Tuesday, July 12, 2022

Lagi dalih Mukhriz, tuduh Ahmad Bashah..

 

TERKINI: Ahmad Bashah buat keputusan tanam durian - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa penanaman durian Musang King di ladang hutan di Gunung Inas, Baling, Kedah dibuat ketika pentadbiran Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu membuat keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian Musang King.

"Anak syarikat kerajaan Kedah, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan terbabit bagaimanapun, gagal melaksanakannya.

"Selepas itu, Aman Mega Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih tanggung jawab itu, tetapi syarikat itu dibeli oleh syarikat ECK.

"Ketika pentadbiran Ahmad Bashah, ECK dibenarkan menanam durian," katanya melalui kenyataan media, di sini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, dilaporkan menafikan pentadbirannya terbabit dalam projek itu, sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Mukhriz yang menjadi menteri besar pada 2013 hingga 2016 dan 2018 hingga 2020.

Menurut Mukhriz, untuk rekod syarikat ECK yang menaja pasukan bolasepak Kedah (KFA) ketika itu, kemudian dianugerah projek mega lapangan terbang antarabangsa Kulim (KXP) oleh Sanusi.

Katanya, Sanusi bagaimanapun, membatalkan anugerah itu kerana akhirnya terbukti ECK tidak mampu melaksanakan projek mega berkenaan.

Pada masa sama, Mukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai menteri besar pada tahun 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20 peratus sahaja.

Malah beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesis pokok hutan yang lain.

"Perlu diingatkan sekali lagi bahawa penanaman semula, walaupun membabitkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.

"Bencana itu tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk tujuan pembalakan pokok bernilai tinggi dan aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013," katanya.

Mukhriz berkata, meskipun kebanyakan pihak menganggap bahawa penanaman durian Musang King mengakibatkan bencana perlu dilihat juga bahawa kawasan Hutan Simpan Kekal di Gunung Inas sudah ditukar statusnya kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007 dan dijenamakan Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Beliau berkata, ia menyebabkan pokok hutan terpaksa ditebang untuk melaksanakan ladang di atas tanah terbabit.

Mukhriz turut mempersoalkan sama ada kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dibuat ketika kerja tebang bersih itu dilakukan.

"Yang ditebang bukan hanya pokok bernilai tinggi, tetapi ditebang bersih atau cuci mangkuk untuk penanaman semula pokok TLC atau pokok hutan yang diluluskan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).

"Inilah yang dilakukan oleh kerajaan PAS seperti yang diakui oleh menteri besar sendiri.

"Sekitar 2012 hingga 2013, saya antara pihak yang membantah projek Ladang Sejahtera di Kedah, bukan kerana pokok yang hendak ditanam, tetapi kerana hutan simpan digondolkan," katanya.

Mukhriz berkata, dengan penjelasan dibuatnya, pihaknya meminta supaya tiada lagi pihak membuat tuduhan liar terhadapnya dan kerajaan negeri yang beliau terajui sebelum ini, semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dari kebenaran.

Sementara itu, BH sedang menghubungi Ahmad Bashah untuk mendapatkan penjelasan lanjut. (BH)

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Udah.....Em bee kata Mukhriz gagalkan ladang sejahtera.


Sedangkan perancangan awal ladang itupun dah GAGAL kekalkan alam semulajadi.

Semua salahkan orang. Islam ketinggalan dibawah parti Islam semdiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails