Saturday, July 16, 2022

Tuntutan waris Sultan Sulu, kerajaan PH burukkan keadaan - Najib

 

Datuk Seri Najib Razak. - Foto hiasan NSTP/ROHANIS SHUKRI

1. Tuntutan waris Sultan Sulu, kerajaan PH burukkan keadaan - Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membidas tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang menyalahkannya berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Sabah, sedangkan kesilapan paling besar dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Najib menyifatkan kesilapan besar itu ialah tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menulis surat kepada waris Sultan Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48,000 bagi menyelesaikan kes bayaran yang dihentikan kepada waris berkenaan waris berkenaan.

Najib berkata, pendirian kerajaan Malaysia ialah tidak pernah mengiktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dan kerajaan PH juga tidak menghantar atau melantik peguam untuk mempertahan kerajaan di mahkamah timbang tara.

"Bukan setakat kerajaan PH tidak membincangkan perkara ini dalam Kabinet, biar pun ia tuntutan RM66 bilion tetapi kerajaan PH juga tidak menghantar peguam untuk mengambil bahagian semasa timbang tara.

"Paling jahanam adalah walaupun kerajaan PH mengambil pendirian kita tidak iktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu tetapi Peguam Negara kerajaan PH pula menulis surat untuk mengaku kesal, mengiktiraf waris Sulu dan menawarkan untuk membayar tunggakan RM48,000.

"Di sana tak mahu iktiraf, di sana pula tulis surat untuk iktiraf? Surat ini pula digunakan sebagai bukti dalam mahkamah timbang tara yang Malaysia mengaku salah dan kita dikenakan tuntutan membayar RM66 bilion pula," kata beliau melalui Facebooknya, malam tadi.

Semalam, Rafizi mendakwa kegagalan dan kecuaian pentadbiran kerajaan ketika diterajui Najib menjadi punca menyebabkan harta milik PETRONAS dan agensi lain terdedah tindakan sita di seluruh dunia, dalam isu tuntutan waris Sultan Sulu kepada kerajaan.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pekan itu kerana didakwa cuai dalam kes berkaitan isu tuntutan waris Sultan Sulu kepada kerajaan.

Najib mendakwa, menteri kerajaan PH cuba lepas tangan dan mengatakan mereka tidak tahu Tommy menghantar surat berkenaan.

"Tak ambil berat untuk bincang dalam Kabinet kerajaan PH, tak hantar peguam untuk mengambil bahagian dan menulis surat untuk mengaku kesal dan salah pulak? Mahu kita tak kalah," katanya. (BH)


2. Waris Sultan Sulu rampas aset PETRONAS RM8.87 bilion – Financial Times 

Kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis pada 3 Mac 2022. (FOTO Serambinews.com - Tribun)

LONDON: Dua anak syarikat milik syarikat gergasi minyak Malaysia, PETRONAS yang diperbadankan di Luxembourg didakwa telah dirampas oleh waris kesultanan Sulu yang sebelum ini menuntut sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia dengan perjanjian yang didakwa ditandatangani 144 tahun lalu.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam yang mewakili waris Sultan Sulu yang sebelum ini mendakwa memegang hak terhadap tanah di negeri Sabah berkata bahawa bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin (11 Julai).

Dua anak syarikat terbabit yang didaftarkan di Luxembourg itu ialah Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang menguruskan kepentingan gas syarikat tenaga milik PETRONAS, dilaporkan bernilai lebih daripada AS$2 billion (RM8.87 bilion).

Langkah itu, yang pertama kali dilaporkan, adalah sebahagian daripada usaha undang-undang yang dilancarkan pada 2017 oleh pewaris Sultan Sulu untuk memenangi pampasan ke atas tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878, sebelum penemuan besar sumber alam di kawasan tersebut.

Pada Mac 2022, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak RM62.59 bilion. 

Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dilaporkan telah dirampas oleh waris kesultanan Sulu yang sebelum ini menuntut sebanyak RM62.59 bilion dari Malaysia dengan perjanjian yang didakwa ditandatangani 144 tahun lalu.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara berkenaan.

Sehubungan itu, pada 3 Mac 2022, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan bagi membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis dalam memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika itu berkata, tindakan berkenaan dibuat bagi memastikan keputusan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan selain memastikan Malaysia tidak perlu membayar wang pampasan sebanyak RM62.59 bilion seperti yang dituntut waris Sultan Sulu berkenaan. – HARAKAHDAILY 12/7/2022


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO

BANGSAMORO MNLF-mujahideen in jolo-sulu MINDANAO


Bangsamoro Mujaheedin (Nasheed)




MNLF, MILF leaders sign joint declaration urging passage of BBL



Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Presiden parti liberal adalah libiliti kpd negara. Sapa yg paling awal memulakan lompat parti? Presiden parti liberal, siapa lagi?

Ingat tak masa dia cakap dia ada no untuk jadi next pm masa najib jadi pm. Dia bilang dia punya sokongan dari parti kris yg bersedia lompat parti. Dia buka saluran baru untuk jadi next pm. Lompat parti.

Akhirnya tiada sapa yg lompat waktu tu. Kempunan presiden parti liberal. Tapi sistem politik baru yg diperkenalkan makan diri. Timbalannya sendiri yg lompat. Langkah sheraton katanya.

Sekarang lompat parti dah jadi isu besar dalam kabinet. Terpaksa digubal undang undang anti lompat yg dimulakan oleh presiden parti liberal. Jahat tak presiden? Kejar jawatan selagi boleh. Peraturan politik peduli apa.

Anonymous said...

Ko dh tau c jib tu penipu, yg korg bijak pandai ni boleh kene tipu tu kenapa??? Korg la yg bodohh - 3 abdul dh gtau lama dah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails