Wednesday, July 13, 2022

PAS mampu menangi lebih lagi, ramal Daim. & Pilihanku..

 


1. PRU15: Ramalan Daim bakar semangat PAS

KOTA BHARU: PAS berharap ramalan ahli politik veteran, Tun Daim Zainuddin yang menjangka parti itu mampu memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi kenyataan.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyertaan PAS dalam kerajaan hari ini memberi impak sangat besar dalam merubah tanggapan serta persepsi rakyat terhadap parti itu.

Namun beliau berkata, kenyataan tersebut tidak membuatkan PAS berpuas hati dengan gerak kerja yang dilakukan, malah ramalan itu sebagai satu pembakar semangat untuk terus bekerja bagi kesejahteraan rakyat.

“Kita harus bekerja keras dan ahli parti mesti tunjuk contoh terbaik dalam konteks kekuatan parti kita. Saya rasa dalam kemelut politik yang tidak stabil sekarang, PAS dilihat lebih stabil.

“Kita tiada masalah dalam pemilihan parti musim pilihan raya ke, selepas ke, kita berjalan ikut jadual dan kita tiada team rebut jawatan dalam parti rebut, ini pendedahan baik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Rakyat Aidiladha Parlimen Kubang Kerian di ruang legar Masjid at Taqwa Bandar Satelit Pasir Tumboh di sini, semalam.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, keberadaan PAS dalam kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob serta prestasi kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS turut memberi kesan sama.

Katanya, lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan serta kejayaan pentadbiran di Terengganu dan Kedah sedikit sebanyak mengubah tanggapan rakyat terhadap kemampuan PAS.

“Penyokong PAS hendaklah bekerja keras. Saya rasa PAS punya masa depan yang cerah dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh pimpinan dan ahli kita sendiri.

“Ini merupakan pendedahan terhadap penerimaan rakyat, mereka boleh menilai kerajaan Kelantan, Terengganu, Kedah, kerajaan Pusat sehingga sebahagian rakyat mula mengenali PAS,” katanya.

Daim sebelum ini meramalkan PAS akan memperolehi kejayaan dan kemenangan besar dalam PRU15 ekoran perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN). – HARAKAHDAILY 13/7/2022

2. PAS PILIHANKU: Semarakkan kempen di negeri dan kawasan 


SAMBUTAN yang gemilang semasa pelancaran kempen PAS PILIHANKU 4.0 yang diadakan di Sik, Kedah baru-baru ini telah berjaya melonjakkan pencapaian daftar keahlian PAS di seluruh negara.

Bukan sahaja Badan Perhubungan PAS Negeri atau Wilayah sahaja yang telah memberikan tarikh pelancaran, malah PAS di peringkat kawasan-kawasan juga telah mula menetapkan tarikh untuk pelancarannya.

Bulan ini sahaja, tiga buah negeri telahpun menetapkan tarikh pelancaran pada bulan Julai ini iaitu Negeri Sembilan pada 17 Julai, di Kedah pada 21-23 Julai manakala di Pahang pada 31 Julai 2022.

PAS Negeri Sabah dan Sarawak menetapkan tarikh 6 Ogos untuk pelancaran manakala PAS Negeri Selangor memilih 14 Ogos sebagai tarikh pelancaran.

PAS Pusat mensasarkan sekurang-kurangnya sejumlah 10,000 pertambahan keahlian baharu pada setiap bulan bermula bulan Julai 2022 sehingga Disember 2022.

Setiap PAS kawasan telah ditetapkan jumlah minima yang perlu dicapai bagi memastikan sasaran ini tercapai.

Kempen PAS PILIHANKU selain dari usaha PAS untuk menambah keahliannya, ia juga merupakan inisiatif untuk memperkenalkan PAS kepada rakyat.

Kaedah pelancaran kempen ini adalah bergantung kepada kreativiti di semua peringkat, apa yang pentingnya ia mampu menarik sokongan rakyat kepada perjuangan PAS.

Pelancaran di peringkat PAS Kawasan akan disusuli selepas selesai pelancaran di peringkat negeri masing-masing.

Sekian. Wassalam.

“PAS Pilihanku ; PAS Untuk Semua”

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Penolong Setiausaha Agung PAS 
Pengarah Kempen PAS PILIHANKU 4.0
13 Zulhijjah 1443 / 13 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 13/7/2022

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 1.

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Kawasan Musang King dibalak ketika zaman Mukhriz. Tubuhkan RCI dan Tangkap Mukhriz Tun Mahathir sekarang..!!!

Mukhriz berkata, walaupun penanaman durian dikaitkan sebagai punca utama bencana berkenaan, namun perlu dilihat bahawa kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007, dan dijenamakan Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Ini beberapa senarai exco Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir selaku Menteri Kedah pada 2018 : Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan.

Sesuatu yang pelik apabila Mukhriz Mahathir seolah-olah menafikan hal berkaitan ladang Musang King, sedangkan segalanya berlaku seperti apa yang dijelaskan dalam kronologi adalah ketika beliau menjadi Menteri Besar.

- Datuk Dr Ismail Salleh: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)

- Tan Kok Yew: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan

- Zamri Yusuf: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga

- Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama.

Selepas penafian Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kelulusan ladang Musang King di Baling, kini Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunding jari pula kepada seorang lagi bekas MB, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Itu lah respon 'bukan salah saya' Mukhriz Mahathir yang fokus melakukan ungkitan dan cubaan mengalihkan isu yang terpalit dengannya berkaitan Musang King di Gunung Inas.

Sehebat-hebat Mukhriz, anak bangsawan ini tidak dapat melindungi fakta sejarah dua kali beliau dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah di pertengahan jalan.

Mukhriz tidak pernah memegang jawatan Menteri Besar Kedah dari awal hingga ke akhir seperti mana menteri besar yang lain.

Sekiranya gagal menangkap Mukhriz Tun Mahathir, PRU 15 rakyat Kedah boleh melingkupkan boboi dimana dia bertanding nanti.

Tangkap Mukhriz Tun Mahathir dan lingkupkan boboi dimana saja dia bertanding PRU 15 nanti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails