Sunday, December 05, 2021

PRN Sarawak: 10 fakta menarik tentang PAS

 

Oleh DR NAJAHUDIN LATEH

PAS akan bertanding satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 18 Disember 2021, iaitu di N.29 DUN Beting Maro melalui calon Mohammad Arifiriazul Paijo.

Berikut adalah 10 fakta menarik tentang penyertaan PAS dalam PRN tersebut.

1. PAS Sarawak secara rasmi ditubuhkan pada 22 September 1996 dan ketika mula bertanding pada PRN kelapan pada tahun 2001. PAS hanya mempunyai satu kawasan berdaftar, iaitu Petra Jaya dan dua kawasan tidak berdaftar dengan jumlah ahli sekitar 1,000 orang.

2. N.21 Beting Maro (ditukar kepada N.24 dan kini N.29) wujud menggantikan DUN Beladin mulai PRN 1996 dengan calon Bebas, Haji Ali Husain Sain mendapat undi signifikan sebanyak 1,506 dan tewas satu lawan satu dengan majoriti 2,230 undi.

3. Beting Maro satu-satunya DUN yang PAS konsisten bertanding sejak tahun 2001, iaitu di tiga DUN pada ketika itu (N.07 Samariang, N.18 Sadong Jaya dan N.21 Beting Maro); tahun 2006 di satu DUN (N.24 Beting Maro); tahun 2011 di lima DUN (N.03 Tanjung Datu, N.15 Muara Tuang, N.20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau dan N.24 Beting Maro); tahun 2016 di 11 DUN (N.4 Pantai Damai, N.7 Samariang, N.16 Muara Tuang, N.24 Sadong Jaya, N.27 Sebuyau, N.29 Beting Maro, N.60 Kakus, N.67 Jepak, N.70 Samalaju, N.72 Lambir dan N.74 Pujut) dan tahun ini dengan satu kerusi di N.29 Beting Maro.

4. PAS mula bertanding di DUN Beting Maro pada 2001 dan tidak pernah hilang deposit di situ, malah mendapat undi yang meningkat setiap kali PRN diadakan.

5. Parti PAN hilang deposit di DUN Beting Maro dalam PRN 2016 dengan hanya mendapat 103 undi, malah turut ‘tewas’ dengan undi rosak sebanyak 104 undi dan PAS ketika itu menurunkan calon muslimat, Hamidah Mokhtar.

6. PAS memperolehi 2,678 undi atau 46.6 peratus pada PRN 2011 dan hanya tewas dengan majoriti 391 undi, sementara dalam PRN 2006 sebelum itu hanya tewas dengan majoriti 895 undi.

7. PAS mendapat pertambahan undi dengan graf menaik setiap kali PRN di DUN Beting Maro, iaitu mendapat 1,399 undi pada tahun 2001 dan kemudian meningkat kepada 1,901 (2006), 2,678 (2011) dan 3,051 undi (2016).

8. Calon PAS di N.29 Beting Maro kali ini ialah Mohammad Arifiriazul yang juga Setiausaha PAS Sarawak, seorang anak muda berumur 37 tahun dan bergraduan daripada Universiti Teknologi Petronas dalam Sistem Maklumat Perniagaan.

9. PBB (GPS) menurunkan calon yang sama sejak dua penggal lalu dalam PRN 2011 sementara PAN yang hilang deposit pada PRN 2016 dijangka tidak bertanding sebaliknya diganti oleh pemangku Pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh.

10. Sejak menyertai pilihan raya di Sarawak 20 tahun lepas, PAS menggunakan logonya sendiri, termasuklah dalam PRN 2021 ini kerana parti-parti muafakatnya dalam BN dan PN tidak bertanding. – HARAKAHDAILY 5/12/2021

Lihat sebelum ini..
Lim Guan Eng dimahkamah

 Bersambung..

1 comment:

Anonymous said...

Rules Of Law Kerala Part 3 : Jangan persenda sumpah laknat. Karma sumpah laknat kembali pada sang fitnah jijik

Sekitar bulan Mac lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob sendiri telah mengesahkan yang suami Zeti, Datuk Dr Tawfik Ayman, sedang disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram.

Yang menjadi pertanyaan ramai ialah, mengapa siasatan ke atas Zeti dan ahli keluarganya mengambil masa yang terlalu lama dan perlahan. Rakyat telah berbicara mengenainya sejak tahun 2019 lagi tetapi kes ini masih terumbang ambing dan kes ini masih belum dibawa ke mahkamah.

NGO antirasuah menjadi pihak terbaru yang menuntut penjelasan berkenaan laporan yang mengaitkan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya dengan skandal 1MDB.

Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) juga menyasarkan Dr Mahathir Mohamad, dengan membangkitkan tindakan perdana menteri itu yang melantik Zeti sebagai Majlis Penasihat Kerajaan selepas PRU14.

“Adakah Mahathir tahu tentang perkara ini?

Transaksi meragukan berjumlah RM66 juta dari ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada sebuah syarikat didakwa milik suami dan anak Zeti pada 2015, iaitu ketika dia menjadi gabenor BNM.

“Jika aliran wang dalam skandal 1MDB masih tidak cukup untuk menunjukkan tahap rompakan yang parah, pendedahan ini jika benar menunjukkan terkaitnya lagi korupsi dalam institusi kita bila Gabnor Bank Negara bertindak sebagai penyamun dan pencuri.

Dia mendakwa Najib pernah memanggilnya pada 2015 dan meminta dia membersihkan namanya, tetapi permintaan itu ditolak Zeti.

“Jika ia memang ada kebenaran, kewibawaan BNM secara keseluruhan akan dilihat terjejas, dan menunjukkan unsur konspirasi subahat dan korupsi.

“Pelantikan Zeti sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi (Economic Action Council) semasa Tun Mahathir berkuasa kali kedua yang menjejaskan usaha mencari kebenaran di sebalik skandal 1MDB.

Dakwaan tanpa caj ini bukan sahaja mencemarkan imej Bank Negara tetapi tandatangan Zeti berada di atas setiap helaian wang kertas Ringgit Malaysia mengingatkan kita ini adalah tandatangan perompak, pencuri seorang bergelar Gabenor Bank Negara wanita pertama di Malaysia.

Bukanlah menjadi rahsia lagi bahawa pihak berkuasa Singapura telah memaklumkan kepada Bank Negara seawal tahun 2015 dan kemudian sekali lagi pada 2016.

Transaksi yang mencurigakan daripada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low ke syarikat milik suami Zeti dan kemudian salah seorang anak lelaki mereka.

Zeti sendiri pada awal tahun ini menafikan sekeras-kerasnya penglibatan keluarganya. Zeti menyifatkan dakwaan terhadap dirinya dan keluarganya adalah palsu dan berniat jahat, dan mereka tidak pernah menerima dana 1MDB.

“Saya ingin menegaskan yang saya dan keluarga tidak pernah menerima apa-apa wang daripada 1MDB,” katanya,

Kesimpulannya, masyarakat inginkan penjelasan apakah Zeti sebagai Gabenor Bank Negara menyedari urusan bisnes suami dan anaknya dengan Jho Low.!?

Di manakah garis pemisah yang membezakan beliau sebagai isteri, ibu serta penyamun dan pencuri dalam masa yang sama beliau menyandang jawatan Gabenor Bank Negara wanita pertama Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails