Monday, July 11, 2022

SPRM siasat ladang durian Gunung Inas.. Sanusi, Mukhriz, Azizan?

 


Tragedi-banjir-di-baling-siapa-lulus-projek-ladang-musang-king?

KUALA LUMPUR: Genap seminggu tragedi yang mengorbankan tiga sekeluarga dalam kejadian kepala air dan banjir lumpur di Kampung Iboi, Baling, namun belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab meluluskan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas yang dikaitkan sebagai punca bencana itu.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada Mei 2020 menafikan pentadbirannya terbabit dalam projek itu, sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi menteri besar pada 2013-2016 dan 2018-2020.

Mukhriz pula dalam kenyataannya kelmarin, menegaskan penebangan pokok di Hutan Simpan Gunung Inas dimulakan kerajaan negeri pimpinan PAS antara 2008 hingga 2013 melalui pembangunan Ladang Sejahtera.

Persoalan timbul bila Ladang Sejahtera tanaman getah ditukar jadi durian

Ladang Sejahtera diluluskan di bawah pentadbiran kerajaan negeri PAS ketika itu untuk tujuan penanaman getah, namun persoalan timbul bila projek berkenaan diubah menjadi ladang Musang King.

Namun, katanya, sebaik sahaja kerajaan negeri bertukar tangan pada 2013 dengan BN kembali mentadbir, projek ladang rakyat itu telah dibatalkan, dengan hanya kawasan kecil seluas 162 hektar ditanam dengan TLC.

"Kelulusan awal untuk projek perladangan pada 2007 ialah 5,000 hektar. Selepas ia menjadi ladang durian, keluasannya meningkat hingga 12,140 hektar dalam tempoh enam tahun, antara 2013 dan 2019," katanya kepada FMT.

Sanusi berkata demikian menjawab tuduhan kerajaan pimpinan beliau dan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar antara 2008 dan 2013) harus dipersalahkan atas penanaman ladang durian di Gunung Inas yang dikatakan punca tragedi, Isnin lalu.

Penurunan harga getah punca jenis tanaman ditukar kepada durian

Dalam pada itu, seorang bekas EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kedah 2013-2018 memberitahu BH semalam keputusan menukar jenis tanaman projek ladang rakyat di puncak Gunung Inas daripada getah kepada durian pada 2013 dibuat tanpa melalui mesyuarat EXCO negeri.

Sebaliknya, beliau berkata, segala keputusan berkaitan dibuat Menteri Besar dan syarikat yang melaksanakan projek ladang rakyat berkenaan sahaja.

Beliau tidak menolak kemungkinan keputusan menukar jenis tanaman itu dibuat selepas berlaku kejatuhan harga getah yang teruk sehingga peserta ladang rakyat mengalami kerugian.

Jelasnya, ketika itu berlaku perbincangan antara Kedah Agro Sdn Bhd (KASB) dan Menteri Besar ketika itu yang kemudian memutuskan tanaman getah ditukar kepada durian bertujuan meningkatkan pendapatan negeri.

"Hal berkaitan ladang durian Musang King sebenarnya tidak banyak dibincangkan dalam mesyuarat EXCO ketika itu, kita cuma tahu KASB jumpa Menteri Besar dan kemudian tanaman ditukar daripada getah kepada durian.

"Alasan yang diberi kerana harga getah jatuh teruk sehingga kerajaan negeri tidak lagi dapat bayar dividen yang sepatutnya peserta terima ikut perjanjian ketika mereka sertai ladang rakyat dahulu," katanya.

Beliau berkata, projek ladang rakyat tidak mendatangkan masalah kepada alam sekitar kerana hanya membabitkan kerja pembinaan teres dan menanam pokok getah sahaja.

"Disebabkan itu kita tidak dengar berlaku kejadian banjir atau kepala air di kaki Gunung Inas selama ini, kerana tanaman getah tidak bawa masalah besar kepada orang ramai.

"Tetapi apabila tukar kepada durian, baru kita dengar ada banjir dan kepala air. Jika kekal getah, saya percaya semua (bencana) ini tidak berlaku," katanya.

Kelulusan EIA tak babitkan tanaman durian

Sementara itu, Ketua Pengarah Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar ketika dihubungi BH semalam mengesahkan laporan kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada Julai 2013 tidak membabitkan tanaman durian.

EIA yang diluluskan ketika itu membabitkan pembangunan ladang hutan yang mengandungi tiga komponen iaitu pembalakan dan silvikultur (penanaman semula spesies atau tumbuhan sedia ada), tebang habis bagi penanaman getah klon balak dan pembangunan hutan bagi penghasilan kayu getah dan lateks.

"Hasil siasatan JAS, satu notis arahan sudah dikeluarkan pada 10 Mac 2021 kepada penggerak projek kerana terdapat perubahan kepada konsep asal yang dilaksanakan di tapak itu, iaitu ladang hutan itu telah ditanam dengan pokok bukan pokok getah klon balak.

"Kita hanya menerima permohonan bagi pertukaran komponen kepada tanaman durian daripada pokok getah itu pada bulan lalu.

"Ketika ini, kita sedang meneliti permohonan itu dan kemungkinan perlu dibuat laporan EIA baharu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memulakan siasatan sama ada wujud unsur rasuah dan salah laku dalam pembangunan ladang durian di Gunung Inas. (BH)

BERITA BERKAITAN


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3




Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Buat keje, kelulusan smua lambat baertahun tahun nk lulus, byk sgt birokrasi, dh la balak d potong, biarkn tanah tandus kosong..

Anonymous said...

Boboi punya zaman lah...

masa Badshah ini Boboi kuat sabotaj macam Tun jugak...

Heret boboi ke mahkamah segera...

Anonymous said...

Atok kat kuat belit. Boboy ialah benih atok. Ligat juga belit si boboy.

Anonymous said...

Ahli politik veteran Daim Zainuddin menjangkakan PAS akan memperolehi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang berikutan perpecahan dalam BN dan Pakatan Harapan (PH).

Manakala, parti serpihan seperti Bersatu dan Pejuang mungkin tidak mampu bertahan pada PRU15, kata bekas menteri kewangan itu.

Parti dalam PH akan kehilangan sebilangan kerusi yang dimenangi pada 2018, katanya.

“Pembangkang tidak akan dapat majoriti kerana DAP akan kehilangan sebilangan kerusi sementara PKR akan kalah lebih lagi.

“Bagi Pejuang, saya rasa sudah habis dan begitu juga Bersatu.

“Dan jika kita tidak hati-hati, PAS akan dapat lebih banyak kerusi,” katanya yang dipetik oleh The Malaysian insight dalam satu wawancara.

Persoalannya kenapa Daim Kata perlu berhati hati..!? Daim tak perlu takut PAS dia hanya perlu takutkan jika barua barua DAP@ LeeKwanYew berkuasa..

Anonymous said...

Persoalannya bukan durian atau getah atau ....

Persoalan utama ialah kenapa gondol tanah secara meluas sekaligus hingga sebabkan hakisan. Dan tinggalkan tanah gondol tanpa tindakan sepatutnya.

Siapa pantau. Dulu mungkin banjir tak teruk sbb kawasan godol x banyak. Tapi klau skrng banyak gondol, akibatnya nyawa melayang.

Kena cerdik sikit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails