Sunday, July 10, 2022

Hasut ganas terhadap PM S'pura & 5 militan maut di S/Thai.

 

Sebuah komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit dirampas polis. - Foto CNA/SPF

1. Lelaki hasut keganasan terhadap PM Singapura ditahan

SINGAPURA. Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan, semalam, selepas disyaki terbabit dalam menghasut keganasan terhadap Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Pihak polis menerima laporan itu kira-kira jam 3.10 petang, semalam, mengenai ancaman menghasut keganasan terhadap Perdana Menteri.

Ancaman itu dibuat menerusi laman Facebook CNA pada hantaran mengenai kejadian tembakan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Menerusi siasatan susulan, pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF) sudah mengenal pasti identiti pengguna Facebook berkenaan.

Lelaki itu kemudian ditahan dalam tempoh lima jam selepas laporan itu, kata polis, sambil menambah sebuah komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit turut dirampas.

Siasatan polis bagaimanapun sedang dijalankan.

Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan membuat atau menyampaikan apa-apa rekod elektronik yang mengandungi sebarang hasutan kepada keganasan akan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Menurut SPF, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang mencetuskan keganasan di negara itu. - AGENSI


2. 5 dipercayai anggota militan maut di Selatan Thailand

BANGKOK: Lima lelaki dipercayai anggota militan maut dalam tiga insiden berbalas tembakan selepas pihak berkuasa Thailand melancarkan operasi membanteras kumpulan militan di Yala, Pattani dan Narathiwat.

Dalam insiden terbaharu di daerah Raman, Yala semalam menyaksikan dua anggota militan maut.

Ketua Polis Kota Bharu Raman, Kolonel Rattaponchai Pensongkram, berkata dalam insiden pada jam 3 pagi (waktu tempatan) itu, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian sekumpulan anggota militan.

"Menyedari kehadiran pasukan keselamatan, anggota militan cuba meloloskan diri dan menyebabkan berlaku insiden berbalas tembakan. Pasukan keselamatan kemudian menemukan dua mayat dan senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, pada satu sidang media, Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata, pasukan keselamatan turut menahan lapan militan yang menyerah diri, dipercayai anggota Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO).

Beliau berkata, pada 5 Julai pasukan keselamatan menemukan mayat seorang lelaki dipercayai anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Patani dan turut menahan seorang lelaki di Yala.

"Dua hari kemudian, dua lagi militan maut di Rueso, Narathiwat manakala beberapa lelaki bersenjata berjaya meloloskan diri," katanya. – BERNAMA


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 201

4 comments:

Anonymous said...

Kat malaysia ada team menghasut supaya benci Islam. Macam legasi komunis beri nafkah pada team mat sabun supaya hasut melayu benci Islam. Tak caya tanya mat sabun. Suruh bersumpah tak terima nafkah dari legasi komunis.

Anonymous said...

Ini bukan sketsa bukan juga perodi Ini benar benar kejadian. Orang Cina kaya raya makan besar hasil durian king, orang Melayu Muslim miskin dan maut banjir lumpur ladang durian king.

Aidiladha hari ini yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan, disambut dengan rasa pilu oleh Abd Rahman Said, 71, kerana masih terkenangkan tiga ahli keluarganya yang terkorban dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini pada Isnin lepas.

Bila lah Melayu nak sedar diri. Kenapa lah orang Melayu tak serik serik kena 'babikan' oleh kaum Jho Low ni..!?

Semua nak gadai ada pulau digadai, ada tanah tergadai ada akidah sengaja digadai. Lingkupkan pemimpin Melayu jenis bengap, bodoh dan tak ada jati diri PRU15 nanti.

Bencana itu menyebabkan isterinya Salmah Mat Akib, 53, anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, dan menantunya yang sedang hamil empat bulan Nurul Anis Abu Hassan, 23, maut apabila rumah mereka di Kampung Iboi di sini dihanyutkan arus deras.

“Bukan tidak mahu melupakan kejadian itu tetapi saya masih sedih teringatkan isteri.

Kaum Cina dapat Musang King, penduduk Kg Melayu mandi lumpur kebun musang king. Nnpknya tak serik2 orang Melayu kena 'babikan' oleh kaum ni.

Cukup cukup lah kena 'babikan' oleh kaum Jho Low ini.

Anonymous said...

Ladang besar musang king ada d kedah dan perak d miliki oleh tokay cina yg sma, yg luluskan MB melayu..
Yg terpekek terlolong susah org mlyu, yg kunun jadi pembela org melayu cari salah prti politik mana yg kne tngungjwp..
Tokey cina senyul pereti dzri jauh, MB mlyu dh dlm gengaman..
Yg salah cina DAP..
Org mlyu percaya..
Kes selesai...

Anonymous said...

Bukan semua org melayu lupa daratan. Masih ramai yg tolak rasuah dan sekongkol dengan musang king. Boboy bukan melayu. Atok bukan melayu. Ada segelintir jer yg tunduk kepada rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails