Monday, December 06, 2021

Ini, berhibur berbikini.. Parti liar kolam renang diserbu, 299 ditahan

 

Anggota polis menyerbu parti liar kolam renang yang diadakan di sebuah kelab persendirian di Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Seramai 189 lelaki dan 110 wanita ditahan selepas terbabit dalam aktiviti parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini, malam tadi.

Serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Dalam serbuan jam 10.50 malam tadi, sebahagian wanita berbikini sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur.

Anggota polis menyerbu parti liar kolam renang yang diadakan di sebuah kelab persendirian di Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah

Daripada keseluruhan yang ditahan seramai 158 lelaki dan 55 wanita warga asing bersama 31 lelaki dan 55 wanita tempatan terbabit dalam aktiviti parti liar yang bermula jam 4 petang tadi.

Difahamkan, ketika ini, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur sedang menjalankan ujian air kencing bagi memastikan semua individu yang menyertai parti ini terbabit dalam dadah atau sebaliknya.

Setiap individu dipercayai dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk menyertai parti liar yang dijemput menerusi aplikasi media sosial dengan disediakan menyediakan minuman keras dan makanan ringan.

Setiap individu dipercayai dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk menyertai parti liar yang dijemput menerusi aplikasi media sosial. - NSTP/Asyraf Hamzah

Aktiviti parti liar yang dipercayai bermula jam 4 petang tadi. - NSTP/Asyraf Hamzah
Seramai 189 lelaki dan 110 wanita ditahan. - NSTP/Asyraf Hamzah
Serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. - NSTP/Asyraf Hamzah

1 comment:

Anonymous said...

Orang Islam yang menyokong dan mengundi puak ultra kiasu dan barua-barua liberal ternakan mereka yang berjuang dan membela industri dosa besar seperti arak dan judi adalah sama seperti menyokong industri dosa besar dan sama-sama dapat saham dosa besar. Bila mati , boleh ikut boss kafir masuk neraka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails