Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berkata, keputusan itu juga membuktikan Pas yang bekerjasama dengan UMNO tidak mampu untuk mentadbir kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, sehubungan itu DAP meminta UMNO dan MCA menyatakan pendirian dan bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.
“Alasan Pas bahawa pembukaan panggung wayang akan membawa kepada masalah sosial bukan sahaja tidak berasas tetapi juga tidak logik.
“Tiada bukti kukuh bahawa pembukaan panggung wayang akan meningkatkan masalah sosial kerana panggung wayang dibenarkan di semua negeri kecuali Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Agama Islam menyuruh lakukan yang baik dan cegah mungkar. Membuka panggung wayang adalah menggalakkan mungkar. Menuduh PAS tolak usul buka panggung wayang itu sebagai ekstrem adalah satu bukti lagi bahawa DAP adalah parti anti Islam.

Mengapa masih ada lagi orang yang mengaku Islam dalam DAP? Tidak takutkah kamu kepada azab Allah?