Friday, July 15, 2022

Wanita: Hijab raikan fitrah & haram kahwin paksa.

 


1.  Hijab meraikan fitrah sebenar wanita

SAYA tertarik apabila semalam, al-fadhilah Ustazah Dr. Azma menceritakan dialog beliau bersama anak-anaknya yang masih kecil dan fitrah mereka masih suci untuk memahami kebenaran.

Ustazah menunjukkan gambar perhiasan berlian dan emas ini kepada anak-anaknya. Lalu ustazah bertanya:

Ustazah: “Cantik tak perhiasan ini?”

Anak-anak: “Cantik ummi.”

Ustazah: “Kalau dapat , sayang tak barang ini?”

Anak-anak: “Mestilah sayang, kalau dapat mesti nak jaga supaya tak akan hilang.”

Ustazah: “Agak-agak mahal tak barang ini?”

Anak-anak: “Mestilah mahal.”

Ustazah: “Boleh tak kita letak barang ini luar rumah?”

Anak-anak: “Mana boleh, barang ini kan cantik dan mahal. Mestilah kena simpan elok-elok.”

Ustazah: “Macam mana nak jaga?”

Anak-anak: “Kena letak dalam bekas yang cantik macam dalam gambar ni. Pastu kena simpan di tempat tertutup.”

Masya-Allah, anak sekecil itu pun sudah dapat menilai bahawa betapa berharganya nilai perhiasan.

Secara asas, sesuatu yang berharga, nilainya pasti tinggi, kita tidak akan letakkan merata-rata.

Malah, perkara cantik dan bernilai tidak boleh disentuh sesuka hati. Begitulah juga diri wanita yang merupakan perhiasan dunia. 

Hijab kubu pertama

Kejadian wanita lemah dan rapuh. Jadi wanita berhajat kepada perlindungan dan bantuan seorang lelaki yang akan melindungi mereka dan anak-anak mereka yang dicintai, lebih daripada diri dan nyawa mereka sendiri.

Maka, hijab adalah benteng pertama menjaga wanita. Wanita yang menutup aurat bererti dia mengisytiharkan dirinya bermaruah dan lelaki asing akan takut untuk dekatinya.

Wanita yang belum rosak akhlaknya akan merasa tertekan daripada pandangan-pandangan jijik para ajnabi.

Sebaliknya, wanita yang memilih tidak menutup aurat umpama sedang melawan fitrah yang suci.

Fitrah suci wanita tidak suka dilihat

Mereka terlihat sangat berdikari sehingga wali atau penjaga sudah tidak mahu ambil peduli. Namun ianya akan membahayakan mereka, membuka aurat itu umpama dia berkata bahawa ‘aku boleh didekati sesiapa sahaja.’

Contohnya di Eropah, wanita yang mendedahkan aurat merasa tertekan dengan perhatian lelaki, lalu mereka mengadu kepada polis dengan berkata ‘Lelaki-lelaki keji itu mengurung kami dalam penjara mata mereka dan menggusarkan kami.’

Wahai wanita yang ingin menonjolkan aurat, kenapa timbul tidak suka jika dirimu menjadi mangsa jenayah? Kenapa masih mahu laporkan kepada polis, kenapa tidak suka diganggu lelaki?

Sedangkan itu tujuan utama membuka aurat, supaya dapat mempertontonkan kecantikan yang ada pada wanita. 

Sedarlah bahawa, sebenarnya wanita tidak suka situasi sebegitu, itu kerana fitrah wanita tidak suka dilihat! Tidak suka ada lelaki mengganggu mereka. Maknanya, pengabaian hijab oleh kemodenan adalah menyalahi fitrah.

Namun apabila fitrah sudah dicemari wanita sendiri sudah keliru yang mana fitrah yang mana fitnah.

Fitrahnya amat takut kepada kaum lelaki bukan-mahram dan tabiatnya mahu menjauhkan dirinya daripada mereka. 

Melalui penutupan aurat, fitrahnya yang daif akan mengarahkan dan kerap memperingatkan supaya tidak membuka keinginan lelaki bukan-mahram dan tidak memberikan ruang kepada pencerobohan mereka, serta memperlihatkan bahawa jilbabnya adalah perisai dan kubu.

Supaya dikenali wanita beriman


يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِّاَزْوَاجِكَ وَبَنٰتِكَ وَنِسَاۤءِ الْمُؤْمِنِيْنَ يُدْنِيْنَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيْبِهِنَّۗ ذٰلِكَ اَدْنٰىٓ اَنْ يُّعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَۗ وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”” 

(Al-Ahzab: 59)

Ayat Ini adalah satu perintah supaya wanita mengenakan hijab. Sebelum ini wanita mukmin tidak bertudung. Mendengar arahan itu, para Sahabat pulang dengan penuh semangat membacakan ayat ini kepada isteri dan anak perempuan mereka. 

Setelah mendengarkan perintah Allah itu melalui lisan Rasulullah S.A.W itu, maka para wanita mencapai dan menarik apa sahaja kain untuk menutupi kepala mereka. Betapa tinggi ketaatan mereka kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Hikmah terbesar dikenakan hijab adalah agar maruah terpelihara dan dikenali sebagai wanita yang beriman. 

Pasti ada ujian

Ditakdirkan Nabi Adam A.S dan ibunda Hawa untuk turun ke dunia sebagai satu hukuman, hikmahnya supaya keluarlah segala sifat mahal yang tertanam dalam diri manusia. 

Bumi adalah dewan ujian dan setiap manusia perlu melalui tingkatan ujian berbeza. Melalui tekanan ujian ini, nilai seorang Muslim akan tersirna dan terlihat indah.

Namun zaman ini, semua wanita yang berhijab diuji dengan pelbagai fesyen yang berlebihan tetapi dengan bekal iman dan syariat wanita boleh merasai nikmat syurga itu sejak di dunia lagi iaitu dengan jalan mujahadah.

Nasihat ustazah, ‘Jadilah seorang wanita yang Allah kehendaki, perlulah menerima dan mengharungi ujian ini.’

Semoga kita menjadi seorang wanita yang redha dan diredhai oleh Allah S.W.T:

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا

Aku rela Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul.” 

[Hadis Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai, dan Al-Hakim]

Berdoalah semoga kita dimasukkan ke syurga atas kesabaran dan mujahadah kita ketika di dunia.

Wallahualam.

BIL HIKMAH @KU AZIZAH 
15 Julai 2021 | 5 Zulhijah 1442 – HARAKAHDAILY 15/7/2022


2. Haram paksa kahwin 

IBN Abbas berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


لا تُنْكَحُ الْأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ، وَلَا تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ

“Janganlah dikahwinkan janda sehingga diminta persetujuannya dan janganlah dikahwinkan anak dara sehingga diminta izinnya.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Mengahwinkan hak wali 

Sebelum bincang berkenaan hak wanita untuk berkahwin, kita bincang sekejap hak lelaki untuk mengahwinkan perempuan. Wanita berhak kahwin, tetapi wanita perlu dikahwinkan oleh lelaki. 

Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ

“Tidak sah nikah melainkan dengan wali.”

[Hadis Riwayat Abu Daud]

Orang yang berhak mengahwinkan wanita diistilahkan sebagai wali. Wali ada tiga jenis. Wali Mujbir, Wali Ikhtiyar dan Wali Hakim.

Wali Mujbir adalah mereka yang sah mengahwinkan wanita tanpa keizinan mereka. Wali Mujbir utama adalah bapa. Jika tiada bapa, maka datuk sebelah bapa. Jika tiada, maka moyang lelaki sebelah bapa dan begitulah seterusnya ke atas.

Jika Wali Mujbir tiada, maka hak wali pergi Wali IkhtiyarWali Ikhtiar tidak boleh kahwinkan wanita tanpa izin mereka. 

Hak Wali Ikhtiar adalah mengikut turutan berikut:

Adik beradik lelaki kandung,
Adik beradik lelaki sebapa,
Anak saudara lelaki kandung,
Anak saudara lelaki sebapa,
Bapa saudara sebelah bapa kandung,
Bapa saudara sebelah bapa sebapa.

Banyak lagi Wali Ikhtiar ini. Boleh rujuk kitab fiqh untuk senarai penuh.

Kedua kategori ini dinamakan Wali Nasab iaitu wali yang memiliki ikatan darah. 

Jika kedua jenis wali ini tiada, maka hak kahwin pergi kepada Wali Sultan.

Wali Sultan adalah kerajaan. Hak mereka juga seperti Wali Ikhtiyar. Malah ulamak mengkategorikan mereka termasuk Wali Ikhtiyar pada tertib paling akhir.

Wanita perlukan wali

Apapun, wanita tiada ruang untuk mengahwini diri mereka sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ، وَلَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ نَفْسَهَا

“Seorang perempuan tidak harus mengahwinkan perempuan lain dan tidak harus mengahwinkan dirinya sendiri.”

[Hadis Riwayat Ibn Majah]

Dalam Fiqh Manhaji ada disebut, hikmah disyariatkan wali dalam perkahwinan adalah kerana wanita memiliki sifat malu yang tinggi berbeza dengan lelaki. Islam yang sangat memahami naluri seorang wanita tidak akan membiarkan mereka terkontang-kanting menguruskan hal penting dalam hidup mereka ini.

Hikmah disyariatkan lelaki pula kerana status Qawwam yang mereka miliki. InsyaAllah kita bincang Qawwam ini pada Belaian lain. Tapi yang mengikuti tulisan ini daripada Belaian 1 sudah boleh memahami kenapa perlu lelaki.

Dari segi bahasa, wali bermaksud kasih-sayang, perlindungan dan pertolongan. Tanggungjawab seorang wali adalah memberi sepenuh kasih sayang kepada wanita. Mereka perlu buat keputusan terbaik untuk wanita.

Gadis ada hak izin 

Walaupun wali ada hak mengahwinkan wanita, tetapi mereka tidak boleh menggunakan hak itu sesuka hati. Perlu bersikap adil, insaf dan menjaga kepentingan wanita itu.

Sebab itu Rasulullah S.A.W pesan dalam hadis di atas sebelum mengahwinkan wanita, tanya mereka dahulu. Minta izin mereka dahulu.

Kalau Wali Mujbir tak minta izin, ikut mazhab Syafie ia tetap sah. Tetapi kalau tak minta izin kerana nak tunjuk kuasa, atau kerana perkara lain yang tidak bermaslahahkan kepentingan wanita itu, maka ia adalah perlakuan zalim dan berdosa. Itu yang difahami daripada hadis di atas.

Perkahwinan bukan platform meluaskan jaringan bisnes. Jangan kerana nak jadi shareholder syarikat mana-mana, kita kahwinkan anak dengan pemilik syarikat itu tanpa mengambil kira kehendak si anak. Ia adalah perlakuan zalim. Seolah memperdagangkan si anak.

Janda lebih berhak

Berpandukan hadis di atas juga, majoriti ulamak menyatakan tidak sah mana-mana wali mengahwinkan janda tanpa persetujuan mereka. Tidak kiralah janda berhias ke, janda kematian suami atau janda cerai.

Ini kerana mereka dikira sudah berpengalaman kahwin. Jadi mereka dianggap mampu buat keputusan sendiri untuk diri mereka.

Tapi perlu diingat, mereka tetap perlu meminta wali untuk menikahkan mereka. Wali pula perlu ikut sahaja jika tiada perkara yang menyalahi syarak. Jika tidak, ia juga dianggap zalim dan berdosa.

Oleh kerana wanita sifatnya pemalu, mungkin dia tak tergamak nak kata setuju. Lalu Nabi mengatakan kalau dia diam tanpa bantahan, maka dikira setujulah.

Bab ini ada beza sedikit antara janda dan dara. Kalau si janda malu nak kata setuju pun, sekurang-kurangnya kena bagi isyarat tanda setuju. Angguk ke, senyum-senyum sipu ke, kenyit-kenyit mata ke, thumbs up ke, mini love ke ikutlah apa jua yang boleh difahami tanda setuju.

Hikmah disyaratkan wali juga kepada janda supaya lelaki punya ruang memberi nasihat sebelum wanita berkahwin. Kan lebih baik kalau ada sisi pandang dari jantina berbeza.

Tengok, Islam sangat menjaga wanita. Tak akan biarkan wanita sendirian!

Rimas dengan wali? 

Jangan nampak Islam saja-saja nak tunjuk superiority lelaki. Tujuan konsep wali diterapkan supaya mencapai maqasid berkahwin; supaya perkahwinan itu mencapai kebahagiaan dunia akhirat.

Cuba letakkan kaki dalam kasut seorang ayah, betapa risaunya mereka tengok kebuayaan lelaki-lelaki di luar sana. Tambah risau mereka dengan kenaifan anak-anak gadis yang mudah diperdaya lelaki jahat. Modal ayat manis sikit, habis tergadai body.

Tengoklah mangsa love scam. Kebanyakannya wanita. Termasuklah janda. Hanya bermodalkan ayat-ayat manis copy paste, gambar kacak entah artis mana serta posting-posting yang menampakkan kemewahan dan kebaikan, ratusan ribu malah juta berjaya mereka tipu. Kalau dah tahap angau, kena tipu hidup-hidup pun, berhabis ribu riban pun, masih nak percaya lagi! 

Lelaki pun ada kena tipu. Tapi ikut rekod, wanita lebih ramai. Tambahan, kerugian yang ditanggung wanita lebih besar lagi. Bukan setakat wang, malah body sekali.

Nak kata cara Barat lebih baik dan mudah, tengoklah institusi kekeluargaan mereka. Ok ke? Walaupun yang kahwin tak berapa ramai, tapi kadar perceraian tetap tinggi. Yang gantung tak bertali lagilah.

Tempat kita pun banyak juga kes macam itu. Cuma kena sedar bukan salah ajaran Islam, tapi salah orang Islam yang tak ikut ajaran Islam seawal proses membina perkahwinan lagi. Dari bab couple sampailah bab kenduri. Macam manalah perkahwinan nak berkat. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 25/4/2022


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China &Kung Fu Fighting

Most Beautiful Nasheed in Arabic For Chinese Muslims ᴴᴰ┇Muslims in China Promote islamic Culture



Chinese Man Throws Bicycle at Thieves on Scooter!


Carl Douglas Kung Fu Fighting (Original Music Video)

2 comments:

Anonymous said...

Pelan B yang akan menyusul yang hendak dilaksanakan UMNO nnti minggu depan..!!?

Sumber memberitahu, Pelan B yang dimaksudknya sangat berisiko besar dan boleh menyebabkan situasi politik negara bergolak semula kerana ia melibatkan sokongan parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pelan B tersebut kepada umum kerana menyifatkan ia sebagai strategi parti yang perlu dirahsiakan, bagaimanapun beberapa pemimpin melihat langkah menarik sokongan hanya satu-satunya jalan untuk memaksa RoS mengikut telunjuk UMNO.

“Pelan B itu adalah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri lah, apa lagi… Sebab itu UMNO tidak mahu mendedahkan kerana rancangan itu sangat ekstrem dan boleh menyebabkan perpecahan dalaman parti lebih teruk,” kata sumber.

Menurut sumber, senario sama sebelum ini pernah berlaku di Melaka sehingga menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan dan disebabkan itu UMNO berani untuk mengambil langkah sama semasa seperti yang berlaku di Melaka.

“Di Melaka kerajaan negeri dijatuhkan sendiri oleh UMNO, tapi akhirnya bila diadakan PRN nampaknya UMNO semakin kuat.

“Langkah sama boleh berlaku di pusat dengan harapan UMNO akan menang besar seperti di Melaka nanti,” kata sumber.

Untuk rekod sebelum ini UMNO bersedia untuk menjalankan perancangan lain sekiranya tidak mahu mengikut arahan RoS supaya menjalankan pemilihan parti.

KHALAS

Anonymous said...

Tuntutan Kesultanan Sulu hasil kerja bodoh pemerintahan Tun Mahathir Anwar Ibrahim Tomy Tomas di bawah kerajaan PH.

Selepas Anwar menyanyi “tanya sama pokok (Najib) Sabah nak hilang” lalu Lahad Datu pun diserang maka , seolah olah ada sesuatu yg tak kena yang berlaku dibelakang tirai.

Apakah Mahathir sangka dengan berdiam diri maka semua masalah yang muncul akibat perbuatannya dan Tommy Thomas Ketika menjadi pemimpin kerajaan 22 bulan akan berlalu pergi begitu sahaja? Ini entri kedua bossku dalam selang 2 hari berkenaan isu tuntutan Sulu.

Bossku sudah beribu kali menulis isu terbaru berkenaan tuntutan kesultanan Sulu namun , Tun Mahathir dan Tommy Thomas sekadar berdiam diri lagi. Kalau Tun tetiba bisu mesti ada something wrong somewhere. Bila Tun bising sambil walaun Tun terkinja sekali itu mesti ada fitnah jijik sedang dijalankan.

Mahathir juga sebelum ini, sudah pun digelar ‘pengkihianat’ oleh bebrapa pihak atas Tindakan ‘solo’ nya melepaskan Pulau Batu Puteh kepada negara jiran. Rampasan aset Petronas oleh Kesultanan Sulu angkara Mahathir Anwar Si Gay Tua Mesia dan Tomy Tomas AG lantikan Tun masa PH berkuasa.

Maka kita hanya perlu guna lojik akal siapa sebenarnya dibelakang serangan Sulu di Lahad Datu?

Kronologi seperti dibawah yang kami bawakan tindakan Sultan Sulu Mat Kiram utk penilaian rakyat.

Tahun 2014: Waris Sulu tak berani saman Malaysia sebab henti membayar RM5,300 setahun.

Tahun 2015: Waris Sulu tak berani saman Malaysia.

Tahun 2016 : Waris Sulu tak berani saman Malaysia.

Tahun 2017 : Waris Sulu tak berani saman Malaysia.

Tahun 2018 : Waris Sulu tak berani saman Malaysia. Kerajaan bertukar tangan kepada PH.

July 2019 : Setelah kerajaan tukar kepada PH, waris Sulu upah peguam asing untuk saman Malaysia di mahkamah timbang tara antarabangsa. Kerajaan PH (termasuk PPBM masa itu) tak hantar peguam untuk melawan dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

Sept 2019 : Biarpun kata tak iktiraf saman tersebut, Peguam Negara Tomy Tomas dri kerajaan PH tulis surat kepada waris Sulu dengan mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar “tunggakan” dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes. (Luar biasa bodohnya Tun dan Tomy Tomas sebab sendiri kata tak iktiraf prosiding mahkamah tap tulis surat untuk settle, sendiri mengaku salah serta mengaku kesal dan mahu selesai kes dengan pampasan hanya RM48k

Mar 2022 : Peguam waris Sulu gunakan surat pengakuan salah dan kesal Peguam Negara kerajaan PH sebagai bukti Malaysia dalam mahkamah. Ini lah kerja kerja bodoh kerajaan PH di bawah barua DAP@LeeKwanYew iaitu Tun Mahathir Mohamad

Satu kontroversi apabila Peguam Negara Tommy Thomas mengirim surat untuk menawarkan bayaran tunggakan berjumlah RM48,000 sebagai jalan penyelesaian ialah satu cara seakan-akan mengiktiraf pencerobohan mereka ke atas Sabah pada 2013. Kerja bodoh Tun dan Tomy Tomas Petronas digadai.

Kesilapan besar pada bekas Peguam Negara Tomy Tomas apabila tidak mengambil penting dan telah cuai dalam hal ini.

Paling dikesali adalah mungkin atas nasihat Peguam Negara Tomy Tomas pada Tun Mahathir sebagai PM masa itu telah memohon maaf dalam jawapan nya kepada wakil Sulu, seolah olah Malaysia bersalah dan berhutang.

Nampak tak betapa sangat Bodoh Tun Mahathir kann..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails