Friday, December 10, 2021

Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

 

KONSERT Justin Bieber dihadiri seramai 70,000 penonton di Formula 1 Grand Prix, bandar Laut Merah, Jeddah, Ahad lalu.-TWITTER

JEDDAH: Arab Saudi dihujani kecaman daripada warga Twitter susulan arahan Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu yang mahu khutbah Jumaat minggu ini memberi amaran terhadap jemaah Tabligh.

Sedangkan, dalam masa sama Arab Saudi dengan penuh rasa bangga menganjurkan konsert Justin Bieber di Formula 1 Grand Prix, bandar Laut Merah, Jeddah, Ahad lalu.

Acara itu dilaporkan dihadiri seramai 70,000 penonton sekali gus merekodkan sebagai kehadiran tertinggi dalam sejarah penganjuran konsert di Arab Saudi.

Konsert yang diadakan pada waktu malam itu menerima kecaman daripada aktivis hak asasi manusia yang menggesa Bieber membatalkan persembahannya.

Sebelum ini, Human Rights Watch menyeru selebriti itu memboikot kerajaan Arab Saudi kerana terpalit dengan banyak rekod isu hak asasi manusia.

Bagaimanapun, konsert tersebut tetap berjalan seperti biasa dan isteri penyanyi terkenal itu, Hailey Baldwin Bieber turut memuat naik video persembahan suaminya dalam Instagram.

Sedangkan beberapa tahun lalu, sebarang penganjuran konsert adalah diharamkan di Arab Saudi serta golongan lelaki dan wanita yang belum berkahwin perlu diasingkan di ruang awam.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilihat berada di sebalik perubahan besar tersebut ketika beliau berusaha memodenkan masyarakat, menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan untuk golongan belia.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abul Maali memuat naik hantaran yang menzahirkan kekecewaan kerana khutbah Jumaat di seluruh Arab Saudi bukan lagi memberi peringatan tentang konsert ataupun percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya memfokuskan tentang Jemaah Tabligh.

“Besar kemungkinan kerana mereka adalah kumpulan yang menyebarkan dakwah mengenai bentuk hiburan yang haram di tanah orang Islam,” tulisnya.-AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, jemaah tabligh menurut Wikipedia.

Jemaah Tabligh

Perihalan

Jemaah Tabligh ialah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh. Aktiviti mereka tidak terbatas pada satu golongan Islam saja. Wikipedia

4 comments:

Anonymous said...

Bekas pegawai kanan perisikan Arab Saudi telah mendedahkan siapa Putera Mohammed bin Salman

Seorang bekas pegawai perisikan kanan Arab Saudi telah mendakwa bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman adalah "psikopat tanpa empati" yang pernah bermegah bahawa dia boleh membunuh pemerintah kerajaan pada masa itu, Raja Abdullah, dan menggantikannya dengan ayahnya sendiri.

(Definisi psikopat
: seorang yang tidak stabil mentalnya terutamanya: seseorang yang mempunyai keperibadian egosentrik (mementingkan diri sendiri) dan antisosial yang ditandai dengan kekurangan penyesalan atas tindakan seseorang, ketiadaan empati (kebolehan untuk memahami perasaan orang lain ) terhadap orang lain, dan selalunya kecenderungan jenayah)

Dalam temu bual di televisyen AS, Saad Aljabri, yang melarikan diri dari Arab Saudi pada Mei 2017 dan tinggal di pengasingan di Kanada, juga mengatakan bahawa dia telah diberi amaran oleh rakan sekerja pada tahun 2018, selepas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulat Saudi di Istanbul, bahawa pasukan penyerang Saudi sedang menuju ke Kanada untuk membunuhnya.

Aljabri memberitahu program '60 Minutes' di CBS dia diberi amaran "jangan berada berdekatan dengan mana-mana pejabat perwakilan Saudi di Kanada. Jangan pergi ke konsulat. Jangan pergi ke kedutaan.

Ketika dia bertanya mengapa, dia berkata dia diberitahu "mereka memotong badan lelaki itu, mereka membunuhnya. Anda berada di bahagian atas senarai.

Menurut keterangan Aljabri mengenai rancangan untuk membunuhnya di Kanada, pasukan enam orang mendarat di lapangan terbang Ottawa pada pertengahan Oktober 2018, berbohong kepada pegawai sempadan Kanada mereka mengenali satu sama lain, dan membawa peralatan yang mencurigakan untuk analisis DNA.

Pasukan itu dihantar pulang oleh Kanada selepas dipintas oleh pihak berkuasa Kanada di lapangan terbang.

Kerajaan Kanada telah berkata: "Kami menyedari insiden di mana orang asing cuba mengancam mereka yang tinggal di Kanada. Ia sama sekali tidak boleh diterima.

https://amp.theguardian.com/world/2021/oct/25/saudi-crown-prince-a-psychopath-says-exiled-intelligence-officer

Anonymous said...

Aljabri adalah penasihat rapat Mohammed bin Nayef, bekas putera mahkota dan menteri dalam negeri yang ditahan di Arab Saudi dan telah dilihat sebagai saingan politik yang berpotensi kepada Putera Mohammed (bin Salman).

"Saya menjangka akan dibunuh satu hari nanti kerana lelaki ini tidak akan berehat sehingga dia (Mohammed bin Salman) melihat saya mati," kata Aljabri.

Sumber:

https://amp.theguardian.com/world/2021/oct/25/saudi-crown-prince-a-psychopath-says-exiled-intelligence-officer

Anonymous said...

Malanglah sebilangan orang Melayu jahiliah atau munafik kerana mereka berjuang untuk mengekalkan dan meneruskan tradisi maksiat penjajah British dengan membela industri dosa besar seperti arak tanpa merasa malu atau segan atau takut pada Allah.

Mungkin inilah hasil ajaran maksiat yang diturunkan kepada mereka oleh datuk nenek dan ibubapa atau kawan-kawan atau bos mereka atau iklan arak dll.

Maka apakah hukum minum arak ?

Hukum minum arak atau minuman yang memabukkan walaupun kuantitinya kecil adalah haram dan berdosa besar berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Maidah: 90)

Nabi Muhammad SAW bersabda :

كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ

Maksudnya:

“Semua yang memabukkan adalah haram.”
Riwayat Bukhari (5263) dan Muslim (2001)

Maksud memabukkan pula ialah sesuatu yang diminum itu biasanya menyebabkan seseorang mabuk tanpa mengira kadarnya. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengambil sesuatu yang pasti memabukkan peminumnya sama ada kadar yang diminum itu sampai had yang memabukkan ataupun tidak, dan sama ada peminum itu mabuk ataupun tidak.

Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA:

مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ

Maksudnya:

“Apabila benda yang banyak memabukkan, *maka yang sedikit pun adalah haram*.”

Riwayat Abu Daud (368), al-Tirmizi (1866) dan Ibn Majah (3393)

Haram terlibat dengan arak

Bukan sahaja arak itu haram pada zatnya, bahkan Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada terlibat dengan apa sahaja yang menyumbang kepada arak. Ini berdasarkan hadis Nabi

لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً : عَاصِرَهَا ، وَمُعْتَصِرَهَا ، وَشَارِبَهَا ، وَحَامِلَهَا ، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ ، وَسَاقِيَهَا ، وَبَائِعَهَا ، وَآكِلَ ثَمَنِهَا ، وَالمُشْتَرِي لَهَا ، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya :

” Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.”

Riwayat al-Tirmizi ( 1295)

Al-Marhum Sheikh Atiyah al-Saqr ketika ditanya tentang orang yang bekerja di sektor yang membantu penjualan arak beliau menjawab:

_“Dan orang yang memberi minum arak kepada orang lain mendapat dosa yang sama sepertimana yang telah diberitahu oleh nas hadis. Sama ada dia redha dengan perbuatan tersebut dan orang yang redha dengan maksiat maka akan dihukum dengan hukuman yang sama orang yang melakukannya. Ataupun dia hanya membantu dalam perkara maksiat. Orang yang membantu dalam perkara maksiat maka dia turut serta mendapat dosa disebabkan maksiat tersebut:”_
(Rujuk Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 3/186)

Maka pekerjaan tersebut adalah haram kerana ia membantu dalam pembuatan arak. Di mana ia adalah sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah. Kaedah fiqh menyebut :

كُلّ مَا أدّى إِلى حَرَامٍ فَهُوَ حَرَام

Maksudnya:

_“Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka ia adalah haram (hukumnya).”

Rujukan:

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3572-bayan-linnas-siri-ke-198-produk-minuman-yang-menyerupai-arak

PENGARUH ARAK PADA BANI MELAYU ZAMAN BERZAMAN

Zainuddin Omar

https://pariajalanan.blogspot.com/2021/12/pengaruh-arak-pada-bani-melayu-zaman.html?m=1

Anonymous said...

Nabi Muhammad SAW melarang umat Islam duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak.

Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَ

Maksudnya:

_Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak._

Riwayat al-Haithami (1/283)

Konteks hadis di atas jelas menunjukkan larangan kita berkompromi dengan majlis yang di dalamnya terdapat hidangan arak.

Berasaskan kaedah ini, *jika kita membeli sebarang produk syarikat arak, walaupun produk itu berstatus bukan arak, ia tetap dikira bersubahat atau berkompromi dengan arak* kerana menyumbang kepada kelangsungan syarikat arak tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails