Monday, February 22, 2021

RM66,000 projek ternak ikan dalam sangkar, kepada 33 nelayan.

 

Kerajaan bantu nelayan tingkat pendapatan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM66,000 untuk penyediaan pukat bagi projek penternakan ikan dalam sangkar sebagai usaha bagi menambah pendapatan golongan nelayan.

Sumbangan berkenaan diberikan kepada 33 nelayan di Kampung Pulau Kundur di Dun Kijang, dekat sini baru baru ini.

Adun kawasan berkenaan, Dr Izani Husin menyampaikan sumbangan itu pada program ringkas yang diadakan kelmarin.

Beliau berkata, jumlah peruntukan bagi tujuan itu mungkin akan meningkat sekiranya permohonan daripada nelayan dan penduduk bertambah.

“Kita akan memohon tambahan peruntukan daripada portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar sekiranya ia belum mencukupi,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Pada masa yang sama, Dr Izani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri mengucapkan tahniah kepada penduduk di Dun berkenaan kerana rajin mencari rezeki.

Katanya, Covid-19 bukan penghalang untuk terus mencari rezeki, asalkan ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan penularan pandemik Covid 19.

Katanya juga, kerajaan negeri sentiasa membantu dan menyokong usaha rakyat bagi meningkatkan ekonomi keluarga melalui pelbagai program pertanian dan keusahawanan. – HARAKAHDAILY 21/2/2021

Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 21 -Lagu Nelayan

El Surayya - Nelayan



OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek



Q-Genz 巧千金] Ikan Kekek -- 小小美人鱼 (Official MV)

No comments:

3 comments:

Anonymous said...

Masa parti ajib dulu bantuan ada tapi tak sampai. Tak bantu org kpg. Yg kaya tambah kaya.

Anonymous said...

Mentang2 ko dah sedap dgn mudin. Sedap je ko perlekeh najib..

Ko tggu ko punya nasib. Dasar kacang lupakan kulit!

Anonymous said...

Terasa pulak. Dulu buat kerja tu ker.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails