Tuesday, July 12, 2022

P/Pinang pun alami gangguan bekalan air..

 

lokasi di Pulau Pinang masih alami gangguan bekalan air

GEORGE TOWN: Sembilan lokasi di Pulau Pinang masih mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Dua pada Rabu lepas akibat banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah.

Kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bekalan air di kebanyakan kawasan di negeri itu telah berjaya dipulihkan namun sembilan lokasi iaitu lapan di daerah Barat Daya dan satu di daerah Seberang Perai Selatan masih terganggu setakat 6 petang tadi.

“PBAPP masih lagi berusaha tanpa henti untuk memastikan bekalan air dapat dipulihkan ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak Rabu lepas,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PBAPP hari ini.

Pada Rabu lepas, operasi LRA di Sungai Dua terpaksa dihentikan selama empat jam berikutan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi susulan insiden banjir dan fenomena kepala air di Baling.

Menurut PBAPP, bagi mengurangkan kesulitan pengguna yang terjejas, bekalan air bersih akan diagih menggunakan lori tangki perbadanan itu, Pertubuhan Bomba Sukarela, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

“PBAPP turut mengagihkan bantuan air minum berbotol melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan yang terjejas di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada hospital, pusat dialisis dan kecemasan lain seperti urusan jenazah,” katanya.

Lokasi yang masih terjejas ialah Relau, Persiaran Kelicap, Jalan Kenari, Kampung Matahari Naik, Puspakom, Batu Hitam, Casia Sunway dan Permatang Damar Laut di daerah Barat Daya manakala daerah Seberang Perai Selatan melibatkan lokasi di Kompleks Penjara. – BERNAMA

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Ini bukan sketsa bukan juga perodi Ini benar benar kejadian. Orang Cina kaya raya makan besar hasil durian king, orang Melayu Muslim miskin dah ada yang maut terbenam dalam lumpur akibat banjir lumpur ladang durian musang king.

Aidiladha hari ini yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan, disambut dengan rasa pilu oleh Abd Rahman Said, 71, kerana masih terkenangkan tiga ahli keluarganya yang terkorban dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini pada Isnin lepas.

Bila lah Melayu nak sedar diri. Kenapa lah orang Melayu tak serik serik kena 'babikan' oleh kaum Jho Low ni..!?

Semua nak gadai ada pulau digadai, ada tanah tergadai ada akidah sengaja digadai. Banyak perangai haprak pemimpin mcm ini dari Utara Semenanjung. Eloklah Lingkupkan pemimpin Melayu jenis bengap, bodoh dan tak ada jati diri PRU15 nanti.

Bencana itu menyebabkan isterinya Salmah Mat Akib, 53, anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, dan menantunya yang sedang hamil empat bulan Nurul Anis Abu Hassan, 23, maut apabila rumah mereka di Kampung Iboi di sini dihanyutkan arus deras.

“Bukan tidak mahu melupakan kejadian itu tetapi saya masih sedih teringatkan isteri.

Kaum Cina dapat Musang King, penduduk Kg Melayu mandi lumpur kebun musang king. Nnpknya tak serik2 orang Melayu kena 'babikan' oleh kaum ni.

Cukup cukup lah kena 'babikan' oleh kaum Jho Low ini. Seronok sangat ke kena 'babikan' oleh kaum Jho Low ini..!? Bila lagi nak helok nyer orang Melayu nihh..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails