Friday, February 26, 2021

Perjuangan martabatkan Syariah pasti lebih bersemarak -Dr Kamarul Zaman

 

PENGISYTIHARAN Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan secara sebulat suara oleh sembilan panel hakim Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari sebenarnya tidaklah terlalu mengejutkan bagi saya.

Ini kerana perkara sebegini telah lama diperkatakan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang seringkali menyebut mengenai beberapa kesalahan dalam jenayah hudud tidak boleh dilaksanakan kerana berada di bawah bidang kuasa Persekutuan.

Disebutkan betapa pihak yang mahu melaksanakannya hendaklah meminta ihsan Kerajaan Persekutuan menggunakan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada DUN membuat undang-undang mengenai perkara di bawah Senarai Persekutuan.

Masih saya ingat tatkala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kerajaan BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, memberi jaminan terbuka di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi laluan kepada PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014.

Jawapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada 2 April 2014 adalah bahawa Kerajaan Kelantan akan segera mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian bagi mendapat kebenaran melaksanakannya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76A (1).

Bila hukuman liwat di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak sah, maka pastilah hukuman liwat di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 1423H/2002M dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) Kelantan juga tidak sah.

Di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 1423H/2002M, selain Liwat (Seksyen 14), Sariqah(Seksyen 19), Hirabah (Seksyen 22), Qatlul-Al-‘Amd (Seksyen 29), Qatlul-Syibhu-Al-‘Amd (Seksyen 33) dan Qatlul-Al-Khata’ (Seksyen 35) mungkin tidak sah.

Samalah dengan Liwat (Seksyen 14), Sariqah (Seksyen 6), Hirabah (Seksyen 9), Qatlul-Al-‘Amd (Seksyen 26), Qatlul-Syibhu-Al-‘Amd (Seksyen 30) dan Qatlul-Al-Khata’ (Seksyen 32) di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) Kelantan yang mungkin tidak sah.

Selain itu, Seksyen 2 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) Kelantan juga memperuntukkan “kanun ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukalaf bagi apa-apa kesalahan di bawah kanun ini yang dilakukan olehnya dalam Negeri Kelantan”.

Masalah timbul bila mana Hakim Besar Malaya, Tan Sri Dato’ Sri Azahar Mohamed, menulis pada para 22 ke para 24 penghakimannya mengenai betapa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bercanggah dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 hanya terpakai kepada orang Islam sedangkan Perkara 8 (2) menyebut “tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang”.

Oleh itu, kalaupun Kerajaan Persekutuan menggunakan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada DUN membuat undang-undang mengenai mana-mana aspek jenayah Islam yang sedia ada dalam Kanun Keseksaan ia tetap tidak akan sah.

Untuk mengatasi permasalahan ini maka saya menyokong saranan sahabat-sahabat saya seperti Datuk Zainul Rijal dan Dr Fathi untuk mengarusperdana syariah di dalam erti kata memastikan undang-undang jenayah yang berkuatkuasa dalam negara mempunyai ciri pematuhan syariah.

Saya yakin keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyempitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ini tidak akan sama sekali menjadikan para pejuang di dalam parti dan NGO Islam patah hati sebaliknya akan memarakkan lagi semangat mereka untuk memartabatkan syariah.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 25/2/2021

13 comments:

Anonymous said...

Parasit yg cuba menggagalkan kuasa mahkamah syariah adalah khadam dap. Kononnya mereka ahli syurga sedangkan mereka adalah tentera kuffar.

Anonymous said...

Khabarnya ramai ahli yg terpedaya dengan presiden pan dan presiden pkr sudah meninggalkan parti kerana tak sanggup jadi khadam kepada dap. Elok sangatlah tu. Buat aper jadi khadam sedangkan ada pilihan yg terbaik. Jangan nanti di akhirat bila ditanya siapa imam kamu, maka dijawab eng guan dan siang kit dan abg mat dan abam.

Anonymous said...

Ko nak perjuangkan apa lg??

Perjuangan yg dah sekian lama pun dah sunyi sepi. Apa citer perjuangan2 sebelum ni?
Hudud
Ruu355
Bmf
Arwah adib
Tutup kilang arak
Tutup kedai judi
Cabutan bertuah
Pertandingan ratu cantik
Tulisan jawi
Dong zong
Tukar undang2 penjajah
Naikkan ekonomi org islam

Anonymous said...

Imamnya eng guan dan siang kit.

Anonymous said...

Ko dah terlebih makan ubat ni..mcm dah x lama je.

Anonymous said...

Heran betul dan konpius plak sekrg ni kera jaan DAP ke kera jaan Melayu Islam?
apsal kes mahkamah Syariah ni ditolak mentah2 nak salahkan DAP lagi? Dah ada kuasa dalam kera jaan makan gaji buta atau terus buta? Dah dah laa dok ratib DAP....DAP xde dlm kera jaan semua majoriti melayu islam tapi mcm hampassss cakap saja buat tak

Anonymous said...

Heran betul berimamkan eng guan dan kit siang.

Anonymous said...

Anom 7:51 beri logik mengapa perlu berimamkan eng guan dan siang kit.

Anonymous said...

"imankan" kafir? gun eng dan kit sian
dah sunat dan ucap dua sahadan.

Anonymous said...

Ibarat perlawanan bola dalam padang.
Yg bermain 11 orang.
Perlawanan kalah - tak boleh sumbat gol & bolis banyak.
Post-mortem sewajarnya dilakukan oleh 11 pemain & jurulatih tak dipersoal, tetapi pemain-pemain pasukan lain yg tiada kena mengena pulak yg diratib dipersalahkan atas kekalahan...?

Anonymous said...

Penulis skrip di belakang tabir. Pelakon jer yg kelihatan. Itulah khadam.

Anonymous said...

Saya tersenyum aje baca keputusan Mahkamah Persekutuan yang kata Enakmen Jenayah Syariah Selangor tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.



Sebenarnya benda ini bagus untuk mencelikkan orang kita yang malas berfikir dan malas membaca. Kalau siapa yang ingat salah satu usaha yang telah di buat oleh Dr Mujahid dulu ialah menaik tarafkan Mahkamah Syariah bagi setanding dengan Mahkamah Sivil dan ia amat berkait dengan keputusan kes hari ni.



Contoh sekarang ini taraf Mahkamah Tinggi Syariah tidak sama dengan Mahkamah Tinggi Sivil. Dari segi tangga gaji hakim sebagai contoh mudah; Hakim Mahkamah Tinggi Sivil bermula dengan gaji lebih kurang RM 40,000 sebulan manakala Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bermula dengan gred 48 sekitar RM6,000 sebulan sahaja. Jadi dari segi gaji sahajapun jurang dia sangat tinggi apatah lagi beban kes yang hendak di adili?



Untuk kesalahan liwat, tertuduh boleh di dakwa di dalam Seksyen 377D Kanun Keseksaan (Sivil) dan juga Seksyen 28 EJS 1995 (Syariah); jadi ada kemungkinan untuk pesalah itu di sabit kesalahan yang sama dengan dua undang-undang yang berbeza. Tambahan pula dalam kes hari ni, 3 lelaki yang bersama dengan lelaki muslim tadi terlepas tapi seorang sahaja yang muslim di dakwa atas Seksyen 28 EJS 1995.



Yang Arif Hakim berhujah yang perbezaan hukuman antara Mahkamah Syariah (maksimum 3 tahun penjara, denda 5K dan 6 sebatan) dan Sivil ( max 20 tahun penjara, denda dan sebatan) dalam kes ini boleh menyebabkan ketidakadilan berlaku.



Jadi apa yang perlu dilakukan?



Ahli parlimen kena bersidang, bahas dan baiktaraf Mahkamah Syariah supaya selaras dengan Mahkamah Sivil dari segi maksimum hukuman ( denda, penjara dan sebat) & pengajian hakim supaya sama standard. Ahli Parlimen juga kena bersidang untuk buat keputusan dengan hukuman yang bertindih antara mahkamah sivil dan syariah supaya tidak berlaku 2 kali hukuman atas kesalahan yang sama (double jeopardy). Ini baru kerja Menteri dan asbab ini Parlimen kena di buka.



Bukan sibuk buat musaadah ke hulu hilir yang mana takat bagi bantuan, pegawai rendah pun boleh buat. Sebab itu bila ada ولعون kata Menteri Agama mantan mutfi bagus dari Dr Mujahid; saya kata hanya jauhari yang mengenal manikam. Sekarang kita sendiri jadi saksi, dapat menteri yang tak tahu apa, SOP flip flop lebih pantas jualan murah Shopee.



Allah menyembunyikan MurkaNya dalam pengkhianatan; benarlah yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Dulu bila kita ada menteri yang bagus, berkerja untuk rakyat, yang di pilih secara secara sah; ولعون pakat fitnah siang dan malam. Bergegar Padang Merbuk dengan sumpah-sumpah pendusta.



Yang berdusta atas nama Allah Azzawajalla; kononya mereka inilah syabab akan menegakkan hudud Allah (RUU355) waktu itu. Boleh pula sepentas dengan Menteri yang curi duit zakat buat bayar guaman. Lepas Allah makbulkan doa golongan ruwaibdah dengan istidraj, satu apa pun mereka tak dapat laksana; berapa lama Masjid tutup zaman mereka perintah, berapa ramai yang mati akibat dari kecuaian mereka dalam izinkan dwi standard SOP?



Betulah kata Tuan Ibrahim Tuan Man; Dulu PAS berapi-api sebab PAS pembangkang; jadi ولعون tolonglah berdoa untuk azab dua kali lipat pada pemimpin yang menipu kalian semua

Anonymous said...

Maknanya pas mendahului. Yg selangor buat pun tak lulus. Selangor tak kaji bab ini. Terus buat. Ini kata kerja hentam keromo. Taklah cerdik sangat pkr dan pan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails