Wednesday, March 20, 2019

"Assalamualaikum..." Ucap PM N/Zealand Buka Sidang Parlimen

"Assalamualaikum..." ucap PM New Zealand buka sidang parlimen
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memakai hijab ketika berjumpa bersama komuniti Muslim di Christchurch - Foto AP

CHRISTCHURCH: “Assalamualaikum, peace be upon you, and peace be upon all of us,” ucap Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada pembukaan sesi parlimen hari ini.
Dalam ucapannya, Ardern menegaskan, nama suspek pengganas yang menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand itu tidak patut disebut.

Sebaliknya, beliau percaya bahawa nama-nama mangsa terkorban yang harus diingati oleh khalayak ramai.

“Oleh sebab itu, anda tidak akan pernah dengar saya menyebut namanya [suspek pengganas],” kata Ardern pada Selasa.

“Dia adalah seorang pengganas. Dia seorang penjenayah. Dia seorang yang pelampau. Apabila saya bercakap, dia tidak akan diberi nama,” tegas beliau lagi.

Suspek tersebut telah didakwa dengan atas kesalahan membunuh dan bakal muncul di mahkamah pada 5 April ini.

Sebelum suspek itu membunuh seramai 50 orang di dua masjid berkenaan, dia mengeluarkan satu manifesto sepanjang 74 muka surat yang membentangkan ideologi ‘ketuanan kulit putih’ atau ‘white supremacy’.
“Mungkin dia cuba untuk mendapat perhatian. Namun, kami warga New Zealand tidak akan memberikan apa-apa kepada dia, nama pun tidak juga (disebut),” kata Ardern.
Sidang parlimen pada Selasa itu turut dibuka dengan bacaan doa oleh Imam Nizam ul haq Thanvi yang amat mengharukan sehingga beberapa ahli parlimen dilihat menumpahkan air mata.
Anna Fifield13h
Replying to @annafifield
At the opening of the first parliamentary session since the Christchurch mosque shootings, Imam Nizam ul haq Thanvi delivered this beautiful prayer in Arabic this afternoon. Click for video:  
   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails