Friday, December 10, 2021

Tony Pua sombong dan tidak disukai kata Tun

 


MEMOIR terbaru bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berjudul ‘Capturing Hope: The Struggle Continues For a New Malaysia’ seakan satu malapetaka besar buat DAP. 

Ia menelanjangkan tindak-tanduk DAP di dalam Kerajaan Persekutuan sepanjang 22 bulan pemerintahan PH yang ramai tidak tahu.

Ada yang mengatakan bahawa dendam Tun terhadap DAP sebenarnya tidak berkesudahan walaupun beliau pernah mengetuai Kerajaan PH yang turut didukung DAP. 

Setelah tersingkir sebagai Perdana Menteri dan ditendang keluar oleh PH Tun terus mendedahkan masalah yang melibatkan DAP seakan memberi isyarat pada rakyat untuk menolak parti berkenaan.

Dalam buku terbaru beliau itu Tun mendedahkan bahawa pemimpin Jawatankuasa Pusat DAP Tony Pua (Ahli Parlimen Damansara) yang semasa PH memerintah merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah bertindak angkuh dan melampaui batas bidangkuasanya sebagai seorang Setiausaha Politik. 

Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Penasihat Guan Eng untuk mencampuri urusan kerajaan. (Tony kini memegang jawatan Setiausaha Publisiti dalam kepimpinan DAP Pusat)

Malah Tun mendakwa gelagat Tony lah yang mengakibatkan ramai yang menentang Kerajaan PH kerana merasakan kerajaan tidak bersimpati dengan nasib mereka.

Tony kata Tun seorang yang ‘arrogant’ atau sombong dan tidak disukai oleh komuniti ahli perniagaan ketika beliau duduk dalam kerajaan.

Laporan Utusan Malaysia semasa pelancaran buku terbaru Tun:

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berlagak seperti seorang Menteri semasa menjadi Setiausaha Politik.

“Menurut Dr. Mahathir, Pua sebagai Setiausaha Politik sepatutnya memberikan laporan mengenai politik negara dan bukannya ke sana ke sini melaksanakan dasar kerajaan.

“Dr. Mahathir menambah sikap demikian telah menyebabkan komuniti perniagaan menolak kerajaan PH.”

The Star pula melaporkan Tun sebagai berkata:

“… Setiausaha Politik ini (Tony Pua) telah mengarahkan (kakitangan Kementerian) agar memberi taklimat kepada beliau dari hal dasar-dasar kerajaan dan telah memanggil mesyuarat berkenaan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan”.

Jika benar dakwaan Tun, DAP rupanya telah menggunakan sepenuh kesempatan sepanjang pemerintahan PH untuk menguasai kerajaan. Kerana itu PAS mendakwa DAP mendominasi Kerajaan PH.

Tulisan Tun ini mengesahkan memang DAP begitu, demikianlah bahaya apabila kaduk naik junjung. Terima kasih Tun atas pendedahan ini, biar rakyat kenal dan segera menjauhi DAP selama-lamanya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1657576027915060/

3 comments:

Anonymous said...

Awas kenyataan lidah bercabang. Bila nak mati mitak nyawa atok akan kata DAP okeyy..

Bila dia nak mati mintak nyawa bermusuhan dengan DAP Tun cuba tonjolkan acah acah power Melayu Islamik.. Acah acah Melayu Islamik ini akan beeterusan hingga PRU 15 untuk meraih sempati sambil teresak esak menangus keluar air mata buayanya kunun demi orang Melayu sedangjan matlamat nya utk selamatkan Boboi dan PejWang.

Bila dah dapat kuasa balik Tun akan buat buat lupa dan janji mula dicapati sambil kencing berdiri mengutuk bangsanya semula sebagai Melayu Pemalas Melayu tak tahu berniaga sambil bailout dan beri projek jota jota pada kroni Cina dan balilout perniagaan anak anak nya...

Sifir Tun ini mudah dibaca tapi ramai orang Melayu mudah lupa dan termakan umpan gula gula Tun ini..

#lingkupkanBoboiMelingkupTun@PejWang

Anonymous said...

Boleh kah Bossku bertanding PRU 15..!?

Hanya ada dua jalan sahaja.

1. Pertama Najib berjaya dalam Rayuannya di Mahkamah Persekutuan.Maksudnya Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membawa kesan sabitan dan hukuman penjara dan denda ke atas Najib dibatalkan.

2. Kedua, jika Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Najib dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, maka satu-satu jalan yang ada pada Najib untuk layak menjadi calon PRU-15 ialah dengan mendapatkan pengampunan Diraja dari Yang di-Pertuan Agong.

Kesimpulannya, tarikh bilakah PRU-15 akan diadakan dan bilakah tarikh rayuan Najib akan didengar di Mahkamah Persekutuan serta apakah keputusan Mahkamah Persekutuan itu nanti adalah faktor-faktor yang penting untuk menentukan sama ada Najib layak menjadi calon PRU-15 atau pun tidak.

Apa la kecoh kepoh sangat klu Bossku tak boleh letan anak Bossku calon Proksi di Pekan sambil Bossku ke sana ke sini ke hulu ke hilior berkempan nanti untuk manang bergaya di Pekan.

Bila dah dapat pengampunan atah batalkan hukuman Proksi nya akan letak jawatan ban bagi laluan pafa Bossku jadi calon MP.

Kalau Bang Non bole buat di Port Dickson Bossku pun bole jugak...

what the hell lahhhh..!!

Anonymous said...

Atuk kerala, abang besar ultra kiasu roket , atuk liberal mata satu dan mike syabu al-syiah adalah ular lidah bercabang suka membelit dan kencing yang disokong oleh puak zombie otak mati. Puak ular ini disokong oleh kepala bapak ular zionis.

Cukuplah 22 bulan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails