Saturday, February 15, 2020

Kemelut Senyum: 138 MP Sokong Tun M Kekal PM Habis Penggal? -


138 MP Sokong Tun M Kekal PM Habis Penggal?  -Dr Kamaul Zaman.

ZAKIAH Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber-sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga akhir penggal. Jika dilihat kepada carta 138 Ahli-Ahli Parlimen tersebut, maka akan didapati bahawa:

● 63 adalah daripada PH. Tolak 26 daripada BERSATU dan 26 daripada PKR, maka akan ada 11 lagi Ahli-Ahli Parlimen (daripada DAP dan/atau PAN) yang turut berbuat demikian.
● 39 adalah daripada Umno. Maknanya semua Ahli Parlimen Umno berbuat demikian.
● 18 adalah daripada PAS.
● 9 adalah daripada WARISAN.
● 1 adalah daripada UPKO.
Bila dihitung bilangan Ahli-Ahli Parlimen PH, Umno, PAS, WARISAN dan UPKO yang berbuat demikian baru ada 130. Maknanya ada lapan (8) lagi yang tidak dinyatakan, mungkinlah daripada parti-parti di Sarawak dan/atau Sabah. Lima (5) Ahli Parlimen PH yang berbuat demikian didakwa merahsiakan identiti mereka.
Mungkin intipati laporan ada kebenarannya, tetapi bilangannya adalah terlalu tinggi:
1.    Tak berapa logik semua Ahli Parlimen Umno telah menandatangani SD.
2.    Bilangan 26 Ahli Parlimen PKR juga adalah terlalu tinggi.
Susah juga untuk diberi komen lebih lanjut memandangkan kepada fakta-fakta berikut:
• Zakiah Koya adalah kakak kepada Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
• Akhbar The Star adalah akhbar milik MCA.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 14/2/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita setuju dengan pandangan Presiden PAS. 
  • PAS akan tetap membawa Usul Percaya kepada Perdana Menteri, sebagai salah satu proses demokrasi. 
  • "..Yang penting ialah kita mahu selamatkan negara. Bukan sahaja orang Melayu orang Islam, termasuk kaum lain."
  • “..Kita minta supaya (Tun) diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal." 
Itu cadangan PAS. 
Lihat Sebelum Ini..
E Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...
Hasil carian imej untuk catur politik

5 comments:

Anonymous said...

Jika tunaikan janji lebih mendatangkan mudharat, maka dari segi keutamaan bolehlah dimungkiri perjanjian itu. Contoh jika berjanji beri pisau pada seseorang, setelah dikenalpasti orang itu pembunuh, maka keutamaannya tidak berikan pisau itu kepada orang itu.

Seperti bila mahkamah sudah putuskan hukuman kepada seseorang itu, maka orang itu sudah pasti tabienya akur dengan hukuman itu. Jika ingkar dengan keputusan mahkamah, bererti menghina mahkamah. Maknanya individu itu sudah dikenalpasti tabiatnya.

Anonymous said...

Mencipta pelbagai janji palsu supaya rakyat menyokong dan mengundi Pakatan Hancing adalah tindakan munafik oleh pemimpin-pempin munafik lidah biawak.

Menyokong tindakan pemimpin Pakatan Hancing memungkiri janji adalah tindakan puak munafiqun.

Anonymous said...

Alasan karut marut dicipta oleh biawak lidah bercabang untuk menghalalkan tindakan pemimpin munafik Pakatan Hancing memungkiri pelbagai janji.

Anonymous said...

Ini disebut usul lobai pandir

Anonymous said...

February 15, 2020 at 2:08 PM Delete
Tak habis lagi isu komen peluloq juboq tak basuh gian eng. masih dapat lagi dedak babi pecacai tu. bini pon sangguop jual. bertobatlah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails