Saturday, February 27, 2021

Banteras aktiviti jejas moral, pelacuran, hiburan melampau, kelab malam..

 

Kelantan banteras aktiviti jejas moral
HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti yang menjejaskan moral termasuk kegiatan pelacuran.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memandangkan serius gejala tersebut melalui tindakan bersepadu agensi penguat kuasa dan Polis Diraja Malaysia.

“Ini membuktikan agensi berkaitan sentiasa melakukan pemantauan termasuk membanteras aktiviti pelacuran,” katanya ketika ditemui pada lawatan ke projek ternakan ikan tilapia air payau di Pantai Kundur hari ini.

Semalam polis berjaya membongkar kegiatan sindiket pelacuran melibatkan lima wanita warga tempatan dipercayai golongan ibu tunggal melalui aplikasi MiChat yang dijalankan di Kubang Kerian.

Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menerusi Ops Noda.

Menurut Ketua Polis Kelantan Dato’ Shafien Mamat operasi yang dijalankan berjaya menahan sembilan lelaki tempatan, seorang lelaki warga Myanmar dan lima wanita tempatan berusia 22 hingga 60 tahun.

Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, tindakan agensi terbabit wajar dipuji dalam usaha membanteras aktiviti pelacuran.

“Kegiatan itu bukan saja menjejaskan suasana politik, ekonomi, sosial dan budaya tetapi turut memberikan impak terhadap pembangunan modal insan cemerlang,” katanya.

Kerajaan Kelantan sejak Oktober 1990 mengharam aktiviti yang boleh mendorong kegiatan maksiat termasuk persembahan hiburan melampau dan kelab malam.

Malah semua aktiviti perjudian juga dibanteras dengan tidak mengeluarkan lesen premis di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. – HARAKAHDAILY 25/2/2021

2 comments:

Anonymous said...

Tang ni khadam nak fitnah aper? W/pun abam ada masalah nafsu dan aqidah, namun abam tetap jadi idola khadam.

Anonymous said...

Tu dia..negeri lebai mercedes 14 bijik sm naik gaji time covid.

So hudud sm ruu355 apa citer??? Kat klate tu kapir dap ke yg perintah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails