Friday, December 10, 2021

5 konsert Istana Budaya rancak.. Patuh syariah?

 

Persembahan Misha dalam Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Bintang menjadi pengubat kerinduan peminat seni pentas. - Foto Ihsan IB

HALAMAN HIBURAN

Lima konsert Istana Budaya rancak industri seni

KUALA LUMPUR: Lima persembahan termasuk konsert diatur bagi mengisi kalendar pentas prestij, Istana Budaya (IB) susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi merancakkan industri seni berjalan lancar sejak September lalu.

Malah, sambutan diraih selepas pentas prestij dibuka membuktikan masyarakat dahagakan persembahan hiburan dalam situasi norma baharu.

Lihat sahaja sambutan penampilan penyanyi bersuara lunak merdu, Misha Omar dalam Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Bersama Bintang di Panggung Sari, Istana Budaya pada Oktober lalu.

Tiket konsert 'laku keras' dalam tempoh beberapa jam dibuka hingga mencetuskan kekecohan kepada peminat yang gagal mendapatkannya.

Timbalan Ketua Pengarah (Artistik), Istana Budaya, Zaifri Husin berkata IB merancang pelbagai genre persembahan untuk menarik pelbagai kelompok masyarakat.

"Selain konsert membabitkan Misha, empat lagi slot persembahan diisi termasuk Konsert Rentak Kita bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang dianjurkan selama dua hari pada Oktober lalu.

"Kemudiannya disusuli Konsert Patriotik Tanah Airku pada 6 November lalu membabitkan penyanyi seperti Syamel, Ernie Zakri dan ramai lagi. Seterusnya, persembahan Wayang: Sakti pada 19 dan 20 November lalu.

"Konsert Gema Gangsa menutup tirai IB tahun ini dijayakan penyanyi terkenal seperti Ella, Naqiu, Ronnie Hussein dan Daniel Chuer pada 27 dan 28 November ini," katanya kepada BH Online.

Zaifri optimis peranan IB dalam terus mengangkat dan memartabatkan seni dan budaya ke arah keunggulan seni persembahan. - Foto Ihsan IB

Tambah Zaifri lagi, sepanjang bulan depan, tiada sebarang persembahan dianjurkan.

"Akaun IB tutup hingga November sahaja. Saya berharap kalendar acara tahun depan akan terus merancakkan industri kreatif tanah air," katanya.

Dalam pada itu, Zaifri optimis dengan peranan IB dalam terus mengangkat dan memartabatkan seni dan budaya ke arah keunggulan seni persembahan.

"IB perlu menyajikan pementasan yang mempunyai nilai artistik tinggi dan memenuhi cita rasa penonton.

"Meskipun genre muzik pelbagai tema disajikan IB melalui OSK dan OTM serta sokongan Artis Tari mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada era pendemik menuju endemik ini.

"Nyata, penonton teruja kembali menyaksikan pementasan di Panggung Sari. IB berjaya menyemarakkan seni persembahan dan menjadi pengubat kerinduan peminat seni pentas tanah air," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak adakah niat kerajaan Persekutuan Malaysia untuk memantau kesenian, kebudayaan, hiburan ke arah patuh syariah, walaupun dalam masa jangka panjang 1,000 tahun lagi? Tidak hormatikah Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3)?

3 comments:

Anonymous said...

Puak jahil murakkab dan puak bodoh sombong merasa bangga melakukan dosa dengan melakukan maksiat di atas nama 'budaya' untuk menghalalkan maksiat.

Malangnya pemerintah dan pihak berkuasa agama Islam pula seolah-olah diam membisu membiarkan maksiat berlaku tanpa halangan. Mengapa ?

Maksiat yang melampaui batas boleh menyebabkan Allah murka dan menimpakan siksaanNya ke atas kita semua termasuklah puak maksiat dan pihak berkuasa agama dalam pelbagai bentuk siksaan seperti wabak penyakit seperti covid-19, kemelesetan ekonomi, kenaikan harga barang, kemiskinan, perang, rasuah, penipuan, kerugian, penindasan, kezaliman, jenayah dll.

Malangnya sebilangan pendosa tidak mahu berfikir tentang ini dan mereka masih merasa bangga meneruskan aktiviti dosa mereka sehinggalah mereka terkejut dan menyesal sebaik sahaja malaikat maut mahu mencabut roh mereka. Sesal kemudian tidak berguna.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ

Maksudnya: Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka. Allah SWT akan menjadikan bumi menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi.
Sunan Ibn Majah (4020)

Anonymous said...

eh ko kan yang ada kuasa semua, tetiba puak jahil murakab pulak yang disalahkan,tu la kalau wal fulus fiddunia diutamakan memang ounta kena tipu, ingat kes mabuk dah takde ehh makin banyak pulok.. mana pensarah kangkung yang kata antony goyang telor 22 bulan sbb tak buat law, ko yg dah 2 tawun pun senyap je.. aku nak dengor juge apa kata pensarah tu pasal benda ni..

Anonymous said...

RBA 11:46 menulis dakwaan tidak berasas tanpa sebarang bukti yang kukuh maka RBA adalah pendusta yang suka menyebarkan fitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails