Wednesday, February 24, 2021

PH, 'mengata dulang paku serpih..' -Dr Rosni Adam.

 

PH umpama ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) boleh diumpamakan seperti peribahasa ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’, kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Dr Rosni Adam.

Beliau berkata demikian berikutan satu persatu terbongkarnya pelbagai kes rasuah yang terpalit ke atas para pemimpin parti itu.

Apatah lagi sebelum ini, katanya, laungan pemimpin parti itu mendakwa parti mereka adalah parti yang bersih, telus dan adil hanyalah retorik semata-mata.

Rosni berkata, situasi ini bukan menjadi sesuatu yang janggal di mata rakyat apabila segala janji di dalam manifesto terdahulu boleh diumpamakan seperti ‘menanam tebu di tepi bibir’.

“Apa yang berlaku ketika ini terserlah satu demi satu tembelang mereka yang zahirnya kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat, seumpama ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’.

“Dari segi penilaian rakyat terhadap dia (PH) ini tidak pelik sebenarnya terutama sekali apabila dalam hal-hal melibatkan janji (manifesto),” ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.

Tegasnya, pihaknya sangat konsisten dalam membanteras kegiatan rasuah di negara ini, sama ada dalam kalangan rakyat ataupun golongan ahli politik.

Pada Selasa, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Salahuddin Ayub mendedahkan beliau pernah menerima tawaran percutian mewah ke Eropah daripada syarikat pengimport yang mempunyai kaitan dengan kartel daging ketika menjadi menteri.

Memetik laporan New Straits Times pada Selasa, Salahuddin berkata, tawaran tersebut diberikan ketika beliau mengadakan perjumpaan bersama wakil pengimport daging itu beberapa bulan selepas dilantik ke jawatan tersebut.

Salahuddin berkata, beliau mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjumpaan yang sepatutnya menjadi sesi perkenalan antara menteri dan juga pemain industri itu apabila ditawarkan dengan pakej percutian yang digambarkan sebagai ‘kunjungan hormat’.

“Mereka menawarkan pakej percutian mewah kepada saya dan keluarga. Perjalanan berbayar untuk ke Eropah tetapi saya terpaksa menolak,” katanya.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pulai itu berkata, beliau tidak membuat sebarang laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana tidak jelas dengan maksud sebenar tawaran tersebut dan syarikat berkenaan juga tidak meminta apa-apa sebagai balasan. – HARAKAHDAILY 22/2/2021

6 comments:

Anonymous said...

Peringatan Baik:
1. Pak Asim jangan lupa makan ubat.....

Anonymous said...

Orng2 seperti abam dan abg mat dan jugak atok adalah ikon yg memecahbelahkan melayu. Mereka ikon di kalangan khadam yg tinggal beberapa kerat, tapi parasit bagi majoriti. Liberal yg diasaskan oleh free thinker yg tidak percaya adanya tuhan. Ph adalah liberal yg diasaskan abam dan abg mat.

Anonymous said...

Liberal adalah fahaman yg memusuhi Islam dan pendokongnya. Kerana itu di msia, golongan ulamak adalah pusat serangan liberal. Bertaburan fitnah dibuat oleh khadam (versi di msia utk pendokong liberal).

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer??

Sapa pgg kuasa skrg??

Anonymous said...

Dah makan obat.

Anonymous said...

Pak Ibnu,PAS bekerjasama dengan UMNO yang diketuai Najib iaitu bapa segala rasuah,takkan dah lupa kot.
UMNO adalah parti rasuah terbesar di Malaysia.Janganlah kerana duit semuanya jadi halsl.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails