Tuesday, December 07, 2021

P.Pinang: Pengusiran strategik, libatkan rumah rakyat miskin.

 

PAS akan ketengah masalah penduduk Centrio Avenue

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP terus ghairah membangunkan kediaman mewah, namun mengabaikan isu-isu perumahan dan pendudukan melibatkan rakyat yang kurang berkemampuan.

Selepas melenyapkan penempatan tradisi dan warisan yang telah lama wujud serta secara tidak langsung menjadi satu bentuk pengusiran strategik, masalah melibatkan rumah rakyat miskin tidak diselesaikan sewajarnya.

Penghuni Centrio Avenue iaitu pangsapuri kos sederhana di Taman Bukit Gambier, Gelugor khususnya pemilik unit tingkat teratas telah sekian lama berdepan keadaan siling dan dinding yang bocor di mana memerlukan pembaikan.

Malangnya, keadaan sejak mula memasuki kediaman tersebut pada tahun 2015 tidak pernah ditangani walaupun aduan telah dibuat berkali-kali kepada pemaju, ADUN dan Exco Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Hinggalah pada tahun 2018, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan bersama wang dari Tabung Penyelenggaraan milik penduduk dengan jumlah keseluruhan RM123,055 bagi memperbaiki kerosakan berkenaan.

Malangnya, selepas dilantik kontraktor, keadaan tetap tidak berubah dan apabila keadaan itu dipanjangkan kepada pihak pengurusan yang berkaitan, tetapi aduan tersebut kata penduduk, tidak lagi dihiraukan.

Buntu dengan keadaan tersebut, penduduk mengharapkan masalah mereka itu dapat disuarakan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PAS Pulau Pinang sempena Persidangan DUN yang berlangsung.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff telah menerima serahan memorandum untuk dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri di luar pekarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di sini kelmarin.

Menurut pihak penduduk, mereka berharap PAS Pulau Pinang dapat memberikan tekanan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut serta dipanjangkan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mereka juga meluahkan kebimbangan dengan situasi dihadapi terutama ketika musim hujan di mana air akan mengalir masuk ke dalam rumah, selain menyebabkan risiko kerosakan atau kebakaran kerana renjatan elektrik.

Terdahulu, pimpinan PAS Pulau Pinang telah hadir sendiri melihat masalah tersebut antaranya Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah yang juga ADUN Penaga dan Setiausaha, Iszuree Ibrahim.

Turut bersama adalah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal, Yaacob Omar dan Pengerusi DHPP, K Jayaraman serta Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gelugor, Mazlan Pawanchik. – HARAKAHDAILY 2/12/2021

5 comments:

Anonymous said...

Dulu ada rumah air kat kpg jelutong. Pupus dah. Ni kpg tradisi melayu. Bagi dap perintah, ranap kpg melayu. Masih lagi kah nak percaya dap. Melayu segera bertindak. Jangan biar kaduk naik junjung.

Anonymous said...

Bang Non Nurul Jijah buat apa bila DAP ranapkan kg Melayu...

Teringat Kg Buah Pala ...

Anonymous said...

Bukankah penghapusan kaum Melayu di sebuah pulau yang diperintah oleh rejim ultra kiasu roket merupakan satu proses pembentukan Singapork yang kedua ?

Bukankah puak ultra kiasu merupakan barua kepada PA-Pigs yang sedang menindas agama Islam dan umat Islam di Singapork ?

Pemimpin-pemimpin liberal dan syiah yang menjadi khadam ternakan puak rasis ultra kiasu roket yang memusuhi Islam dan membenci umat Islam maka sudah jelas mereka adalah puak munafiqun yang berusaha memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam supaya tuan kafir harbi mereka boleh berkuasa untuk memerintah negara dan menindas Islam dan umat Islam.

Abang liberal veteran bamboo river, mike syabu al-syiah dan atuk kerala al-pejuwang dan barua-barua mereka adalah pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Cukuplah 22 bulan umat Islam dikencing hancing dan ditindas oleh puak kafir harbi dan puak munafiqun. Jika 22 tahun , kaum Melayu Islam akan menerima nasib yang sama seperti nasib kaum Melayu yang ditindas di Singapura.

Anonymous said...

Untuk membolehkan PA-Pigs berkuasa di singapork, lee ikan yu memakai songkok pergi ke surau dan masjid untuk menipu orang Melayu di singapork.

Malangnya orang Melayu mudah percaya pada lee ikan yu dan menyokong parti rasis PA-Pigs dan akhirnya mereka tertipu dan hilang tanah dan kuasa politik di tanah air Melayu sendiri.

Sekarang wanita-wanita ultra kiasu roket pula menggunakan taktik kotor yang sama dengan memakai tudung pergi ke surau dan masjid untuk menipu orang Melayu di negara kita pula.

Umat Islam perlu menolak mereka kerana mereka adalah musang berbulu ayam yang bertudung tetapi tidak beriman pada Allah dan RasulNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails