Sunday, June 27, 2021

Seks berbayar, remaja Melayu-Islam S'pura. Kasihanilah..


Lelaki dipenjara, seks berbayar budak bawah umur

SEORANG lelaki menyamar sebagai wanita dalam talian untuk menggoda seorang remaja lelaki berusia 17 tahun agar mengadakan hubungan seks berbayar bersamanya.

Muhammad Al-Masfuiin Muhsin, 26 tahun, berpura-pura menjadi wanita yang sedang mencari "hamba seks" untuk memberi perkhidmatan seksual untuk "dirinya dan teman lelakinya" pada harga $250.

Pada 18 Jun 2019, remaja itu, yang diusir dari rumahnya sebelum itu, tiba di sebuah flat di Tampines.

Al-Masfuiin, yang turut menyamar sebagai teman lelaki, kemudian melakukan perbuatan seks terhadap remaja itu sebagai tukar ganti bagi menyediakannya penginapan malam di flat tersebut.

Dia juga memberi wang $50 kepada remaja itu.

Warga Singapura itu, yang tahu umur remaja tersebut, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kelmarin setelah mengaku bersalah melakukan seks komersial dengan remaja bawah usia 18 tahun.

Mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identitinya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Emily Koh berkata sekitar 2017, remaja itu mula menggunakan laman web iklan Locanto dan terlihat iklan bagi perkhidmatan seks serta pos oleh mereka yang mencari sugar mummy atau 'rakan dengan faedah' (hubungan berbentuk seks tanpa cinta).

Sugar mummy biasanya merujuk kepada wanita lebih tua yang bersedia membayar untuk khidmat lelaki lebih muda.

DPP Koh berkata: "Tertuduh sedar mangsa tidak mempunyai tempat tinggal dan menawarkan penginapan kepada mangsa.

"Masih menyamar sebagai wanita, tertuduh memberitahu mangsa dia boleh menetap di 'tempat tinggal teman lelakinya' dan 'teman lelakinya akan mendapatkan khidmat Grab untuk membolehkannya bermalam di situ'.

"Dengan mempercayai bahawa tertuduh adalah seorang wanita, mangsa bertanya apakah tertuduh akan menyertai sesi seks itu juga.

"Tertuduh, masih menyamar sebagai wanita, menjawab bahawa 'dia mungkin tidak akan menyertainya, 'tetapi (teman lelaki saya) akan memberitahu saya apakah awak telah memberi khidmat seks yang baik'."

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks komersial dengan budak bawah umur 18 tahun, pesalah boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kasihanilah remaja Islam kita, mereka perlu diselamatkan. Kita tidak boleh berfikir di bawah tempurung sempit perkauman dan kedaerahan sahaja. Berfikir global dan mendunialah! 

Bagaimana menangani masalah gejala sosial sedunia.. Dari sudut Islam dan pelbagai agama. Dari dekatan keliling rumah kita, hingga ke rakyat Palestin yang dibunuh tiap hari. Weblog ini akan terus menyorot dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Insya Allah!


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah pas. Kepimpinan melalui tauladan. Tiada rasuah, tiada salah laku sex, tiada salah guna kuasa. Sentiasa berdepan dgn tuduhan melulu tanpa fakta dan bukti. Tahniah sekali lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails