAS Kuala Kangsar mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang wanita atas perbuatan menanggalkan pakaian Muslimah di hadapan khalayak di sebuah kelab komedi.

Dalam satu rakaman video yang telah dimuatnaik oleh seorang individu telah memaparkan seorang wanita berpakaian Muslimah mengaku berasal dari Kuala Kangsar, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran. 

Setelah pengakuan tersebut dibuat, beliau telah membuka tudung dan pakaian Muslimah yang dipakainya di hadapan para penonton.

Perbuatan tersebut dilihat seolah-olah satu penghinaan terhadap ajaran agama Islam dan menjatuhkan martabat wanita Muslimah. 

Ditambah pula ianya tersebar beberapa hari sebelum sambutan perayaan umat Islam iaitu Aidil Adha. Ianya sangat mengguris hati dan perasaan umat Islam.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-An’am ayat 70:


وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِۦٓ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَآ ۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبْسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ

“Dan jauhkanlah dari orang-orang yang menjadi agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula memberi syafaat selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.” 

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar mendesak agar pihak berkuasa agama dapat menjalankan siasatan dan tindakan sewajarnya wajib diambil ke atas wanita tersebut supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

MUJAHIDIN MUSA
Ketua Pemuda
Dewan PAS Kawasan Kuala Kangsar – HARAKAHDAILY 9/7/2022

2. JAKIM siasat wanita tular hina Islam 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan menyiasat perkara yang tidak senonoh atau menghina Islam.

Senator Datuk Idris Ahmad berkata, beliau akan minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.

“Insya-Allah pihak saya tidak pernah bertolak ansur dan berdiam diri dalam perkara ini. Jika berlaku melalui media sosial pihak saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil tindakan.

“Jika kejadian itu kita tahu tempat dan kenal individu yang menghina agama maka pihak berkuasa agama negeri tersebut akan dihubungi.

“Insya-Allah inilah tertib kerja kita. Teruskan melapor, ini tanggungjawab bersama,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Baru-baru ini tular isu video wanita yang didakwa mempersenda dan menghina kesucian agama Islam. Media melaporkan wanita itu sudah dalam tindakan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada kenyataan sebelum itu katanya beliau meminta JAWI mengambil tindakan berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada dengan kadar segera.

Menurutnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, JAWI mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam dengan denda tidak melebihi tiga ribu rlngglt atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua­ duanya.

“JAWI sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 9/7/2022

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 201

1 comment:

Anonymous said...

Adakah Rafizi berani membangkitkan isu itu terhadap Zeti dan Taufiq Ayman.!?

Adakah Rafizi juga berani berhadapan dengan risiko sebagai perantara antara Anwar dan Mahathir-Muhyiddin?

Rafizi sepatutnya menghala hujahannya bukan pada Najib@ Bossku tetapi kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang merupakan bekas Pengerusi PNB.

“Budak biru” (‘budak mata-biru’) Mahathir yang dilindungi secara jenayah yang telah membuat keputusan untuk melabur dalam Sapura Energy.

Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu yang diterajui Mahathir telah bertekad untuk ‘menyelamatkan (bailout) Sapura Energy.

Semasa PH berkuasa Tun perdana menteri masa itu telah menjadi punca apabila dasar dan tindakan mereka telah mempercepatkan kemusnahan kekuatan kewangan syarikat orang Melatu yang telah mengheret Malaysia ke kancah ekonomi semasa.

Ia bermula dengan kejatuhan pelbagai pasaran yang datang selepas kemenangan PH pada 2018 yang berpunca daripada kehilangan keyakinan pelabur terhadap Mahathir.

Sepatutnya Rafizi berani menyerang konco-konco Mahathir yang masih berleluasa dalam kerajaan PN sedia ada yang mungkin ramai tidak menyedarinya.

Lebih daripada itu, kuasa ghaib Mahathir ini telah cuba menyekat dan melengah- lengahkan siasatan ke atas bekas Gabenor BNM, Zeti Akhtar Aziz, dan suaminya Tawfiq Aiman yang telah menerima sogokan dana 1MDB sebagaimana didedahkan oleh kerajaan Singapura.

Rafizi, yang sepatutnya menyerang Dr Mahathir kerana dia lah yang telah menyebabkan kehancuran kerajaan PH yang telah diberikan mandat oleh rakyat pada PRU14 (2018).

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails