Sunday, December 05, 2021

Operasi tentera China dekat Taiwan akan berlaku di M'sia-S'pura?

 

 Hiasan. FOTO AFP

AS 'risau' operasi tentera China berdekatan Taiwan

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin mendakwa operasi ketenteraan China besar-besaran berhampiran Taiwan ibarat 'latihan berperang'.

"Ia kelihatan seperti mereka menonjolkan keupayaan sebenar mereka. Ia kelihatan seperti latihan peperangan," katanya ketika berucap di Forum Pertahanan Kebangsaan di Perpustakaan Presiden Reagan di Simi Valley, California.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tentera China melancarkan beberapa siri operasi tentera laut dan udara yang agresif berhampiran Taiwan.

Dalam ucapannya yang ditujukan kepada China, Austin turut menggariskan 'perbezaan sebenar' pendirian antara Washington dengan Beijing.

Dakwanya, China kini satu-satunya negara mampu menggunakan 'kuasa ekonomi, diplomatik, ketenteraan dan teknologinya' untuk mencabar secara berterusan sistem antarabangsa yang stabil dan terbuka.

Namun katanya, dua kuasa besar ini memiliki 'perbezaan yang nyata dari segi kepentingan dan nilai' tetapi bagaimana ia diuruskan itu lebih utama.

"Ia menyentuh ketidakpuasan hati terhadap peraturan yang ada dan matlamat mereka mahu menggantikan AS sebagai pemimpin global.

"Namun kami bukan mahu mencetuskan konfrontasi atau konlik. Kami tidak mahu Perang Dingin baharu atau dunia dipecahkan kepada blok tertentu," katanya.

Dalam menghadapi cabaran China, Austin berkata, AS mungkin mengukuhkan persefahaman di rantau itu termasuklah melakukan latihan ketenteraan bersama.

"Kami berpegang teguh terhadap dasar 'Satu China'. Kami komited terhadap Akta Perhubungan Taiwan untuk menyokong negara itu mempertahankan diri dan menentang sebarang tindakan kekerasan yang menjejaskan keselamatan Taiwan," katanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Komen ini diangkat dari artikal: Beijing tambak laut dekat Taiwan. Proses 'hukum rimba'?

Nampaknya, hukum dan perundangan di dunia antarabangsa masakini, tak ubahnya seperti 'hukum rimba', hukum siapa kuat, dia berkuasa dan menang.

Contohnya Israel, sebelumnya Yahudi tidak ada negeri. Bersepah-sepah jadi pelarian bangsat di seluruh dunia. Negara Israel yang ada sekarang adalah asalnya milik Palestin, dipaksakan kepada Palestin supaya menerima perjanjian itu pada tahun 1948. Dengan perjanjian itulah hingga sekarang Yahudi bangsat itu memperluaskan jajahannya ke atas bumi Palestin, sebagai samseng dunia.

Begitu juga di Asia Tenggara, Pulau Singapura juga adalah milik Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Tetapi akhirnya melalui penjajah juga di'sedekah'kan kepada Cina Lee Kuan Yew. Maka bebaslah mereka seperti Israel yang mulanya menumpang bumi Palestin, akhirnya terus memperluaskan jajahannya. 

Itulah yang berlaku sekarang, termasuk dalam kes Pulau Batu Putih, di Johor yang dulunya milik Malaysia, termasuk seluruh Pulau Singapura itu sekali. 

Tiba-tiba peliknya, ada pula puak-puak talibarut penjajah yang sedang berkempen di Malaysia, 'lupakan Singapura'. Adakah mereka berkerja untuk PAP Singapura atau DAP Malaysia? Atau terus langsung dengan Zionis?

Apakah dalam kes Pulau Batu Putih ini akan berlaku tambakan laut seperti yang berlaku antara Beijing dengan Taiwan?

Na 'au zubillahi minzalik.

Artikal: Beijing tambak laut dekat Taiwan. Proses 'hukum rimba'?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails