Wednesday, July 13, 2022

Murtad bukan bidang kuasa mahkamah sivil. & SUHAKAM keliru.

 

Datuk Ahmad Kamal Md Shahid

1. Murtad bukan bidang kuasa mahkamah sivil – hakim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tiada bidang kuasa mahkamah sivil untuk menyemak keputusan mahkamah syariah dalam soal permohonan untuk keluar daripada agama Islam.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian melalui e-mel pada 15 Jun lalu selepas menolak permohonan seorang wanita berusia 32 tahun untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk murtad bagi menganuti ajaran Buddha dan Konfusianisme.

Dalam alasan penghakiman secara bertulis penuh yang diperoleh media hari ini, Ahmad Kamal berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A) mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung sebarang perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Katanya, intipati kes ini ialah permohonan wanita itu untuk semakan kehakiman terhadap keputusan mahkamah syariah yang telah menolak permintaannya untuk meninggalkan agama Islam.

Hakim itu berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu dan keputusan itu juga tidak menyalahi undang-undang.

“Bagi saya, tidak kira apa keputusan itu tetapi isu paling penting ia bukan bidang kuasa mahkamah sivil untuk mendengar perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah atau menyemak semula keputusan mahkamah syariah berhubung kes permohonan murtad,” katanya.

Pemohon tersebut adalah anak kepada seorang bapa mualaf dan ibu kelahiran Islam.

Wanita itu memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 2018 untuk mendapatkan perintah keluar daripada Islam.

Mahkamah tersebut kemudian memerintahkan wanita itu menghadiri 12 sesi kaunseling sebelum menolak permohonan untuk keluar daripada agama Islam pada 27 Julai 2020. – BERNAMA


2. Pendirian SUHAKAM berkenaan undang-undang murtad mengelirukan Oktober 28, 2021 @ 1:35pm 

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menyatakan semua undang-undang murtad syariah sebagai diskriminasi melanggar Perkara 8 Perlembagaan adalah mengelirukan dan disalah tafsir.

Justeru, Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap badan itu dalam menggunakan tafsiran undang-undang yang tidak konvensional dan memesong dalam mempromosikan hak asasi manusia.

SUHAKAM dalam kenyataan pertengahan penggal baru-baru ini menyatakan, "Dengan ketiadaan sebarang pengecualian yang sah dan klasifikasi rasional, SUHAKAM mendapati bahawa undang-undang murtad negeri di Malaysia adalah satu diskriminasi dan lebih berkemungkinan mengganggu kebebasan beragama umat Islam."

Mengulas kenyataan itu, MACSA dan PPMM berpendapat, kaedah salah yang digunakan SUHAKAM itu hanya akan memupuk perpecahan yang mendalam dalam masyarakat dan mencemarkan reputasi pergerakan hak asasi manusia di Malaysia.

Menurut kenyataan dikeluarkan Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar serta Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias hari ini, mereka menjelaskan bahawa SUHAKAM gagal memahami dualiti undang-undang yang termaktub dan terpakai dalam Perlembagaan khususnya Perkara 8(2), Perkara 8(5)(a) serta butiran 1 senarai II Jadual Ke-9 (Senarai bidangkuasa perundangan Negeri).

"Melalui senarai perundangan inilah semua kesalahan jenayah syariah mendapat sumber kuasanya. Mana-mana undang-undang jenayah syariah yang digubal mana-mana badan perundangan negeri menurut Jadual Ke-9 adalah sah dan berperlembagaan dan tidak boleh dianggap sebagai melanggar Perkara 8 secara diskriminasi.

"Biarpun Melayu/Bumiputra Muslim adalah golongan majoriti di negara ini, umat Islam tertakluk kepada kedua-dua undang-undang sivil dan syariah.

"Ini bermakna orang Islam akan tertakluk kepada kesalahan jenayah di bawah undang-undang syariah terhadap perlakuan yang mana bukan Islam bebas untuk melakukannya tanpa sebarang hukuman. Secara teknikal ini dengan sendirinya adalah satu bentuk diskriminasi berdasarkan agama dan kepercayaan," katanya.

Oleh itu katanya, tidak difahami bagaimana SUHAKAM boleh menghujahkan mana-mana undang-undang syariah sebagai diskriminasi yang melanggar Perkara 8, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada SUHAKAM sebagai sebuah agensi kerajaan sudah mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara dalam mentafsir perlembagaan.

"SUHAKAM mesti telus sama ada ia sudah mentafsir perlembagaan sewenang-wenangnya atau sudah meminta pandangan berwibawa daripada Peguam Negara.

"MACSA dan PPMM menyeru SUHAKAM menegakkan Perlembagaan dalam mempromosikan hak asasi manusia di Malaysia. Menggunakan kaedah tidak jujur atau lurus untuk mempromosikan hak asasi manusia hanya akan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap SUHAKAM dan pergerakan hak asasi manusia," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimMurtad bukan bidang kuasa mahkamah sivil. Bagaimana SUHAKAM boleh jadi keliru? Perlukah pihak-pihak tertentu menyiasat?


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Penyamun terbesar kat sini ialah parti legasi komunis. Nak bagi rakyat pulau pinang minum terpaksa samun air kedah. Loklak betul akar umbi dan pimpinan parti liberal. Cakap tak serupa bikin.

Lepas tu buat fitnah kat parti lain. Jangan lupa janji presiden: hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun. Ingat janji ini, ingat presiden parti liberal.

Anonymous said...

Bila ko lantik pengerusi suhakam yg islam tapi tk mendalami dan hidup cara islam, gitu la jadinya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails