Wednesday, February 24, 2021

PRU15: Tiga penjuru jejas kebangkitan ummah

 

KANGAR: Pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan merugikan ummah dan dibimbangi boleh menggugat kestabilan politik negara.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, perpecahan yang berlaku hanya akan memberi keuntungan kepada musuh, sekaligus menyebabkan kerugian kepada ketiga-tiga parti Melayu.

“Kita mesti belajar daripada PRU lepas, walaupun masuk bertanding banyak tetapi kemenangan hanya sedikit kerana berlaku pertembungan tiga penjuru.

“Tiada parti akan mendapat keuntungan, PAS, Umno dan Bersatu semua akan rugi jika berlaku pertandingan tiga penjuru. Susah untuk kita mencapai kemenangan, sedangkan kita mempunyai peluang besar jika bersatu,” katanya di sini.

Sebelum ini, Umno membayangkan parti itu akan bersendirian menghadapi PRU15. Malah Pengerusi Perhubungan Umno negeri tertentu tidak mahu berkompromi dengan Bersatu.

Bagaimanapun Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan Umno menafikan parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Tuan Guru Hashim juga berkata, kemenangan mungkin boleh berlaku dengan gandingan PAS dan Umno dalam Muafakat Nasional (MN), namun kekuatan makin bertambah dengan kehadiran Bersatu.

“Kita mahukan kemenangan majoriti sehingga kita boleh mengubah perlembagaan ke arah memperkasakan perundangan Islam.

“Sebab itu PAS beriya-iya menyatukan ketiga-tiga parti tersebut walaupun pada peringkat permulaan hanya dengan Umno, tetapi ke arah untuk mencapai matlamat itu perlu ajak bersama Bersatu,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap hubungan antara Umno dan Bersatu dapat diperbaiki kerana masing-masing mempunyai musuh yang sama iaitu Pakatan Harapan (PH).

Tegasnya juga pendirian PAS masih sama iaitu memperkukuhkan kerjasama dengan Umno melalui MN dan memperkasa hubungan dengan Bersatu melalui PN.

“Kita tidak akan berhenti mengajak Umno dan Bersatu untuk bersama, malah usaha ini tidak akan berakhir dan berterusan sehingga pilihan raya akan datang.

“PAS sentiasa mendoakan supaya perpaduan sekarang dapat dikekalkan dan berjalan lancar,” ujarnya.

Menurutnya semua parti dalam perikatan perlu bertolak ansur dalam soal pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU15. – HARAKAHDAILY 23/2/2021

16 comments:

Anonymous said...

Cadangan terbaik. Mic lawan india, mca lawan dap, mn dan pn lawan pkr, pejuang dan pan.

Anonymous said...

RUU355 bila nk buat?kikiki

Anonymous said...

Bukan mee segera.

Anonymous said...

Pru lepas hang tanding 3 penjuru bolih plak

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer??

Sapa pgg kuasa skrg??

Anonymous said...

Dah makan obat.

Anonymous said...

Bukan 3 penjuru jer, 7@8 penjuru pun ada.

Anonymous said...

Dap kata tghh seekor beruk. Apa kata pan dan pkr apabila seorg ulamak fiah dan ulamak politik dicerca begitu.

Anonymous said...

Ulamak fiqh politik dgn ulamak fiqh liberal abam dgn ulamak fiqh kuffar eng guan dgn ulamak fiqh kulinary abg mat.

Unknown said...

He. He. Tu jolah wirid kau bilo dah takdo hujah, sian kau...

Unknown said...

Ha. Ha. Bagi depa tghh bukan ulamak..bagi deoa Yang ulamak atok lim, abang non, amat sab, kolid somat, citi kacim, Tony puan, yb jelutongg. .

Anonymous said...

Woi badigol! Tu bukan wirid mcm puak anjing Pas menyalak liberal 355x!

Tu soalan. Ko kalo dah bodoh sgt, baik ko berenti dari jadi org.

Anonymous said...

Dlm pas mana ada ulamak.

Yg bersepah dlm pas ulartamak sama ular dalam semak je.

Anonymous said...

Ko suruh tgha mkn ubat ke? Ish355x..ko nak mampus ni..x dpt tiket sorga nanti.

Anonymous said...

Punk PAN buat menyemak

Anonymous said...

Tak betul tu. Kalau pegi mengaji dan pandai pulak bahasa arab, dan pandai al quran dan hadith, pasti kamu kenal ulamak dan ularmak. Nanti baru kamu tahu ramainya ahli agama dlm pas. Masalahnya kamu mengaji dengan abam dan ahmad sabu. Yg ni ularmak. Satu liberal dan satu lagi syiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails