Thursday, February 25, 2021

Tiga penjuru PRU15 akan ulangi situasi PRU14

 

PASIR MAS: Pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang tidak mampu dinafi boleh menyebabkan sekali lagi sokongan pengundi Melayu berpecah.

Malah berdasar banyak kajian ia boleh mengulangi apa yang berlaku pada PRU14, di mana undi Melayu akan mengalir kepada Umno, PAS dan Bersatu (Pakatan Harapan) ketika itu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebaik mungkin perlu dielakkan pertembungan tiga penjuru dengan mengulangi apa yang berlaku pada PRU lepas.

Bagaimanapun beliau yakin Umno dan Bersatu dapat menyelesaikan masalah tersebut sebaik mungkin menjelang PRU15 nanti.

“Kita mahu apabila masuk PRU15 ada kekuatan baharu bagi orang Melayu dan Islam. Itu penting buat masa sekarang.

“Lupakan dahulu politik kepartian, pastikan Melayu Islam diutamakan untuk berada di arus perdana politik di negara ini,” katanya di sini.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin bimbang pertembungan tiga penjuru boleh merugikan ummah di negara ini.

Oleh itu, beliau berharap Umno dan Bersatu berunding sebagai persiapan awal untuk menghadapi PRU15 dengan nekad hanya berlaku pertembungan dua penjuru.

Baru-baru ini, media dan portal berita membayangkan Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno di Janda Baik, Jumaat lepas.

Bagaimanapun maklumat itu dinafikan Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan Umno dengan menyifatkan parti itu memandangkan serius berkaitan berita yang tular hasil keputusan mesyuarat MKT.

Baru-baru ini, Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) mendedahkan kajian gabungan PN dan BN mampu meraih sehingga 162 kerusi parlimen pada PRU15 dengan syarat hanya berlaku pertembungan dua penjuru. – HARAKAHDAILY 24/2/2021

4 comments:

Anonymous said...

Peerggg..

Tun buat video 10 dalil kesalahan PM macam nak umum esok nak puasa pulakkk.... satu pun rakyat tak hirau... pelik tak ada sekor pun yang sahut menyahut dari satu bukit ke bukit apa yang Tun bangkitkan... tetiba Tun bangkitkan Rules Of Law...haahh rules of law..!? 22 tahun 22 bulan dolu ada rules of law ke...!?

masa Tun sebut rules of law tetiba jerww tekak nih jadi kembang semacam perut tetiba memulas... tetiba bunyi creettt..!! dlm seluar..

aarrgghhhh..!! sudahhh terkincit pulak dahhh alahaiiiii...!!



masa belum tgk video tadi ok jerr perut dan tekak nihh..



haramjadah btull lah orang tua ni... puiii.!!


kikiki

Anonymous said...

Baru nk 3 penjuru dah kecoh.

Pru14 lps 7 penjuru relaxs je.

Anonymous said...

Kecohlah. Sebab khadam memang suka org melayu berpecah. Sebab tu Ahmad sabu tubuh parti baru pan. Dlm pas ahli dah tolak ahmad sabu sebab ahmad sabu nak jatuhkan ulamak seperti yg diarahkan oleh dap. Dan abam guna dap utk jadi pm. Rupanya abam dialatkan oleh dap utk pecahkan org melayu. Jahatkan abam dengan ahmad sabu. Atok pulak nak jadi pm sebab tak puas pulun khazanah cara senang. Dapat jadi pm dapatlah lagi banyak khazanah.

Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitann??

Ko salah mkn ubat ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails