Wednesday, December 08, 2021

Dibenarkan guna jet sky kempen bersemuka PRU Sarawak!

 

Penunggang jetski menyusuri Sungai Batang Oya untuk berkempen bagi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di DUN Dalat. - Foto ihsan pembaca

Guna jet ski kempen sepanjang Sungai Batang Oya

MUKAH: Prosedur operasi standard (SOP) ketat sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) yang mengehadkan kempen secara bersemuka menuntut parti bertanding mempelbagaikan kaedah untuk menarik pengundi.

Dalam pelaksanaan SOP itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya membenarkan kempen secara bersemuka dilaksanakan di 64 daripada 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Dalat di sini, antara yang termasuk di dalam 64 kawasan yang dibenarkan untuk kempen bersemuka itu berikutan capaian internet di kawasan terbabit kurang stabil.

Sebahagian besar kediaman penduduk di kawasan Dalat terletak di tebing sungai, justeru jet ski digunakan oleh jentera pilihan raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk berkempen di sepanjang Sungai Batang Oya.

Calon GPS bagi kawasan itu, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, seramai 10 penunggang jetski terbabit dalam kempen itu, semalam.

Beliau berkata, mereka memulakan perjalanan menyusuri Sungai Batang Oya dari jeti

Oya menghala ke kawasan hulu hingga ke pekan Dalat.

"Sepanjang perjalanan itu, penunggang jet ski mengibarkan bendera GPS dan inilah antara kaedah yang kami gunakan untuk berkempen ketika SOP ketat dilaksanakan ketika ini," katanya.

Pada PRN-12 yang akan diadakan 18 Disember ini, Fatimah yang menyandang kawasan DUN Dalat selama empat penggal sejak 2001 berdepan cabaran calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Salleh Mahli.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) 2016, Fatimah menang dengan majoriti 6,330 undi selepas menewaskan calon PKR, Sim Eng Hua. (BH)

Hasil carian imej untuk Dibenarkan guna jet sky kempen
Hasil carian imej untuk Dibenarkan guna jet sky kempen
Hasil carian imej untuk Dibenarkan guna jet sky kempen
Hasil carian imej untuk Dibenarkan guna jet sky kempen


Lihat sebelum ini..
Lim Guan Eng dimahkamah

 Bersambung.

2 comments:

Anonymous said...

Rules of Law Kerala Part 9 : Bukti baru, Tommy Thomas tersilap dakwa Najib?

Dengan bukti baharu yang dikemukakan oleh Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Najib, adakah Tommy Thomas sudah tersilap dalam mendakwa Najib?

Tommy, yang disaman oleh Najib sebanyak RM1,941,988 atas dakwaan salah guna kuasa, telah memohon agar saman itu dibatalkan.

Thomas dan pegawai kanan undang-undang Ahmad Akram Gharib juga telah memfailkan afidavit sokongan.

Mahkamah menetapkan kes pada 19 Jan 2022 bagi membolehkan peguam Najib memfailkan dokumen jawapan.

Najib juga mendakwa Thomas, yang merupakan Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Feb 2020, melaksanakan tugasnya "selaras dengan rancangan" kerajaan Pakatan Harapan (PH) di terajui Tun Mahathir pada masa itu.

Pendedahan bukti baharu oleh Shafee menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutama pihak yang benar-benar mahu mengenakan dan menganiaya serta memfitnah Najib.

Amat mengejutkan apabila Tommy Thomas sendiri mengakui penglibatan Zeti Akhtar Aziz yang masih belum diambil tindakan oleh SPRM dan Polis Diraja Malaysia.

Anonymous said...

Islam itu primitif kata keturunan komunis. Yg peliknya walaun imam liberal tak ker sensitif. Depa sebok defend dap banding defend org yg pertahan Islam. Mungkin dah terikut mabuk arak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails