Monday, July 11, 2022

Ribut salji landa pergunungan Andes, ratusan terperangkap. & S/Arabia.

 

Anggota polis membantu mangsa yang terkandas akibat ribut salji di Los Andes, Valparaiso, Chile. - Foto REUTERS

1. Ribut salji landa pergunungan Andes, ratusan orang terperangkap

BUENOS AIRES: Lebih 400 orang termasuk pelancong dan pemandu lori terkandas dalam ribut salji di pergunungan Andes berhampiran sempadan Argentina-Chile, dengan suhu menjunam ke bawah paras beku.

Di bahagian Argentina, seramai 120 orang diselamatkan oleh polis dan tentera manakala 200 lagi masih terperangkap pada ketinggian 3,000 meter.

Pegawai dari Kampung Las Heras, Hector Tello, memberitahu media bahawa suhu turun sehingga -10 darjah Celsius dengan salji setebal lebih satu meter menutupi jalan raya.

Wilayah terbabit, kira-kira 1,200 kilometer dari barat Buenos Aires, dilanda cuaca sejuk melampau.

Tello berkata, orang ramai terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan di bandar berhampiran dengan operasi pemindahan disasarkan selesai pada hari ini.

"Keadaan cuaca berterusan buruk," katanya.

Sementara itu, pegawai polis, Hector Castro, berkata lebih 200 orang turut terkandas di bahagian Chile.

Ribut salji melanda sejak Sabtu, membadai laluan pergunungan menghubungkan dua negara dan mengakibatkan lebih 300 kenderaan terkandas.

Malah, pihak berkuasa menutup pintu masuk sempadan Los Libertadores. - AFP


2. Gunung di Arab Saudi dilanda lagi salji  Januari 3, 2022 @ 4:41pm  

Kawasan pergunungan Jabal al-Lawz di Tabuk, Arab Saudi yang dilanda salji. - Foto AGENSI

RIYADH: Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu, sekali gus menarik penduduk setempat ke wilayah itu.

Salji agak tebal kali ini berikutan gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut Arab Saudi berhampiran sempadan Jordan di wilayah Tabuk, kira-kira 200 kilometer (km) ke barat laut bandar Tabuk dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.

Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji itu, dengan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain salji dan mengambil gambar yang dikongsi di media sosial.

Ramai pengguna media sosial terkejut dengan kehadiran salji di Arab Saudi walaupun kawasan berkenaan sememangnya bercuaca sejuk.

Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga semalam manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menyatakan bahawa ribut petir akan melanda beberapa wilayah sehingga hari ini.

Susulan perkembangan itu, NCM mengeluarkan ramalan ribut petir dalam beberapa hari seterusnya disertai angin kencang di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, sempadan utara dan Al-Jawf serta wilayah Tabuk, di mana lebih banyak salji dijangka turun.

Selain itu, salji juga dijangka memenuhi kawasan di Jabal al-Lawz serta pergunungan Al Dhahr dan Alqan pada awal Ahad, dengan suhu dijangka turun di bawah 0° Celsius.

Dengan perkembangan itu, Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa pelawat dan penduduk Tabuk supaya berwaspada dalam keadaan penglihatan yang terhad dan kemungkinan hujan lebat serta guruh dijangka berterusan sehingga Isnin.

Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk turut diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk.

Pada 25 November lalu, beberapa wilayah di utara Arab Saudi juga dilitupi salji, sebahagian besarnya di Qurayyat, di mana penurunan suhu ketara dicatatkan. - AGENSI

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3




Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

MAFIA KARTEL BOLEH..!!!

Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng didapati bersalah oleh Mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perbicaraan kes Roger Ng dan perakuan Tim Leisnner bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Aziz telah di sogok untuk meluluskan bon.

Sogokan itu di terima melalui Jho Low yang mebuat bayaran dua kali kepada suami Zeti ia itu Taufeq Ayman dan wang itu di bank-in kedalam akaun bank mereka yang di buka di Singapura.

Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh Mahkamah di Brooklyn. Mahkamah Brooklyn yang sama juga ada menyebut dan mengaitkan nama Zety dan Jho Low dalam kes Roger Ng dan Tim Lessiner.

Bagaimana dengan kes Zeti Taufiq Ayman dan Navin Tan anak kroni Vincent Tan, Jho Low Nik Faisal adakah mereka terselamat juga oleh penguasa dan mahkamah kroni kartel mafia..!?

Apakah Zeti di selamatkan mahkamah mafia..!? Sedangkan isu pokok sebenar ialah Zeti, suami dan anak-anaknya telah menerima rasuah AMLA lebih RM700 juta dari Taufiq Ayman dan Jho Low sebagaimana dilaporkan media.

Hanya sekor orang Cina bernama Jho Low dan Kaum DAP@ Lee Kwan Yew tepok tangan lihat betapa bodoh bangang berdebat dan bercakaran sesama Melayu.

Lain kali segala urusan kerajaan jangan libatkan kaum Cina. Tuan mereka sebenarnya di Singapura sana bernama Lee Kwan Yew. DAP dan PAP saudara kandung kaum Cina. Masakan Pulau Batu Putih boleh terlepas begitu saja berikan pada anak Lee Kwan Yew..!!

Pulau Batu Putih baru saja digadai oleh Tun pada anak Lee Kwan Yew.. masih jugak nak barantakan lagi...agak nya apa lagi mafia Kartel Kerala nak gadai lepas ini.!?

Roger Ng didakwa membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang 1MDB juga menunggu hukuman yang sama mengubah wang dan merasuah pegawai berkaitan untuk mendapatkan perniagaan untuk Goldman.

Dengan keputusan ini , maka jelas lah siapa pencuri sebenar 1MDB dan mereka mereka di sebalik fitnah jijik dan penganaiyaan dengan dengan tanda tangan palsu dalam akaun bank Najib Razak.

Di Malaysia Nevin Tan anak kroni taikun Vincent Tan, Zety, Jho Low dan penyamun tarbus anak beranak Taufiq Ayman bebas lepas dan ada lesap terus...

Tokey Musang King makan durian mussang king kaya raya, Melayu Baling mati tertimbus lumpur musang king...

Melayu tak pernah serik 'dibabikan' oleh kaum Jho Low

Atok Boleh..!! Kartel Boleh..!! Mafia Boleh..!!

MALAYSIA BOLEH..!!!


KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails